Showing posts with label mycrib. Show all posts
Showing posts with label mycrib. Show all posts

16.1.18

The Cranberries - When You're Gone





Hold onto love that is what I do now that I've found you. 
And from above everything's stinking, they're not around you. 

And in the night, I could be helpless, 
I could be lonely, sleeping without you. 

And in the day, everything's complex, 
There's nothing simple, when I'm not around you. 

But I'll miss you when you're gone, that is what I do. Hey, baby! 
And it's going to carry on, that is what I do. Hey, baby... 

Hold onto my hands, I feel I'm sinking, sinking without you. 
And to my mind, everything's stinking, stinking without you. 

And in the night, I could be helpless, 
I could be lonely, sleeping without you. 

And in the day, everything's complex, 
There's nothing simple, when I'm not around you. 

But I'll miss you when you're gone, that is what I do. Hey, baby! 
And it's going to carry on, that is what I do. hey, baby...







serious i cannot move on after knew she was passed away. kt igstory aku share pasal ni.."nampak macam sakan sangat kau apahal" kan? gila.

i heard her voice since i was 12. sekarang kalau aku pasang usb anak aku sendiri dah mampu hadam lagu Zombie, Linger, Ode To My Family..




R.I.P Dolores O´Riordan your name and your amazing voice were forever in our best memories.

6.9.16

Ku sangkakan panas berpanjangan, rupanya gerimis, rupanya gerimis..mengundang..aaa..aaa...aaaaa

lama aku tak membebel kat sini. last membebel pasal aku hilang handphone hari tu, so arini aku nak membebel lagi. tengok tajuk pun tau mood aku tengah swing ni.

the next episode, aku hilang lagi something yang aku sayang. *bergenang airmata* uihhh..jaga. aku dah nak start membebel semula ni.


kisah dia gini. depan rumah aku ni dulu kan bukit, ada banyak pokok hutan. so, aku dapat tau ada perumahan baru yang nak dibuat. last year pokok situ dah kena tebang. takpela...aku bleh terima lagi sebab tak lama lepas tu pokok tumbuh balik, jadi takde apa sangatla perasaan sadis masa tu.

baru ni, depan rumah aku dah kena tarah semula. pokok kena tebang semula, tanah pun dah kena sodok. memang terang benderang. takde dah pokok lindung rumah kami yang baris depan ni. satu waktu tu kami balik kuantan. so, masa balik semula rumah tu..dapat tau hari baru hujan. sekali sampai depan rumah, tergezut la kami sebab penuh air tanah depan rumah.

masa tu dahla malam, ejang pun decided parking je depan rumah sebelah. kebetulan jugak rumah tu takde orang, so takla blocking pagar rumah orang ke apa. memang habis kotor depan rumah sebab air kesan sodok tanah depan rumah tu bertakung ngam ngam depan rumah aku. cik puteh aku pun kemain berhabuk dengan tanah merah. aku bukan marahkan hujan, tapi aku sedih la kan. sebab orang buat pembangunan baru, kitorang pulak terima kesan.

so pagi esok ejang kebetulan outstation, dia gerak awal pagi hantar haifa dengan rifdi. aku pulak handle hasya dengan riyadh, sambil tunggu pekerja projek rumah depan tu bersihkan jalan depan rumah aku. eh, memang pagi tu ejang mengadu dengan tokey situ. diorang pun janji nak bersihkan, makanya aku tunggu je diorang cuci masa tu sampai bersih jalan tu.

sambil tu sempatla aku membebel kat tokey tu kata lepas ni buatla trenches, terukla kalau everytime hujan air mengalir ke rumah kitorang. lepas tu siap aku ugut pulak suruh diorang pasang hoarding board cepat sikit. projek nak jalan tapi safety satu pun takde. memang nak suruh aku report majlis takpun DOSH keape. sebab aku tunjuk pandai kat tokey tu, sudahnya tokey tu tanya aku keje mana. haaa, memang kena sangatla kan soalan tu. habis dengan pejabat laki aku pun aku sebut. biar dia takut. (kalau takut la)..kakaka

siap tu, aku pun pergi kerja. memang lambat la aku masuk office aritu. lantak, janji aku dah snap gambar siap siap nak tunjuk kat boss kalau kena soal siasat.







so, lepas dari kejadian tu memang ada la trenches depan rumah. tak pasti la kan tu sebab aku membebel aritu ataupun memang dah masuk dalam work program diorang. lantaklah. janji air tak mengalir depan rumah dah.

sehinggalah sampai minggu seterusnya. aku dah perasan satu machine depan rumah aku. aku syak dia nak level tanah tu kasi sama je. aku biarkan jela. tengahari jumaat tu excavator tu dah start korek tanah depan rumah, aku pun malas nak amik port. aku tido. masa start kereta nak gi keje, aku rasa macam lainnnnn je. memang lain. elok aku reversed kereta, aku tengok kawasan depan tu aku rasa terang je tanah tu. rupanya...HABIS SEGALA POKOK KITORANG TANAM KENA SODOK!!! watdehel. watdefak.

aku terus stop kereta, turun dan panggil tokey yang tengah monitor kerja tu. aku panggil pastu jerit,

"APA PASAL SODOK SEMUA POKOK SAYA???"

tokey tu terpinga pinga, masa tu aku rasa nak lempang kiri kanan muka dia. Ya Allah! selenga betul la. aku pun sambung jerit jerit marah (sebab bunyi excavator tu kuat).

"YOU TAK INFORM PUN NAK SODOK SEMUA POKOK?"

"kami dah bagi surat"..

"MANA ADA? KALAU ADA MESTI SAYA DAH BAGITAU"..

"ohhh...itu rumah sana dapat"..dia tunjuk barisan rumah seberang sana.

"ITU RUMAH SANA. SINI TAKDE PUN"

"nanti saya call boss...."

"YOU NAK CALL PUN BUAT APA. POKOK SAYA SEMUA DAH HABIS!. KAMI TANAM MASA MULA DUDUK SINI. SUDAH 4 TAUN LAAAAA..POKOK SEMUA SUDAH BESAR!"..

dia diam sambil pegang handphone. dia tanya aku lagi, "nak saya call boss saya ke?"

"TAK PAYAH. TAPI SAYA FRUST YOU TAK CAKAP PUN NAK SODOK. I THOUGHT YOU MEMANG TAKDE PLAN NAK SODOK POKOK NI".


pastu entah apa lagi aku membebel. aku dah hangin betul masa tu.
gila tak hangin. pokok rambutan dah sama tinggi dengan aku, daun pandan pun dah gemuk, pokok jambu gajus lagi..hadoiii la deme ni..

habis dah #ddslilgarden. sobs.






ni keadaan sekarang. trenches ada tapi air bertakung penuh dah macam sungai aku tengok. aku risau je bebudak lalu terjun berkubang dalam tu. anak aku lagi la..kalau nak keluar memang aku atau ejang kena ada. takut diorang main kat tepi tu.

aku malas nak amik tindakan je lagi. ikutkan hoarding board kena ada ni..tapi sebab sekarang kerja memang takde, taktau la projek terbengkalai ke apa..tapi notice la dah takde lori atau machinery lalu lalang dalam ni.

memang aku tunggu je apa lagi diorang nak buat pasni. bukan dendam ek, tapi sebab kerja melibatkan taman perumahan kan. safety first la wey!



19.6.14

homesweethome #14 : dd's kitchen

siapa ingat lagi dapur gua angkat jari telunjuk.
kalau tak ingat,guna jari telunjuk tadi..pergi klik kat link bawah ni :

nampak?

ok.entry hari ni sebenarnya takde kena mengena pun dengan dapur.sekadar nak share DIY sendiri pada botol gula / garam / perasa and whateverrr..

ini kalau banyak lagi tanya "ini apa?".."ini apa?"..
taktau lah aku.


aku ada sediakan template.siapa nak guna,ambiklah.aku tak charge apa apa pun.aku cuma guna kertas sticker biasa je.pandai pandai korang la.hehe.







15.4.14

tips : menghilangkan kesan kotor pada perabot putih

rasanya ramai kot yang pakai perabot rumah yang berwarna putih.biasanya kalau ada anak anak yang tahap kreatif dia tinggi,pasti perabot rumah korang dah ada corak baru hasil tangan diorang.kan?kan?

takpayah nak panjang sangat membebel.okay.straight to the point.


almari bilik anak aku ni memang selalu la jadi whiteboard.nak marah karang memang buat sakit perasaan je sebab bukan paham pun.

so,solution dia adalah..

1. kain lap
2. losyen (tak kisahla brand apa)


aku pakai losyen bodyshop white musk.banyak lagi tak habis,so aku guna buat cuci perabot.haha.sebab perabot ni jangan biasakan cuci pakai air.cepat rosak.

apalagi,bila dah cukup bahan tu start la sapu losyen tu pada tempat yang kena conteng / kotor di perabot tu.senang je sebab licin.so,nak sental pun takde la sakit hati sangat.

hasilnya :


perabot kembali bersih dan putih.
serta wangi.

sekian.

29.5.13

home deco

aduh.i can't help myself bila nampak something DIY macam ni.






cool sangatkan?
lagi yang aku suka sila tengok kat bawah ni.







rasa tak sabar balik rumah dan gardening.

oh.actually kelmarin aku dengan ejang pergi plant nursery.kitorang beli pokok untuk hias dalam rumah.ejang la cakap sudut nak ke dapur nampak boring.so semalam dengan penuh semangat dia letak pasu dan pokok di sudut,siap gantung frame pulak atas pokok.ah.lupa nak snap.next time la.

lepas tu beli tanah 6 ekar.eh.menipu sangat.beli tanah organik 6 paket untuk tabur dekat mini garden kitorang.ejang nak tanam anak pokok cili yang mak dia bagi.lepas tu beli rumput karpet 2 keping.cukupla tu.nak cantikkan sekeliling pokok pinang depan gate tu la.

dalam kepala aku plak fikir nak beli another pasu.kalau boleh nak DIY macam kat atas tu.nak pindahkan mini cactus yang dah besar godang tu pulak.kesian.badan dah besar tapi rumah kecik sangat pulak dah!


    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

5.2.13

Doa Selamat

alhamdulillah.selesai sudah majlis kenduri doa selamat & majlis makan-makan di rumah baru we all.wah.mana tak seronoknya,family in law semua datang.yang takde cuma wife iwan je.seronok la sebab diorang bukan senang dapat datang rumah kitorang.lain la abah dengan mak aku sebab ayah mertua i tak pandai bawak kereta.huhu.cuma frust la.datang tak bermalam.malam tu diorang dah balik.

menu hari tu adalah bihun goreng, ayam golek (siapa sampai awal dapat la makan) dengan kuih koci.makanan lain kebanyakannya adalah sponsor macam tembosa frozen family in law aku bawak spesel dari beserah, puding & bubur kacang dari officemate, kak Timah & kuih kasui dari family Long driver.terima kasih tak terhingga pada anda semua.

gambar memang takde sebab aku malas nak carik kamera letak kat mana.nak pegang tab pun malas.haha.gambar yang ada pun yang ni je.

sebelum kenduri.mereka berbasah-basahan mencuci lantai porch

cilok dari instagram adik ipar.aiza.
abah dengan cucu paling bongsu.so far la.

esok paginya.
masih dengan menu petang semalam.haha.

masih meriah dengan budak-budak



pagi tu,entah camne boleh tercetus idea nak bawak the whole family pergi main air kat Kuala Tahan.so,aku pun call la kaki yang berkenaan,kowtim harga nak main air sahaja.nak naik Taman Negara tapi takut tak cukup masa sebab adik aku nak balik naik bas.nasib betul hari tu tiket bas ke KL ada jam 7.30 malam.memang rezeki beliau la.

bila dah confirm tu,bergegas aku masak untuk lunch.settle luncj,bergegas pulak kitorang gerak ke Kuala Tahan.nanti la aku cerita pasal Kuala Tahan pulak.aku nak settlekan minit mesyuarat aku dulu.wahahaha.


p/s : terima kasih buat semua tetamu yang hadir.yang bagi buah tangan pun,banyak-banyak terima kasih.yang datang makan dan puji makanan sedap pun terima kasih sangat-sangat.yang tak puji pun aku tak marah.niat aku nak jamu rakan-rakan semua.terima kasih sebab meriahkan majlis.tq.tq.tq.












Ù©(-̮̮̃-̃)Û¶Ù©(̾●̮̮̃̾•̃̾)Û¶Ù©(-̮̮̃•̃)Û¶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

31.1.13

homesweethome #13

jangan ingat dah masuk rumah maka dah takde kerja yang dijalankan ye.wahaha.

kira dah masuk rumah tapi pahat masih berbunyi.itu pepatah lama.pepatah sekarang pulak dah jadi;

"rumah dah siap tapi drill masih berbunyi".

sila maklum.

so,after pindah bulan 11 tahun lepas,aku masih lagi dalam proses mengemas rumah.selagi rumah tak buat kenduri,memang tak settle lagi la kerja-kerja berkaitan.semua aku dengan encek ejang buat slow-slow.slow sangat,sebab tu makan masa hampi 2 bulan nak siap.tu pun tak siap lagi.banyaknya menda nak buat.

lepas pindah.aku kemas sikit-sikit.paling penting kena kemas adalah master room,bilik anak,bathroom,ruang tengok tv & kitchen.paling penting.

antara kerja yang dah settle buat masa ni adalah seperti rajah di bawah.semuanya mengikut turutan.amboi ayat.ko jangan ingat buku teks fizik je boleh bagi ayat sebegitu ye.

1. Bilik kiddos




2. Bilik Pasangan Pengantin Forever (kroih kroihh)
konsep adalah ala-bilik-hotel sebab nak feel macam pengantin baru honeymoon.
krookk..kroookkk..


3. the Curtain

clockwise : master room - kitchen blind - 3rd room - sliding door

4. Deco





6 : Autogate
tapi masih belum auto sebab takde motor lagi.kuikui.


7 : Landskap
konon.puiii.

pokok pinang

pokok kelapa dan pokok bunga.
dalam proses nak tanam sayur-sayuran pulak.

8 : Water Filter


9 : Awning
baru siap semalam.sepenuhnya.haha.



sila fokus pada awning ye.bukan kereta kenari tersebut.
wahaha.






sekarang ni tinggal nak kemas porch je.nak buang kotak-kotak yang tak berkaitan.lepas tu deco deco deco!

banyak lagi tu.hoho.



untuk tidak terus tensen,mari kita berhibur.










Ù©(-̮̮̃-̃)Û¶Ù©(̾●̮̮̃̾•̃̾)Û¶Ù©(-̮̮̃•̃)Û¶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

14.11.12

homesweethome #12 : we're moved!

now what?
lambat lagi update blog.memang nak kena dd ni.dush!dush! *lunyai*


lately,aku sangat sibuk.untuk pengetahuan semua,saya dah pindah rumah baru!hoyeahh!
last 10-11-12 hari tu aku dah selamat dan officially duduk di rumah beralamat ehem ehem (terpaksa dirahsiakan.bahaya woo).selamat dah akhirnya walaupun rumah tunggang langgang.aritu masa pergi kedai perabot kata nak hantar awal tapi sampai la ni tak sampai-sampai lagi ni.

apa cita ni tokey?we all dah bayar depo juta-juta.macam ni u oll treat us yang dah bayar depo juta-juta tu?grrr...
okeh.dialog propa memang cenggitu.tapi series,kitorang dah bayar 80% deposit.macam ni diorang layan kitorang?tskkk.

lama tak update pasal rumah kan?haiyyo.tunggu masa je.gambar dah berlambak-lambak upload kat instagram.im sorry blog.awak dah dianaktirikan.


saat packing memacking.beberapa minggu sebelum pindah.


sambil tu,keadaan semasa di rumah baru sebelum kami pindah.

finally.setelah bertikam parang berkerat gergaji dengan tokey kabinet.

dapurku resepiku.
ewah.

cabinet yang awesome mahhh.

tak puas hati.bila sampai rumah terus peti ni jadi kurus.
haih.

bilik rifdi & haifa

bilik saya & encek ejang.
ehem.

inilah rumah kami.
macam rumah Hansel & Gretel tak?


dan sesi mencuci rumah pun tiba.




lepas tu menghias pulak.



langsir & blind




and after pindah.mari kita lihat apa yang jadi.



piring astro pun berikat kat tiang lagi.wakakak.









Ù©(-̮̮̃-̃)Û¶Ù©(̾●̮̮̃̾•̃̾)Û¶Ù©(-̮̮̃•̃)Û¶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

POPULAR POST