Visitor

6.9.16

Ku sangkakan panas berpanjangan, rupanya gerimis, rupanya gerimis..mengundang..aaa..aaa...aaaaa

lama aku tak membebel kat sini. last membebel pasal aku hilang handphone hari tu, so arini aku nak membebel lagi. tengok tajuk pun tau mood aku tengah swing ni.

the next episode, aku hilang lagi something yang aku sayang. *bergenang airmata* uihhh..jaga. aku dah nak start membebel semula ni.


kisah dia gini. depan rumah aku ni dulu kan bukit, ada banyak pokok hutan. so, aku dapat tau ada perumahan baru yang nak dibuat. last year pokok situ dah kena tebang. takpela...aku bleh terima lagi sebab tak lama lepas tu pokok tumbuh balik, jadi takde apa sangatla perasaan sadis masa tu.

baru ni, depan rumah aku dah kena tarah semula. pokok kena tebang semula, tanah pun dah kena sodok. memang terang benderang. takde dah pokok lindung rumah kami yang baris depan ni. satu waktu tu kami balik kuantan. so, masa balik semula rumah tu..dapat tau hari baru hujan. sekali sampai depan rumah, tergezut la kami sebab penuh air tanah depan rumah.

masa tu dahla malam, ejang pun decided parking je depan rumah sebelah. kebetulan jugak rumah tu takde orang, so takla blocking pagar rumah orang ke apa. memang habis kotor depan rumah sebab air kesan sodok tanah depan rumah tu bertakung ngam ngam depan rumah aku. cik puteh aku pun kemain berhabuk dengan tanah merah. aku bukan marahkan hujan, tapi aku sedih la kan. sebab orang buat pembangunan baru, kitorang pulak terima kesan.

so pagi esok ejang kebetulan outstation, dia gerak awal pagi hantar haifa dengan rifdi. aku pulak handle hasya dengan riyadh, sambil tunggu pekerja projek rumah depan tu bersihkan jalan depan rumah aku. eh, memang pagi tu ejang mengadu dengan tokey situ. diorang pun janji nak bersihkan, makanya aku tunggu je diorang cuci masa tu sampai bersih jalan tu.

sambil tu sempatla aku membebel kat tokey tu kata lepas ni buatla trenches, terukla kalau everytime hujan air mengalir ke rumah kitorang. lepas tu siap aku ugut pulak suruh diorang pasang hoarding board cepat sikit. projek nak jalan tapi safety satu pun takde. memang nak suruh aku report majlis takpun DOSH keape. sebab aku tunjuk pandai kat tokey tu, sudahnya tokey tu tanya aku keje mana. haaa, memang kena sangatla kan soalan tu. habis dengan pejabat laki aku pun aku sebut. biar dia takut. (kalau takut la)..kakaka

siap tu, aku pun pergi kerja. memang lambat la aku masuk office aritu. lantak, janji aku dah snap gambar siap siap nak tunjuk kat boss kalau kena soal siasat.







so, lepas dari kejadian tu memang ada la trenches depan rumah. tak pasti la kan tu sebab aku membebel aritu ataupun memang dah masuk dalam work program diorang. lantaklah. janji air tak mengalir depan rumah dah.

sehinggalah sampai minggu seterusnya. aku dah perasan satu machine depan rumah aku. aku syak dia nak level tanah tu kasi sama je. aku biarkan jela. tengahari jumaat tu excavator tu dah start korek tanah depan rumah, aku pun malas nak amik port. aku tido. masa start kereta nak gi keje, aku rasa macam lainnnnn je. memang lain. elok aku reversed kereta, aku tengok kawasan depan tu aku rasa terang je tanah tu. rupanya...HABIS SEGALA POKOK KITORANG TANAM KENA SODOK!!! watdehel. watdefak.

aku terus stop kereta, turun dan panggil tokey yang tengah monitor kerja tu. aku panggil pastu jerit,

"APA PASAL SODOK SEMUA POKOK SAYA???"

tokey tu terpinga pinga, masa tu aku rasa nak lempang kiri kanan muka dia. Ya Allah! selenga betul la. aku pun sambung jerit jerit marah (sebab bunyi excavator tu kuat).

"YOU TAK INFORM PUN NAK SODOK SEMUA POKOK?"

"kami dah bagi surat"..

"MANA ADA? KALAU ADA MESTI SAYA DAH BAGITAU"..

"ohhh...itu rumah sana dapat"..dia tunjuk barisan rumah seberang sana.

"ITU RUMAH SANA. SINI TAKDE PUN"

"nanti saya call boss...."

"YOU NAK CALL PUN BUAT APA. POKOK SAYA SEMUA DAH HABIS!. KAMI TANAM MASA MULA DUDUK SINI. SUDAH 4 TAUN LAAAAA..POKOK SEMUA SUDAH BESAR!"..

dia diam sambil pegang handphone. dia tanya aku lagi, "nak saya call boss saya ke?"

"TAK PAYAH. TAPI SAYA FRUST YOU TAK CAKAP PUN NAK SODOK. I THOUGHT YOU MEMANG TAKDE PLAN NAK SODOK POKOK NI".


pastu entah apa lagi aku membebel. aku dah hangin betul masa tu.
gila tak hangin. pokok rambutan dah sama tinggi dengan aku, daun pandan pun dah gemuk, pokok jambu gajus lagi..hadoiii la deme ni..

habis dah #ddslilgarden. sobs.






ni keadaan sekarang. trenches ada tapi air bertakung penuh dah macam sungai aku tengok. aku risau je bebudak lalu terjun berkubang dalam tu. anak aku lagi la..kalau nak keluar memang aku atau ejang kena ada. takut diorang main kat tepi tu.

aku malas nak amik tindakan je lagi. ikutkan hoarding board kena ada ni..tapi sebab sekarang kerja memang takde, taktau la projek terbengkalai ke apa..tapi notice la dah takde lori atau machinery lalu lalang dalam ni.

memang aku tunggu je apa lagi diorang nak buat pasni. bukan dendam ek, tapi sebab kerja melibatkan taman perumahan kan. safety first la wey!



No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...