Showing posts with label movie n drama. Show all posts
Showing posts with label movie n drama. Show all posts

8.11.17

Thor : Ragnarok





lama tak review movie.
kali ni nak review sebab rasa takleh move on dengan cite ni. haha.

cerita best, soundtrack best, Thor handsome (opkos).
bagi aku memang menghiburkan since dapat tengok watak Loki baik (okay la tuuu), Hulk yang lawak nak mampos, Vylkari yang stylo, Korg yang penyayang serta Dr. Strange yang kuat la khianatkan Thor. haha.

Riyadh pun tak meragam macam sebelum sebelum ni..kira aku bagi 40 bintang la!





ehhh..ingatkan kembar tadi. hahahaha,


27.4.16

Ada Apa Dengan Cinta 2


After 14 years.
Selepas 14 tahun.

Finally.




Aku tak kisah kalau tak dapat tengok. Aku paham. Tapi aku excited, sebab aku dah lebih 50 kali hadap AADC first, perasaan dia lain maciam.
Perasaan dia maciam kau mengimbau saat aku remaja baru nak up, jatuh cinta. Walaupun sebenarnya aku jatuh cinta kat Rangga.

Ahaaa..lain kan perasaan tu.





Masing masing muka dah matang. Rangga pun dah tak jambu. Haha. Miss u all guys.
posted from Bloggeroid

17.2.16

Walking Dead Season 7

Walking Dead is back!




tapi first episode dah bikin frust sebab Jessie mati kena makan dengan zombie. hello, kesian rick tau. baru je dapat awek lawa tetiba tengah nak transfer tu kena serang. ni sebab anak jessie punya imaginasi la. tapi mujur la rick dah sempat berasmara dengan Jessie masa season 6 dulu. kahkahkah. jahanam betul pemikiran aku kali ni.

banyak lagi buat aku frust termasuk anak rick berlubang matanya sebab kena tembak. iskkk..


kecewa awal dah aku ni. haha.




15.10.15

Keira Knightley - A Step You Can't Take Back

(OST Begin Again)



So you find yourself at this subway
When your world in a bag by your side
And all at once it seemed like a good way
You realized its the end of your life
For what it's worth
Here comes the train upon the track
And there goes the pain it cuts to black
Are you ready for the last act?
To take a step you can't take back
Take in all the punches you could take
Took 'em all right on your chest
Now the countless back is breaking
Again, again
For what it's worth
Here comes the train upon the track
And there goes the pain it cuts to black
Are you ready for the last act?
To take a step you can't take back
Did she love you?
Did she take you down?
Was she on her knees when she kissed your crown?
Tell me what you found
Here comes the rain, so hold your hat
And don't pray to God, cause He won't talk back
Are you ready for the last act?
To take a step you can't take back
Back, back, back
You can't take back
Back, back, back
So you find yourself at this subway
When your world in a bag by your side








lagu ni best. yang bestnya ejang record cerita ni sebab dia cakap, "mesti awak suka lagu ni..", dia maksudkan lagu A Step You Can't Take Back ni lah. Punya la memahaminya sisi muzik aku ejang ni kan?

best woo ost dalam cerita ni. dahla cerita pun best. aku paling suka part Dan (Mark Ruffalo) bantu Gretta (Keira Knightley) buat arreangement / klip video lagu. Best sebab dia masukkan macam macam elemen dalam muzik. Lepas tu aku juga suka part Dave Kohl (Adam Levine) bagi Gretta dengar lagu masa kat dapur, pastu Gretta tau Dave curang.

pendek kata, aku enjoy tengok cerita ni. siap repeat lagi skali. kehkehkeh.

3.3.15

Oscar 2015 Opening

kelas betul opening Oscar 2015 ni.

Neil Patrick Harris - Anna Kendricks - Jake Black



16.2.15

hero filem tamil

aku tak pasti la korang boleh hadam ke tak filem tamil ni.

sejak sejak kawen, antara channel favorite kat rumah adalah channel tamil. entah apa ilmu ejang turunkan kat aku pun aku taktau. memang weekend kitorang hadap movie tamil je siang hari. kemain kau. ngalahkan rumah warga Mumbai dah gayanya.

ejang la yang memang suka layan filem tamil. memula dulu dia hadapkan aku dengan cerita Rajinikanth, Sivaji The Boss. okaylah, cerita tamil ni best sebab realiti masyarakat. plak tu awek dalam cerita ni lawa gila walaupun dapat hero tua. yang aku takbleh blah dia punya action. over tau.

deyy


lepas tu aku mula kenal hero nama Vijay. yang ni favorite ejang. boleh terima la. comel dan pandai menari. cerita pun banyak yang best best. aku boleh layan siap bukak cerita kat group whatsapp. hah. ramai peminat ni hoii.

deyy

pastu ramai lagi la hero yang aku kenal. yang macam remy ishak pun ada, macam zul ariffin pun ada. kahkahkah.

deyy

deyy

aku cakap korang taknak caya kan?
kahkahkah.


sampai la semalam. aku layan satu movie ni..tajuk Vetthai. hero dia umang aihhh..

arya

kacak. tampan.

mata dia lawo woi.



dah? tak cukup tergoda lagi?
okay. lepas ni terus kalau ada Arya aku nak layan semua movie dia. kahkahkah.


p/s : aku masih sukakan hero hongkong dan jepang.


6.2.15

Maharaja Lawak Megaaaaaa 2014

malam ni dah final.

agak agak siapa menang?

favorite rifdi & hasya.
ehh..favorite satu family la.

pun favorite rifdi

ni favorite abah rifdi.
kehkehkeh


okay la. lawak dia ada hari menjadi.

pun okay. ada masa menjadi


finalist pun okayla. takdela aku rasa jaki sangat nak tengok.
ate kalau Virus dapat final aritu, berapi jugak aku kot. dahla tak lawak, merapu pulak tu.

tapi kalau ada SYJ aku suka.
jihan memang pelawak genius.

19.1.15

AJL29

aku layan recording je semalam sebab aku keluar pergi makan dengan anak anak aku sempena birthday hasya.

mujur la sempat tengok performance masing masing. elok time tomok dengan rodi nyanyi "Kita Serupa" versi raggae, record PVR stop sebab dah habis masa. cis sangat. tapi mujur ada group whatsapp yang rajin update kemenangan. haha.

bagi aku, suara semua power. dayang dengan alyah menyentuh perasaan jantan aku ni sangat.
tapi paling menyentuh perasaan adalah lagu Roman Cinta dari Caliph Buskers.





aku teka lagu Malaikat dapat performance terbaik. tapi Caliph menang aku tak ralat lah!
memang power.

3.12.14

Alumni AADC Part II

pun entry kepam.

aku penah story pasal konon ada alumni AADC ni kannn?

betapa berharapnya aku dengan beberapa rakan taulan ni kot kot ada movie baru. tup tup rock hantar video AADC via whatsapp group. 3 hari berturut turut aku tengok video ni. emo sangat tau.

rupanya alumni tu untuk pomote LINE. rupanya kan. ceh. hampa kejap aku.
lepas tu, aku rasa ramai kot dah tengok mini movie Ada Apa Dengan Cinta? ni.

takpelah. walaupun aku tau dah lambat, tapi aku tetap masih excited tengok.

nak nangis sekali lagi boleh?
(emo melampau)





Komen :

  1. rangga nampak matured sangat. tapi tetap buat jiwa jantan aku ni melting.
  2. Cinta pun matured. cantik tapi tak manja macam dulu. 
  3. milly gemuk! ...
  4. aku suka backgroud, design & wardrobe. kemas & rare.
  5. buat la movie..please!


 
Perempuan datang atas nama Cinta
Bunda pergi karna cinta.
digenangi airracun jingga adalah wajahnya,
seperti bulan lelap tidur dihatinya
yang berdinding kelam dan kedinginan.
Ada apa dengannya?
Meninggalkan hati untuk dicaci
Lalu sekali ini aku lihat karya surga dari mata seorang hawa.
Ada Apa Dengan Cinta?
Tapi aku pasti akan kembali dalam satu purnama,
untuk mempertanyakan kembali cintanya.
Bukan untuknya, bukan utuk siapa?
tapi untuk aku, karena aku ingin kamu.
Itu saja.

5.11.14

alumni AADC

ternampak nicholas saputra post ni kat vine.



dan teringat adik aby post kat instagram.

cewek sekalian udah dewasa

milly pun dah rambut panjang.comel gila.aku suka sangat milly ni dulu.

milly yang tengah tu ya donk


series.kalau keluar AADC 2 aku akan pergi tengok.dan download.serta ulangtayang dan khatam lebih 20 kali jugak.macam AADC pertama dulu.haih.

26.6.14

weekend #17 : kuantan & How To Train Your Dragon 2

aku sibuklah.takde masa nak membebel.

poyo gila statement.ok.sebab taknak poyo aku ni berpanjangan, meh aku nak story sikit.minggu baru ni aku balik kuantan.walaupun sengkek sebab bukan selepas gaji,tapi gigih la balik sebab mak buat kenduri doa selamat dan aqiqah Lily Maryam.

tapi sabtu tu sempat la bawak anak aku pergi tengok wayang.sengkek sangatlah gayanya.kahkahkihkoh.




cerita memang tak mengecewakan la.enjoy je.hasya pun behave.biasa kalau dalam wayang dia suka buat perangai nak main tangga.

siap tengok wayang,budak budak ni jerit nampak Big Apple.
nak donut! nak donut!

huh.kebetulan kat depan ECM tu ada Big Apple Cafe, so singgah makan kat situ jela.beli donut 6 ketul,pastu makan seketul sorang.ambik kau.







sebab dah letih, dah kenyang..pastu sampai kat barber shop atok kama di indera mahkota 2..yang dua orang ni pengsan dalam kereta!


mujurlah kaki mak kau panjang..
kan!

17.6.14

movie marathon #2

movie marathon datang lagi.takyah nak membebel panjang sangat,aku terus straight to the point okay.


Texas Chainsaw 3D.horror sangat ni.tapi sebab awek cun aku layankan jua.haha.eh,cerita pasal Texas Chainsaw Massacre ni memang based of true story ek?patutla letih sangat carik kat google.rupanya cerita pasal lelaki ni banyak kali diceritakan semula.kira kalau kat Malaysia macam cerita rumah sewa rm50 tu la.
cerita boleh layan,awek cun dan buat aku sakit kepala tengok orang kena potong.


Romantik comedy.biasa la kalau ada Adam Sandler.Just Go With It ni kisahnya pasal sorang doktor (Danny) yang pergi Hawaii dengan pembantunya lakonan Jennifer Aniston.Danny berkenalan dengan sorang awek dan rancang nak kawen.dia bawak Jennifer yang act konon ex wife dia dan bawak 2 orang budak konon anak dia.cliche sebab last tu dia kawen dengan Jennifer.boleh agak dah kot.


cerita Pitch Perfect ni memang awesome.aku kan suka muzik so memang kena la.haha.cerita pasal sorang awek (Beca) dan sorang jejaka (Jesse) yang baru masuk kolej,pastu terpilih join acapella group which is group memasing bapak la anti sesama group.kira group pempuan vs group laki la.aku enjoy gila tengok cerita ni.siap tumpang sekaki nyanyi.haha.


kolaborasi hero otai.Excape Plan ni cerita pasal kehebatan sylvester stallone escape dari penjara.kira banyak skill la dia boleh guna untuk lepaskan diri.tengoklah sendiri.nak cerita balik pun aku dah lupa jalan cerita.kahkahkihkof.


aku suka cerita ni.agak mystical, scary, horror dan ..ermm.art kot.Beautiful Creatures mengisahkan mamat ethan ni,dia ulat bulu buku.tapi buku yang dia baca adalah kategori buku yang kena banned,dan diharamkan di sekolah.lepas tu ada budak perempuan baru tukar sekolah, nama dia Lena.muka dia biasa biasa je tapi comel lahaiii..lena ni ada kuasa.ala..macam witch la gitu.aku nak cerita banyak pun tak reti tapi korang boleh la tengok cerita ni.aku rasa dah 3 kali repeat kot cerita ni sebab suka sangat tengok Lena & Ethan ni.omey omey angat.


The Apparition ni pun cerita horror.yang ni pasal couple (Kelly & Ben) yang bahagia duduk di rumah besar dan cantik.tapi tak lama lepas tu,diorang didatangi perkara pelik pelik kat dalam rumah dan dalam kehidupan diorang dan beberapa orang kawan kepada Ben ni.rupanya Ben dengan kawan kawan dia ni pernah buat satu eksperimen masa university dulu pasal satu patung ni.dan secara tak sengaja terjadilah satu insiden.biasalah,kalau dah panggil hantu..memang hantu tu carik la sape yang panggil dia kan.yang bestnya sebab mamat yang jadi Ben ni rupanya bestfriend hero dalam cerita captain america.patutla macam pernah tengok je!


Dodgeball : A True Underdog Story ni cerita lama.tapi aku tak pernah tengok.haha.boleh la.cerita boleh layan.pasal gym dan pasal friendship.tapi paling bangang last tu la.pasal memang betul Kate tu lesbian.haha.memang takbleh blah!


menarik jugak cerita Identity Thief ni.pasal laki yang bernama Sandy Patterson ni.duit dalam kad bank dia habis kena curik.siasat punya siasat didapati pencuri duit tu bernama Sandy Patterson jugak.
okay..sebenarnya nama dia Diana dan seorang perempuan yang agak ..errmm.agak gemuk.dia memang pakar bab klonkan kad kredit,curik duit dalam bank secara senyap.so,laki ni berlagak hero pergi carik perempuan ni secara seorang diri untuk buktikan kat polis yang dia tak bersalah dalam mencuri duit.so,macam macam hal terjadi masa diorang berjumpa.dan akhirnya laki ni dapat jugak bawak balik perempuan ni siap akhirnya diorang jadi macam keluarga angkat.


siapa siapa yang nak tengok pejabat Google boleh la tengok cerita ni, The Internship.cerita simple,pasal group yang nak dapatkan kerja dalam Google.dan diorang kena bersaing dengan ramai anak muda.best.tengoklah.(nampak sangat malas nak bercerita) 


last but not least, The Paperboy.cerita pasal sorang wartawan yang kembali ke kampung halamannya di Florida semata-mata nak menyiasat kes seorang banduan yang dikenakan hukuman mati.aku melekat tengok cerita ni sampai 2pagi semata-mata nak tengok Nicole Kidman yang bitchy dan Zac Efron yang nak kat Nicole Kidman.okaylah kan?


ok.bersambung lagi bulan depan.

Movie Marathon #1

29.4.14

weekend #16 : kampung dan Rio 2

balik kuantan lagi!

sabtu

kali ni balik lagi sebab cousin ejang kawen.kali ni belah mak dia pulak.so,balik cherok paloh.alah,dalam kuantan jugak.takpayah nak sebut 'balik' sangatlah!kahkahkihkoh.



cherok paloh have a good view of a village.ada pantai,ada coconut tree.memang awesome.tempat dia berangin.so,peluang balik ke sana baru ni..hasya dan haifa ikut abah & maktok kutip buah jambu golok (gajus) dan kutip buah kelapa.seronok sangat diorang dapat kumpul anak kelapa banyak banyak.heh.macam la korang tu bandar sangat kan?duduk pun jerantut jugak.


ahad

sebelum balik,sempatla ejang bawak kitorang layan Rio 2.


haha.rifdi la paling berkobar kobar nak tengok.aku kira hasya pun teruja tengok movie yang ada lagu lagu joget joget ni.tapi takpun.hasya macam biasa memegang takhta budak terbebas dalam wayang.abah dia la banyak mengorbankan diri dengan melayan anak.aku?
menghadap penuh fokus.bahagia sungguh gayanya.

cerita best.sambungan dari Rio (2011) dulu,kali ni Blu dah ada family.ada 3 ekor anak dan teruja nak pergi Amazon bawak family sebab nak carik spesis dia yang ditemui oleh Linda & Tulio (penjaga Blu & family).masa di Amazon tu,macam macam kisah la diorang tempuhi.kelakar okay.paling best watak kura-kura 2 ekor.haha.terbaiklah.


penat tawaf dalam panggung wayang tadi


28.4.14

Captain America 2 : The Winter Soldier

satu hari yang agak ada luck la.

tetiba aku kena attend satu mesyuarat di Temerloh.lepas tu meeting habis awal,dan terus gigih pergi Starmall Mentakab.mana taknya,masa meeting aku sempat belek internet tengok Captain America 2 ada pukul berapa.

dan memang rezeki aku la dapat jugak dating dengan Chris Evans hari tu.heh.


gigih tu.dan aku rasa puas hati la dengan movie kali ni.

steve rogers/captain amerca masih hensem.makin mantap.
black widow pun lebih menyerlah kali ni.body memang mantap.idola.eh.
paling sedih tengok bucky kot.rasa terseksa gila dengan life dia selepas 'mati'.

korang tengoklah sendiri.aku nak rindu kat chris evans ni.ehek.ehek.










18.4.14

movie marathon #1

tajuk melayu sangat hari ni.

banyak jugak aku melayan movie sejak kebelakangan ni.sejak sejak dah ada PVR la senang cerita.banyak la movie best yang siap record,lepas tu tunggu masa budak budak tidur,aku layan sambil lipat kain.hentam sampai bengkak mata.kadang kadang pukul 4 pagi baru tidur,lepas tu 5.30 bangun semula.lepas tu pergi kerja macam orang gila.


masa aku tanya rock pasal cerita Seeking A Friend For The End Of The World  ni,dia pelik tengok kombinasi Steve Carell dengan Keira Knightly.macam tak kena.masa aku tengok cerita ni pun rasa weird kot sebab watak Penny ni sangatlah liar.pastu life tunggang langgang.boleh pulak terjumpa dengan Dodge yang baru hilang bini.kebetulan diorang ni berjiran maka bermula la pengembaraan bersama yang berlaku secara tak sengaja.kira okaylah cerita ni.tahap masuk opis lambat.kahkahkah.


mati tergelak la siapa tengok cerita 21 & Over ni.cerita gila-gila macam ni memang favorite aku la.sebab tu ejang siap record special untuk aku.haha.cerita pasal 3 orang kawan baik celebrate birthday.dahla birthday boy tu esoknya ada interview.memang gila lah!


lagi satu cerita bangang.Grown Ups 2 ni cerita pasal reunion bapak bapak yang dah bertahun tahun tak jumpa.reunion ni pun sebab diorang dah janji nak pergi menghadiri majlis pengebumian coach diorang zaman main basketball dulu.yang best sebab masing masing bawak family and partner.memanhg kelakar la.bangsa cerita perasan muda ni.stok happening gelak sampai kembung perut.


action movie.masa layan  The Last Stand ni,baru aku perasan ada Johnny Knoxville.kakaka.teringat plak zaman zaman jackass dia dulu.kakaka.mana cd aku tu oii.hahha.ok.movie yang berherokan abang badan ketak kita,arnold ni boleh tahan la bestnya.walaupun arnold dah nampak bertambah kedut di muka,tapi keheroan dia masih terserlah.abang arnold jadi sherif dalam ni,tapi tugas dia besarrrr.



The Guilt Trip ni pun syok layan.cerita pasal bonding mak dengan anak.Andy (anak) ni ada planned baik punya untuk mak dia.boleh ek dia bawak mak dia ikut dia pergi trip untuk bisnes padahal sebenarnya dia planned nak bawak mak dia jumpa boyfriend lama yang namanya sama dengan dia.so sepanjang trip tu banyaklah kisah antara mak dengan anak ni.memang seronok.pasti layan sebab mak dia ni liar sikit okay.haha.


cerita psycho pun termasuk dalam list ye.filem The Call ni walaupun dah lama,tapi aku tak pernah pun tengok.halle berry dalam ni rambut kenteng kembang.lawak sikitla sebab dia ni cantik.eh.lari topik pulak.haha.cerita ni pasal halle berry sebagai 911 operator.biasa dia jawab je call tapi satu hari tu ia terjebak pergi menyelamatkan sorang awek yang call minta tolong sebab rumah dia kena pecah dengan sorang lelaki.so,sekarang ni kira cerita ni mari menyiasat apa sebenarnya yang lelaki misteri ni cuba buat dengan awek awek rambut blondie ni.jengjengjeng.


The Haunting In Connecticut 2 : Ghost Of Georgia.based on a true story.kisah sorang perempuan ni yang ada 6th sense.boleh nampak hantu.bukan dia je,rupanya mak dia,kakak dia dan anak dia pun boleh nampak.kisahnya sebab perempuan ni (Lisa) asek nampak menda menda ni.last dia pindah ke kawasan yang tenang la kononnya.dia beli tanah kat situ dan mengharapkan life happily ever after.tapi silap,duduk situ dengan anak anak dia jiwa tak tenteram.anak dia asek borak dengan Mr.Gordy (hantu tuan tanah).lepas tu macam macam hal lah jadi sampailah diorang anak beranak tak sengaja settlekan satu kes yang melibatkan tragedi pembunuhan zaman dulu kala.korang yang rasa nak tengok,boleh la melayan cerita ni.takpayah nak ada hantu pakai bedak sejuk pun sebab memang cerita dia seram.


paling baru aku tengok.kalau tengok poster mesti korang tak sangka ni rupanya kisah orang tua.hahah.Stand Up Guys ni kisah pasal 3 kawan yang dah 28 tahun tak jumpa.diorang ni bekas bekas gangster jugakla.Val (Al Pacino) ni baru kuar penjara lepas dihukum penjara 28 tahun.kawan dia, Doc (Christoper Walken) pulak ambik dia dari penjara.padahal sebenarnya Doc ni ditugaskan untuk bunuh Val ni.jadi sebelum Doc bunuh Val ni,dia bawak Val ni buat macam macam.bawak pegi makan,bawak pegi mencuri ubat,mencuri baju (haha)..dan sempatlah jugak pergi ambik kawan dia, Hirsch yang hidup kat rumah orang tua tua.memang lawak jugakla cerita ni walaupun slow.



so far,ada lagi movie yang aku record dan simpan.
tapi next month pulak la.haha.

POPULAR POST