Visitor

17.6.14

movie marathon #2

movie marathon datang lagi.takyah nak membebel panjang sangat,aku terus straight to the point okay.


Texas Chainsaw 3D.horror sangat ni.tapi sebab awek cun aku layankan jua.haha.eh,cerita pasal Texas Chainsaw Massacre ni memang based of true story ek?patutla letih sangat carik kat google.rupanya cerita pasal lelaki ni banyak kali diceritakan semula.kira kalau kat Malaysia macam cerita rumah sewa rm50 tu la.
cerita boleh layan,awek cun dan buat aku sakit kepala tengok orang kena potong.


Romantik comedy.biasa la kalau ada Adam Sandler.Just Go With It ni kisahnya pasal sorang doktor (Danny) yang pergi Hawaii dengan pembantunya lakonan Jennifer Aniston.Danny berkenalan dengan sorang awek dan rancang nak kawen.dia bawak Jennifer yang act konon ex wife dia dan bawak 2 orang budak konon anak dia.cliche sebab last tu dia kawen dengan Jennifer.boleh agak dah kot.


cerita Pitch Perfect ni memang awesome.aku kan suka muzik so memang kena la.haha.cerita pasal sorang awek (Beca) dan sorang jejaka (Jesse) yang baru masuk kolej,pastu terpilih join acapella group which is group memasing bapak la anti sesama group.kira group pempuan vs group laki la.aku enjoy gila tengok cerita ni.siap tumpang sekaki nyanyi.haha.


kolaborasi hero otai.Excape Plan ni cerita pasal kehebatan sylvester stallone escape dari penjara.kira banyak skill la dia boleh guna untuk lepaskan diri.tengoklah sendiri.nak cerita balik pun aku dah lupa jalan cerita.kahkahkihkof.


aku suka cerita ni.agak mystical, scary, horror dan ..ermm.art kot.Beautiful Creatures mengisahkan mamat ethan ni,dia ulat bulu buku.tapi buku yang dia baca adalah kategori buku yang kena banned,dan diharamkan di sekolah.lepas tu ada budak perempuan baru tukar sekolah, nama dia Lena.muka dia biasa biasa je tapi comel lahaiii..lena ni ada kuasa.ala..macam witch la gitu.aku nak cerita banyak pun tak reti tapi korang boleh la tengok cerita ni.aku rasa dah 3 kali repeat kot cerita ni sebab suka sangat tengok Lena & Ethan ni.omey omey angat.


The Apparition ni pun cerita horror.yang ni pasal couple (Kelly & Ben) yang bahagia duduk di rumah besar dan cantik.tapi tak lama lepas tu,diorang didatangi perkara pelik pelik kat dalam rumah dan dalam kehidupan diorang dan beberapa orang kawan kepada Ben ni.rupanya Ben dengan kawan kawan dia ni pernah buat satu eksperimen masa university dulu pasal satu patung ni.dan secara tak sengaja terjadilah satu insiden.biasalah,kalau dah panggil hantu..memang hantu tu carik la sape yang panggil dia kan.yang bestnya sebab mamat yang jadi Ben ni rupanya bestfriend hero dalam cerita captain america.patutla macam pernah tengok je!


Dodgeball : A True Underdog Story ni cerita lama.tapi aku tak pernah tengok.haha.boleh la.cerita boleh layan.pasal gym dan pasal friendship.tapi paling bangang last tu la.pasal memang betul Kate tu lesbian.haha.memang takbleh blah!


menarik jugak cerita Identity Thief ni.pasal laki yang bernama Sandy Patterson ni.duit dalam kad bank dia habis kena curik.siasat punya siasat didapati pencuri duit tu bernama Sandy Patterson jugak.
okay..sebenarnya nama dia Diana dan seorang perempuan yang agak ..errmm.agak gemuk.dia memang pakar bab klonkan kad kredit,curik duit dalam bank secara senyap.so,laki ni berlagak hero pergi carik perempuan ni secara seorang diri untuk buktikan kat polis yang dia tak bersalah dalam mencuri duit.so,macam macam hal terjadi masa diorang berjumpa.dan akhirnya laki ni dapat jugak bawak balik perempuan ni siap akhirnya diorang jadi macam keluarga angkat.


siapa siapa yang nak tengok pejabat Google boleh la tengok cerita ni, The Internship.cerita simple,pasal group yang nak dapatkan kerja dalam Google.dan diorang kena bersaing dengan ramai anak muda.best.tengoklah.(nampak sangat malas nak bercerita) 


last but not least, The Paperboy.cerita pasal sorang wartawan yang kembali ke kampung halamannya di Florida semata-mata nak menyiasat kes seorang banduan yang dikenakan hukuman mati.aku melekat tengok cerita ni sampai 2pagi semata-mata nak tengok Nicole Kidman yang bitchy dan Zac Efron yang nak kat Nicole Kidman.okaylah kan?


ok.bersambung lagi bulan depan.

Movie Marathon #1

No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...