Showing posts with label random. Show all posts
Showing posts with label random. Show all posts

14.6.21

2021

 Hi semua.

Lama aku tinggalkan dunia blog. Hampir 1 tahun 6 bulan dah. Kalau ada baby, baby dah pandai berjalan dah pun. Tapi aku takde baby. Baby yang lahir 2014 tu pun dah kemain lagi bercakap taknak berhenti. Belum lagi cerita bab menjawab, pening dah aku ni. Terus hilang mood nak tambah baby *alasan*

Aku akan bercerita kembali di blog. Aku cuba ye.
Sebab aku ada la sedikit masa percuma sekarang ni. 

Aku cuba untuk permulaan 2021 ni (walaupun dah tengah tahun 2021 exactly).


Aku la tu. Tapi aku bertarikh seperti di gambar.


15.1.20

Wawasan 2020

Hello. Hai. Happy 2020 guys!

Rasa lama betul tak berblogging. Last cerita raya. Apa boring betul takde cerita lain dah ke. Wey, aku hari hari okay ada cerita. Duduk dengan 4 budak tu hari-hari selak buku baru. Gila la kalau takde cerita.

Tapi cerita sekarang aku dah tulis panjang-panjang kat ig dengan fb je. Takde pulak aku install apps blogger dah. Dulu gigih woi install Bloggerdroid. Zaman takde smartphone screen besar dulu gigih update blog pakai sms. Ha kau..sms. Masa tu pakai Sony Ericsson. Aku rasa telefon Sony je ada link dengan blog ni.

Sekarang ni ikutkan apps ada je. tapi malas nak install, malas nak buka. nak deactivated rasa sayangnyaaa la sebab banyak gila kot aku cite dalam ni. Dari 2009, kau bayangkan la.

Pastu gambar pun berlambak gila dalam blog ni. Aku tahap aku carik gambar lama-lama, aku bukak blog je. Sebab fb aku dah missing in action. So memang bergantung harap pada blog.

Eh. Apa panjang sangat aku merepek ni. okaylah, just cut the crap.

2020 aku masih lagi di usia 30an. masih ada 4 anak. takde plan nak menambah pun. plan nak menambahkan income pun tak jumpa lagi. hajat dihati nak tukar kereta tapi apakan daya, sebab takde income lebih maka bertahanlah dengan si puteh yang setia.

dari segi amalan pun, aku berharap aku akan jadi muslimah yang lebih solehah, lebih istiqomah, tawadduk serta elok sifat dan perilaku. umur makin berusia ni sepatutnya makin senonoh. aurat makin kena jaga.

bab kurus. hmmm, takde plan nak kurus. boringlah, tiap tahun azam nak kurus tapi tak kurus kurus jugak. hehehehehe. jadi lupakan jelah.

so hari ni, hari ke 15 dalam 2020, aku just nak ucapkan kat semua yang datang baca blog hidup segan matipun segan ni 

HAPPY NEW YEAR.
HAPPY TWENTY TWENTY.
MAY YOUR LIFE FULFILL WITH JOY, LOVE, PEACE AND BLESSINGS!



Tahun ni tahun lompat tau. Bukan tahun terbang.

15.7.19

Syawal dalam kenangan

Last update bulan Ramadhan.
Puasa betul aku sampai sekarang tak update lagi hahahaha

Nak cerita pasal raya ke?
Harus banyak gambar aku kena update nanti. Maklumla, raya kan sebulan.

Sebelum aku penuhkan kisah Syawal aku, aku mulakan dengan post-entry-Syawal paling special untuk korang semua. Terimalahhhh..

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2019.
Maaf Zahir Batin




12.2.19

Kuantanese

Raya Cina baru ni seminggu kitorang balik Kuantan. Alah, cuti sekolah kan.
Dan seminggu jugaklah kami duduk rumah tak ke mana. lebih kepada program indoor. lagi pulak, kalau belah ejang ayah tengah sakit. kaki masuk besi sebab aritu dia accident. kaki tu dahla dah potong ibu jari kaki sebab kencing manis. memang menduga sangat untuk family ejang, mak la yang teruk dan bersusah payah menjaga ayah.

eh, dalam tak ke mana tu pun padan ke sana ke mari jugakla kitorang balik rumah mak, balik rumah mertua, gi kenduri,gi pantai, sambut birthday abah, ejang bawak ayah gi klinik.. haa, enjoy aje pun. alhamdulillah. janji berkumpul dengan family kan.

paling bonus, abang dengan adik aku pun ada balik. so semua ada. hah, confuse jap siapa yang raya sebenarnya. kehkeh.

aku pun sampai confuse ni nak letak gambar apa dalam entry ni. birthday abah ke, gi pantai ke, gambar makan. kahkah. tamak sangat semua nak letak dalam ni nanti. apapun aku letak gambar anak anak sedang happy jela ek.

tapi apapun aku nak mulakan dengan gambar first day balik Kuantan. Attend kenduri anak sepupu! How time flies. dulu kecik kecik kau mateh jaga siap tolong bancuh susu lagi. sekarang dah kawen. tua dah mateh ko ni wani wehh.


dengan pengantin. Wani.

dengan cousin paling rapat belah abah. maksu kepada pengantin.
us




dan lain lain. tu pun sebahagian dari gallery je ni.
gambar terpilih masuk. gambar lain gegar je lebih.










best kan?
and all about the foodies too.
terus rindu rumah mak mak dia kuantan. haha.

lempeng nyor MIL

menu rumah mak

nasi lemak MIL

ulam MIL pergi kutip untuk menantu dia ni hah. makan bihun breakfast pun dengan ulam.

gorpis mak yang paling sedap ever


rindu dah.



1.2.19

30.1.19

Ada Apa Dalam Beg?


  • Perfumes - Gucci Floral & Guess
  • Lip Ice
  • Silkygirl Compact Powder
  • Gula-gula Hacks
  • Cetaphil Lotion
  • Cetaphil Cleanser
  • Niqa' (Pencuci tudung)
  • ID office
  • Pen dakwat cair
  • Ballpen
  • Name Stamp
  • Small Oblong Book - noted
  • Sunglasses Bag brand Swatch
  • Wallet Mont Blanc


    Tak termasuk dalam beg sebab tak muat susun.
  • Wet tissue
  • Dry tissue
  • Panadol


sebab tu la aku memang suka beg besar. senang nak sumbat semua menda. yay.
Beg jenama Kaison. senang sangat aku ni haa.


22.1.19

Blog

Time aku free camni (awal tahun guys) mula la tangan merayap je tengok socmed.

Aritu fb aku lenyap, aku dah built fb baru. Konon cuba nak berhibur, tapi bila tengok menda yang sama je, sudahnya..hmm. pergi la kt ig.

Masuk ig, memula nak up gambar. pastu memikir..hmmm, boring betul asek up menda yang sama je. gi la ke igstory. datang sakit jiwa taktau nak up apa, mula la kemurungan. nak stalk orang pun malas.

pastu masuk la blog ni. dah tulis apa yang patut, pastu share, taktau dah nak buat apa. klik link kat sebelah, rupanya ramai dah yang tak berblogging. ada yang dah tak jumpa blog dia. mungkin dah hijrah, taknak merepek lagi. mungkin jugak dah takde masa nak blog, sebab kehidupan dah berubah kan. dulu gonjeng, sekarang dah berkeluarga. bila lagi masa nak blognyaaa.

taktau nak hadap apa aku ni. twitter ada, carousell, tumblr..semua ada. tapi kalau nama sendu, memang takde maksud apa pun untuk aku. booooring.

so, bagi mengelakkan aku ketandusan idea dan kasih sayang, kalau ada yang berminat nak share link berfaedah, boleh la tinggalkan kat kotak komen ye. yang geng-geng lama tu pun, andaikata terbaca dan rasa rindu nak berblogging, jom la kita hidupkan kembali dunia blog ni. share link terkini korang tau. aku nak save kat sebelah ni. jangan putuskan ukhuwah kita. geng geng blogger.

eceh. bila pulak aku join komuniti blogger.




krikk krikk krikkkk.



eh, jangan lupa tau tinggalkan link.

16.1.19

2019



Dah hari ke 16 dah pun tapi baru nak update. haha. happy new year guys.
apa azam tahun ni?

sis takde azam pun. cuma berangan :

1. Nak berat around 60-65kg je.
2. Nak slim dan fit dan sihat dan bergaya
3. Nak jadi ibu mithali
4. Nak jadi isteri solehah
5. Nak duit berkepuk kepuk so takyah hutang dah


Semoga dipermudahkan segala urusan. Yeahhh.

25.7.18

Scammer : Beware guys.

Ni kes scammer yang aku kena masa birthday aku baru ni.
Sebelum tu aku penah je dapat call scammer, tapi masa tu kes loan. kata dia aku ada loan bank tak settled. dia sebut je Hong Leong Bank terus aku cakap, "tipu laaaa. saya mana penah ada akaun hong leong". kehkehkehkeh. lepas tu dia cakap dia offkan nama aku dari listname yang dia ada. ha, settled satu hal.

tapi yang aku kena ni hal lain pulak. haaa, meh aku copypaste cerita dari fb aku.

...............

No birthday celebration today. Melainkan duduk kat balai 2 jam settled report! Pfftt.
Gini. Lunch time tadi ada personal number call aku, bgtau aku ada 1 saman tak berbayar. Pastu,sebab aku punya keinginan naktau tu tinggi aku pun gatal la melayan. Masa tu call disambungkan ke Balai Polis Cheras Maluri.
Korporal Fazura (katanya) mintak nama & ic number untuk pengesahan saman. Aku dengan waswas bagi jugakla, tapi hasil semakan, dia bgtau nama aku terlibat dengan kes langgar lari kat Penang. Nama aku digunakan untuk sewa kereta katanya. So sebab aku taktau apa-apa, dia suruh aku report di IPD Kepala Batas Pulau Pinang. Dan panggilan disambungkan ke sana plak.
Dah sambung, kali ni aku bercakap dengan Sarjan Wong plak. Sama mcm Balai Polis Cheras Maluri tadi, aku siap buat pengecaman bunyi sekeliling. Bunyi riuh mcm dlm balai polis, siap ada bunyi mcm walkie talkie.
So masa berbual dengan 'Sarjan Wong' ni, dia tanya aku ada apa. Bila aku kata Cheras kata aku terlibat dengan langgar lari, dia mintak nama. Lepas tu dia suruh aku stay dalam line. Dalam 4 minit tu, line putus.
Aku tunggu jugak kalau ada call masuk, tapi takde. Aku dah tak sedap hati, aku bergegas terus ke Balai Polis Jerantut. Buat report. Siap report pertama, aku kena report sekali lagi di bahagian Komersial. Polis pun kata memang byk kes scammer ni berlaku, especially African Scammer dengan Macao Scammer. Kes aku ni termasuk dalam Macao Scammer, tujuan menakut-nakutkan orang ramai.
Actually tujuan aku report ni sebab nak bagi maklumat di samping nk selamatkan diri aku in case jadi apa-apa hal kan. Rezeki aku, kes takde melibatkan kerugian duit. Maybe sebab line terputus, kalau tak harus jugak aku kena paw 5k konon nak settle ke apa.
So, dalam kes ni aku cuma mengharapkan jadi pengajaran la. Jangan dilayan nombor personal yang call yang mengaku dari bank atau agensi. Sebolehnya letak terus. Polis tadi pesan sebab kalau dilayan, bimbang kita terpedaya. Macam kes aku tadi la.
Yang kelakarnya, aku share hal ni dengan 3 group whatsapp. Diorang kata aku kena prank ni. Hah..yela tu. 2jam aku duduk situ tunggu jugak kot tetiba ada yang jerit, "SURPRISE! HAPPY BIRTHDAY!" siap belon dan suprise party.
Tapi takde pun. Memang betul betul kena tipu la aku tadi. Dah rugi masa napping aku jemaat tadi. Cis.


ni aku tulis balik apa yang Korporal Fazura cakap kat aku.
Aku teka masa dia transfer call tu aku akan bercakap dengan Sarjan Fattah Amin pulak ke.

report aku

2.7.18

SHRMZB 2018

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
MAAF ZAHIR BATIN.

- ikhlas dari ddjaafar & keluarga





dah 18 Syawal baru nak wishes bahahaha. Pundek betei.

10.1.18

2018

Dah 2018 dah pun.

Tapi belum terlambat lagi untuk aku wish 'Happy New Year'. Dah ada azam baru ke? Ke azam dulu forward ke tahun ni je? 😜

Aku macam biasa la, takde azam azam pun. Jenis hadap je apa nak jadi, jadi la. Haha. Sebab orang pesen macam aku ni, kalau berazam, tak dapat, memang kecewa melampau. Jadi sakit.

Jadi, aku cuma mampu kata..aku teringin nak :

1. Jadi lebih baik
2. Tukar kereta yang lebih selesa
3. Ada baby baru..yihaaa!

Pastu aku nak ada hobi baru selain masak seperti buat kapal selam ke, jahit sarung bantal ke, bela semut api ke. Lagi best kalau hobi tu boleh buat bisnes. Haaa, apa rajin sangat ni?

Tengoklaaa.
Kalau jadi, jadi laaaa.

👋

HAPPY NEW YEAR.

26.10.17

Well Said



So that one day you wake up and find yourself, 
not with just one tree, 
but under the shade of a thousand canopies. 

26.4.17


alone at the office

😎😎
(gambar kepam zaman bila ntah)

17.1.17

zpáteční

✋ahoj

Czech translate : hai
(gatai nak guna bahasa lain)


ramai yang tanya, ko dah tak berbelog ke dd?
ahah. ikutkan aku rindu nak menulis, tapi masa nak menaip panjang panjang dah takde. 

dulu aku install Bloggeroid. ada masa aku menulis la. lepas tu handphone hilang, nafsu pun hilang. nafsu lain semacam lagi mengganas. eh. banyaknya nafsu? logikla perempuan ada 7 nafsu. kehkeh.

rakan rakan blogger pun sama slow je dah aku tengok.
bila aku bukak blogger.com, aku tengok layout..rasa sayu je dah. takde dashboard. so nak tengok orang lain punya update pun dah tak jumpa (atau aku yang tak jumpa).

bila klik new post tangan pun kaku. nak type apa ni hah?
aritu aku nak update story, lepas tu semua gone. sudahnya aku advertise barang Hai O. bengang jugak aku waktu tu. terasa macam ek eleh dd..kt fb biz, kat ig biz..takkan masa blogging pun nak biz?

gitu la kalau dah berbisnes ekkk? haha.

ni pun sebenarnya aku tengah kering idea ni woii..haha. cerita kelahiran riyadh pun belum lagi ni..riyadh dah nak setahun dah kot! -- kahkahkah

takde motif. saje bagi korang pening. kahkahkah.
keji.



25.11.16

maafkan saya

"gilaaa bosan pergi blog dd sekarangggg"

kahkahkah. tetiba jadi blog iklan blog aku ni kan. dah kenapa jadi macam ni pun aku taktau. aku pun cuba taknak macam obses sangat dengan iklan prono promo apemenda semua. tapi aku copypaste je ni woi. jangan la serius sangat. akakaka.

memandangkan salah sorang sahabat aku dah kena transfer tempat keje, sekarang ni aku yang sememangnya dah mula sibuk sekarang bertambahla menyibuknya. aritu rajin update blog sekarang tidaklah lagi. promo promo tu aku cuma copypaste delete je. kalau aku berblogging secara random pulak masalahnya aku akan makan masa waktu kerja dengan banyaknya. maklumla..banyak cerita.

nak cerita pasal birthday haifa aku pun dah tertangguh tangguh sampai dah nak membawak ke birthday rifdi dah pun. bimbang jugak kalau-kalau tertangguh lagi membawak ke birthday taun depan. 😆

ha, tengok blog sekarang tetiba dah update. siap ada emoji. canggih kan? kagum kejap aku sampaikan syok plak aku bermain-main bersama emoji siap lukis pulak dalam kotak tu. ishhh..jakun boleh tahan jugakla ni.

sebenarnya takde apapun aku nak share. saje sakit hati tengok blog sendiri je.
sebagai penghibur diri sendiri, sengaja aku mengubat hati dengan melihat wajah wajah comel ini





😗😝💑💗💓

11.8.16

Sony Xperia T2 D5303

dah nak masuk minggu kedua aku dengan henpon terpisah. gila tak rindu, first time kot hilang henpon. elok pulak dalam post lepas aku mention pasal up gambar dari dalam henpon,

"kalau tak kepam ajela gambar dalam henpon sampai raya tahun depan"

terngiang ngiang apa aku tulis tu. rasa siap ada echo sound lagi.
pehhh...rupanya tak sampai raya taun depan, raya haji pun dia dah takde. *bergenang airmata*
.
.
.
.
.
.
.

hari hilang henpon tu, ejang takde. dia kena pergi mudik belah hulu. so, pagi tu aku memang macam biasa la, huru hara siapkan anak anak. start kereta, packing barang, angkut barang dalam kereta,, jerit kat rifdi haifa hasya suruh masuk kereta, angkat riyadh letak dalam carseat. settle, terus bawak keta mencicit. lambat manjang.

hantar rifdi haifa, aku hantar riyadh ke rumah pengasuh, lepas tu hantar hasya ke tadika. hari tu kebetulan nak bayar duit makan tadika, aku amik wallet pastu carik henpon, tak jumpa. ahh..lantaklah. settle bayar dulu. siap tu, terus aku pecut balik rumah, konon nak amik henpon. aku syak henpon tertinggal kat rumah je.

sampai rumah, aku carik dalam bilik. biasa aku letak kat side table sebelah katil. takde. tengok atas drawer aku, takdek jugak. kat almari luar, atas meja, iron board..hmmmm. mana ek? nak misscall pun takdek henpon lain. rata dah aku carik ni, dalam kereta pun tak jumpa. adoyaii. sebab dah pukul 9 lebih, aku pun gi kerja ajela. nanti sambung carik.

sampai office aku try call tanya pengasuh kalau kalau henpon aku termasuk dalam beg anak aku ke. tapi pakcik cakap takde pun. takpe, aku tunggu hasya balik skolah je, dia tu suka bawak macam macam pegi tadika. tapi masa dia balik tu hampa la jugak bila tau dia tak bawak henpon. (--)

tengahari tu aku balik rumah, aku sambung carik henpon. memang tak sedap hati. sambil sambil tu aku buat kerja rumah sambil ingatkan balik last aku pegang henpon. sedang jemur kain tetiba aku terpandang atap kereta aku. pastu terpikir..macam aku letak something atas atap keta ni tadi. tapi apa ye?

puas aku kerah otak aku untuk ingat balik..aku rasa ye dah ni. aku cuba flashback.
seingat aku, masa aku angkut beg masuk keta tadi, tangan aku penuh. so aku park henpon atas atap keta, simpan barang dalam keta, pegi kunci rumah, masuk kereta, reversed, dan blah! sah la ni.

confirm henpon aku jatuh, tapi taktau kat mana. aku carik carik area depan rumah aku,,tapi haram la nak jumpanya. cepat cepat aku settle kerja rumah, mandi dan gi office. aku try call, dapat, tapi pastu macam orang cancelkan call. pastu call lagi memang takde dahla. aku pun pikir pikir lagi apa yang aku boleh ikhtiarkan.

sudahnya, aku bukak google chrome, google apa yang aku bleh buat kalau henpon hilang pastu aku jumpa satu kaedah ni. type "find my phone"...

kaedah ni boleh guna untuk orang yang guna account google kat henpon tau. so, result yang aku jumpa D5303 berada on the way ke Kg. Mela, Lipis. ya Allah, nak nangis rasa. aku terus try contact henpon lagi skali. ada ringing tapi takde orang pickup. kalau tengok apps tu, dia boleh call pastu akan keluar note kat situ. aku pun tinggalkan note

"pulangkan semula henpon ni kalau jumpa. Allah je yang boleh balas jasa anda"

kawan kawan aku ramai ramai cuba call. ringing tetaplah ada cuma takde pickup. semua kata orang yang amik henpon ni takde niat mencurik sebab kalau orang curik biasa akan buang simcard. aku cuba pikir positif. rasa nak gi buat report polis je masa ni tapi ...ishh. serabut dah rasa. kalau tengok kat maps henpon aku tak gerak gerak dah. masih kat kawasan kampung menghala ke Kg, Mela.

dalam masa yang sama aku tukar password untuk fb, instagram, dan segala macam menda la dalam henpon tu. security beb. pastu aku lock pulak henpon aku, so orang yang amik tu takleh bukak henpon aku. habis segala menda aku buat. panik la katakan.

tapi sebab macam takde chance dah jumpa semula henpon, esoknya ejang batalkan sim card lama. kebetulan dia ada hal kerja di kuantan, sim card aku pulak atas nama dia..alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. aku dapat balik nombor lama aku. tapi henpon dengan memory card tetaplah hilang. tanpa kesan. tanpa jejak dah sebab aku dah batalkan sim card kan.

henpon hilang tu nak buat camne kan, tapi memory card tu la. dahla segala menda aku simpan dalam henpon. yang mujurnya sebab jenis tak simpan gambo bukan bukan.. sudahnya sekarang aku pakai la galaxy chat aku yang lama. whatsapp, fb, ig semua ada tapi tak canggih la. takde boomerang. (boleh ek?).

anak anak aku selalu usik aku, "ibu tak rindu ke henpon ibu?".
eh. sentap tau.



i miss u my avengers.
(sebab henpon aku pakai baju gambo avengers).



kot kot ada antara pembaca blog nih yang teramik henpon aku tapi taktau nak pulang camne tu..boleh la anto ke pejabat jps ke, pejabat jkr ke..haaaa. tapi dfaerah jerantut la yek. kabo je henpon ni saya tak curik, saya amik sebab taktau nak pulangkan camne. takpe..akak tak marah. akak tau masalah nak pulangkan tu ye. jasa baik tetaplah dikenang sampai bila bila.

eh, touching pulak.



28.6.16

Hukum Kad Diskaun

untuk pengetahuan dan kefahaman. kalau masih rasa ragu-ragu, boleh carik ustaz terdekat untuk perjelaskan semula.
.
.
.
.

Perkongsian dari Channel Usrah Solat
Hukum Kad Diskaun
Ramai bertanya saya tentang hukum kad diskaun iaitu membeli dari pasaraya/premis tertentu menggunakan kad keahlian dan akan mendapat diskaun dari kad tersebut.
Hukumnya boleh diperincikan seperti berikut:
1. Jika kad tersebut mempunyai yuran berkala seperti setahun sekali perlu dibayar atau 6 bulan sekali maka hukumnya haram. Ini kerana ia mempunyai al-Gharar (ketidak jelasan) dalam jual beli berapa banyak diskaun yang akan diperolehi dalam masa setahun atau 6 bulan selepas dia membayar yuran keahlian.
2. Jika kad tersebut percuma atau hanya dibayar sekali sahaja (iaitu dibayar ketika mendaftar) yang dikira sebagai harga kad tersebut maka hukumnya harus. Diskaun yang diberikan oleh premis tersebut dikira sebagai hadiah kepada pelanggannya.
Point no 2 itu, bukan hadiah tetapi janji penjual nak jual harga lebih murah, bayar sekali itu hanya untuk bayar kos kad dan menggalakkan pelanggan setia kepada peniaga


Wallahu a'lam.
USRAH SOLAT DAN QA AGAMA


📝by:
Soalan berkaitan tajuk ini boleh diajukan kepada: Ustaz @AiyyuziAlUsimi Ustaz @alFilfilaani Ustaz @badTarim Ustaz @redlof17 Ustaz @azizkanun Ustaz @Hazrialbindany Ustaz @Salafytobat93 Jawapan…
TELEGRAM.ME

16.5.16

Selamat Hari Guru 2016

facebook sekarang kan dia suka petik memory. so untuk hari ni keluar la ucapan hari guru yang aku wish tiap tahun. tapi kelakar pulak aku tengok. 

cuba perati apa yang berlaku mengikut peredaran tahun.


2012

2013

2014

2015

hari ni.
2016.


makin lama makin malas nak wish, kahkahkah.

anyway, selamat hari guru untuk semua pendidik. mendidiklah dengan ikhlas, dengan penuh kasih sayang dan dengan penuh dedikasi.


POPULAR POST