Visitor

11.8.16

Sony Xperia T2 D5303

dah nak masuk minggu kedua aku dengan henpon terpisah. gila tak rindu, first time kot hilang henpon. elok pulak dalam post lepas aku mention pasal up gambar dari dalam henpon,

"kalau tak kepam ajela gambar dalam henpon sampai raya tahun depan"

terngiang ngiang apa aku tulis tu. rasa siap ada echo sound lagi.
pehhh...rupanya tak sampai raya taun depan, raya haji pun dia dah takde. *bergenang airmata*
.
.
.
.
.
.
.

hari hilang henpon tu, ejang takde. dia kena pergi mudik belah hulu. so, pagi tu aku memang macam biasa la, huru hara siapkan anak anak. start kereta, packing barang, angkut barang dalam kereta,, jerit kat rifdi haifa hasya suruh masuk kereta, angkat riyadh letak dalam carseat. settle, terus bawak keta mencicit. lambat manjang.

hantar rifdi haifa, aku hantar riyadh ke rumah pengasuh, lepas tu hantar hasya ke tadika. hari tu kebetulan nak bayar duit makan tadika, aku amik wallet pastu carik henpon, tak jumpa. ahh..lantaklah. settle bayar dulu. siap tu, terus aku pecut balik rumah, konon nak amik henpon. aku syak henpon tertinggal kat rumah je.

sampai rumah, aku carik dalam bilik. biasa aku letak kat side table sebelah katil. takde. tengok atas drawer aku, takdek jugak. kat almari luar, atas meja, iron board..hmmmm. mana ek? nak misscall pun takdek henpon lain. rata dah aku carik ni, dalam kereta pun tak jumpa. adoyaii. sebab dah pukul 9 lebih, aku pun gi kerja ajela. nanti sambung carik.

sampai office aku try call tanya pengasuh kalau kalau henpon aku termasuk dalam beg anak aku ke. tapi pakcik cakap takde pun. takpe, aku tunggu hasya balik skolah je, dia tu suka bawak macam macam pegi tadika. tapi masa dia balik tu hampa la jugak bila tau dia tak bawak henpon. (--)

tengahari tu aku balik rumah, aku sambung carik henpon. memang tak sedap hati. sambil sambil tu aku buat kerja rumah sambil ingatkan balik last aku pegang henpon. sedang jemur kain tetiba aku terpandang atap kereta aku. pastu terpikir..macam aku letak something atas atap keta ni tadi. tapi apa ye?

puas aku kerah otak aku untuk ingat balik..aku rasa ye dah ni. aku cuba flashback.
seingat aku, masa aku angkut beg masuk keta tadi, tangan aku penuh. so aku park henpon atas atap keta, simpan barang dalam keta, pegi kunci rumah, masuk kereta, reversed, dan blah! sah la ni.

confirm henpon aku jatuh, tapi taktau kat mana. aku carik carik area depan rumah aku,,tapi haram la nak jumpanya. cepat cepat aku settle kerja rumah, mandi dan gi office. aku try call, dapat, tapi pastu macam orang cancelkan call. pastu call lagi memang takde dahla. aku pun pikir pikir lagi apa yang aku boleh ikhtiarkan.

sudahnya, aku bukak google chrome, google apa yang aku bleh buat kalau henpon hilang pastu aku jumpa satu kaedah ni. type "find my phone"...

kaedah ni boleh guna untuk orang yang guna account google kat henpon tau. so, result yang aku jumpa D5303 berada on the way ke Kg. Mela, Lipis. ya Allah, nak nangis rasa. aku terus try contact henpon lagi skali. ada ringing tapi takde orang pickup. kalau tengok apps tu, dia boleh call pastu akan keluar note kat situ. aku pun tinggalkan note

"pulangkan semula henpon ni kalau jumpa. Allah je yang boleh balas jasa anda"

kawan kawan aku ramai ramai cuba call. ringing tetaplah ada cuma takde pickup. semua kata orang yang amik henpon ni takde niat mencurik sebab kalau orang curik biasa akan buang simcard. aku cuba pikir positif. rasa nak gi buat report polis je masa ni tapi ...ishh. serabut dah rasa. kalau tengok kat maps henpon aku tak gerak gerak dah. masih kat kawasan kampung menghala ke Kg, Mela.

dalam masa yang sama aku tukar password untuk fb, instagram, dan segala macam menda la dalam henpon tu. security beb. pastu aku lock pulak henpon aku, so orang yang amik tu takleh bukak henpon aku. habis segala menda aku buat. panik la katakan.

tapi sebab macam takde chance dah jumpa semula henpon, esoknya ejang batalkan sim card lama. kebetulan dia ada hal kerja di kuantan, sim card aku pulak atas nama dia..alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. aku dapat balik nombor lama aku. tapi henpon dengan memory card tetaplah hilang. tanpa kesan. tanpa jejak dah sebab aku dah batalkan sim card kan.

henpon hilang tu nak buat camne kan, tapi memory card tu la. dahla segala menda aku simpan dalam henpon. yang mujurnya sebab jenis tak simpan gambo bukan bukan.. sudahnya sekarang aku pakai la galaxy chat aku yang lama. whatsapp, fb, ig semua ada tapi tak canggih la. takde boomerang. (boleh ek?).

anak anak aku selalu usik aku, "ibu tak rindu ke henpon ibu?".
eh. sentap tau.



i miss u my avengers.
(sebab henpon aku pakai baju gambo avengers).



kot kot ada antara pembaca blog nih yang teramik henpon aku tapi taktau nak pulang camne tu..boleh la anto ke pejabat jps ke, pejabat jkr ke..haaaa. tapi dfaerah jerantut la yek. kabo je henpon ni saya tak curik, saya amik sebab taktau nak pulangkan camne. takpe..akak tak marah. akak tau masalah nak pulangkan tu ye. jasa baik tetaplah dikenang sampai bila bila.

eh, touching pulak.



2 comments:

  1. henpon hilang ni tu la satunya yang jadi sayu hati lebih, gambo2 video2 kat dalam tu... hish... ni yang buatkan aku nak backup semua fail dalam henpon aku nih... tapi lepas dah backup, saya nak delete. cekonon nanti nak tgk2 balik. masalah btoi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun. dahla last dalam tu aku record video ejang karok lagu cinta kristal. punya la sedap dia tarik suara malam tu..tak sempat tengok. esoknya henpon ilang...huuuu.

      moral aku cuma satu jela. jangan ada gambar freehair dalam tu, or whatever yang mendedahkan aurat. aku sebab takde, kalau ada mau meroyan aku taktau nak carik camner

      Delete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...