Showing posts with label produk. Show all posts
Showing posts with label produk. Show all posts

18.10.18

Cetaphil



Dah lama aku teringin nak pakai Cetaphil. Since tengok cikepal, anak sedara aku yuyu, pastu ada kenalan lain yang pakai pastu kulit muka yarobi comelnya. Puas aku tunggu aku punya beauty bar abis baru aku nak tukar. Bertabah sangat tak aku?

So sampai la satu masa tu aku beli yang travel kit. Try kecik dulu bro. kang tak puas hati takde la nangis dalam tandas sebab melabur banyak sangat. So aku pakai dan so far, okay la. Memang macam tak puas hati je sebab takde buih dan takde bau fragrance.

Until one day. Aku dapat sample Nutox. Satu serum dan satu lagi krim pemenda tak ingat. So sebab bajet pakai muka jadi persis Fazura, aku pun pakai tanpa was was. Elok 4 kali pakai maka terbitlah jerawat boleh tahan diameter dia. Aku pun aiyyo..memang camtu ke pakai serum?

Disebabkan dia punya gelabah muka dah sama level dinosour, aku pun stop pakai serum. Sis seram okay. 


Aku pun sambung pakai Cetaphil ni macam biasa. Alhamdulillah pastu muka kembali normal macam biasa lepas 4 hari. Ya Tuhannn..lega kita wakkk..cemas nak report pulis dah 😂😂 

And finally aku makin suka la pakai Cetaphil ni. Dah nak 2 bulan lebih dah pakai. Produk kulit yang memang mahal tapi berbaloi effect dia. Worth it.

Maka pasni diisytiharkan akan menjadi bff selamanya. Insha Allah.


#reviewbyddjaafar #ddskincare #cetaphil#cetaphilMY #cetaphilworks#cetaphilreview #sensitiveskin #skincare

2.11.16

Agen Sahajidah Hai O

pelik ke tak pelik tetiba aku join member produk camni?

pada siapa yang kenal aku dari dulu lagi mesti tau aku sangat negative thinker bab produk ni. kira boleh membawak gaduh jugakla kalau ada geng yang cuba promote produk nak nak macam suppliment. aku bukan tak percaya tapi aku lebih kepada merujuk pada doktor, pharmacist, dan kepada orang orang yang lebih aku percaya. biasa la, kengkadang orang jual produk ni tetiba macam bertukar profesion cerdik bijaksana bagaikan seorang doktor.

tapi kali ni kenapa lain benarrrrr kau dd?

sebab dia sangat berbeza. gini. aku akan cerita kisah macam mana aku boleh terjebak dengan produk Hai O ni. nanti aku cerita. untuk hari ni cukup aku bagitau yang aku adalah AGEN SAH produk SAHAJIDAH HAI O. andaikata ada kawan kawan sana nak mencuba, boleh terus whatsapp / call no aku 012 9575134. segala soalan akan dilayan sebaik mungkin insha Allah.

ok. jangan lupa ye. whatsapp / call.
jangan pm sebab aku tak install messenger fb. (kahkahkah)

paling penting. boleh pergi ke page baru i di sini. SILA KLIK.
bai.



3.10.14

Mistine Egg White Peel Of Mask

(iklan tak berbayar)




entah macam mana aku boleh beli ni masa pergi Wakaf Che Yeh aritu.sebab harga RM8 dan original,aku pun beli jugak la.klakar jugak sebab aku bukan jenis suka beli menda camni.jenis tak berani.tapi sebab dia base in egg,aku pun beli ajelahhh.pastu bila dah beli memikir pulakk.hanyir la muka aku jap lagi.

so,malam tu jugak aku try sebelum tidur.basuh muka bersih bersih,lepas tu tepek.bau dia..pergggh.wangi bak hanggg.makin laju la aku sapu kat muka.siap sapu,aku rilek rilek sambil layan instagram.

20minit berlalu.

aku pun peel la macam pakai masker biasa.best je rasa.muka pun feeling feeling suci..best.tak pedih pun muka.sebab aritu aku penah pakai 1 brand yang kawan bagi,pas pakai tu bila basuh muka rasa pedih.yang ni plak berbeza,dahla sejuk je.

sebab aku pakai dah dua kali,aku try plak kat ejang bila balik kursus.kemain ko,macam bukak kedai facial lak aku aritu.ejang memang jenis jantan tak pakai kosmetik okay.so,bila aku pakaikan kat dia terus dia cakap..

bestnya yang.bestnyaaaa..sejuk je.

sampai aku suruh dia diam sebab pakai masker mana bleh bercakap.behave sikit ye bangggg.

sambil sambil tunggu 20 minit tu,memang keje aku la kena kikis kelemumur dia jap.sambil sambil carik rambut gatal.kemain kan laki aku?kahkahkah.

saat peel mask tu best.masa yang dahi,pipi..whitehead mestilah ada kan,dia tak teruja sangat.tapi time tarik yang kat hidung,mak aiii..melekat segala blackhead.dia punya terkejut..kahkahkah.tahap suruh buat lagi second round.amboi.

tapi kesimpulan dia,pakai egg white ni memang best.kalau baca testimonial lain,diorang cakap boleh putihkan kulit.eh yeke?..
posted from Bloggeroid

11.3.14

St.Ives Apricot Scrub

lama aku tak menghabiskan masa di watsons.haha.


eh.pening kejap aku nak kenal pasti scrub St.Ives tu sebab dah packaging baru.aku memang pakai apricot scrub dari zaman anak dara lagi.letih aku pening kepala sorang sorang,aku peningkan pulak kepala budak watsons tu.hahah.amik kau.dia lagi la taktau.


packaging lama

aku agak betul la kot yang aku beli tu.sebab aku carik kat website memang terus nama dia bertukar.


kira betul lah tu.

aku memang pakai apricot scrub ni twice a week.takpun malas tahap dewa aku pakai once a week.janji hujung minggu kena pakai.kasi tenyeh sikit muka tu bagi hilang segala daki,baki,saka...

tapi lama dah aku tak pakai.miahaha.sejak pindah rumah baru terus aku tak beli.setahun kemudian baru beli semua atas dasar ada duit lebih sikit.haha.ada pulak?

pada aku,apricot scrub ni best.so far memang rasa bersih gila muka after pakai.aku terjebak nak try sebab masa kecik dulu aku rasa packaging dia kelas sangat,cousin aku pakai.bayangkanlah,cousin aku sekarang dah umur 51 dia still pakai lagi brand ni.kira kelas la.harga pun takde la mahal tahap tak makan nasik 2 minggu.aku suka.dan sebab tu aku buat iklan kat sini walaupun tak dapat apa.haha.

more info : http://www.stives.com/

6.9.13

testimonial radiglow (2)

sekarang,aku sedang makan botol ke 3.bukanla makan botol tapi ibaratkan aku sedang menggunakan penjodoh bilangan.kira makan dengan konsisten la ni.

dan ingat lagi kaki aku aritu camne?





phewww.ok.sekarang kaki aku dah jadi macam ni.sila percaya.






gambar ni aku edit letak arnab tu je.yang lain aku tak edit.rezeki.lepas ni aku nak tunggu plak sampai kaki ni licin,bersih..cuma tempat lain macam kat pelipat dengan tangan masih degil nak baik.kena teruskan lagi makan radiglow ni.*iklan plak dah*

so amacam.percayakah anda?

pikir pikirkanlah sendiri.aku tak suka menipu..
heh.
posted from Bloggeroid

4.9.13

shisheido masker

entry kali ni agak gegirl & feminin ye.harap siapa nak baca sila ambik plastik/baldi/besen/tongsampah dan yang boleh tadah muntah sendiri.

ehem.

kelmarin barang radiglow dah sampai.





agak best sebab kali ni bukan stakat dapat free gift cleanser seri udani lagi,tapi dapat masker dari shisheido jugak.

so,hari ni google cara pakai masker tu pulak.maklumla,tak pernah pakai masker.dah tua tua ni baru la nak cara hal kulit kulit ni.barang free pulak tu.hahaha.jadi teruja la nak mencuba.

cara pakai masker shisheido adalah :

1. cuci muka dulu.dah tentu sekarang pakai cleanser dari seri udani.*promote sangat ni*

2. sapu masker pakai tangan untuk lebih rata ke muka atau hidung.sebab aku ni baru nak try jadi aku sapu kat hidung je.





3. lepas tu biarkan selama 20 - 30 minit.maka lepak dulu.tapi sebab anak anak teruja apa menda tu ibu?boleh usik tak?jadi ibu banyak cakap,muka bergerak gerak.sabo je la kan?



4. cukup time,maka cabut la masker tu.geram sangat masa cabut bebudak ni bawak lari tab.diorang tengok spiderman bergwiyomi.jadi tak dapat la korang tengok segala blackhead dan whitehead yang tak berapa banyak tu melekat kat masker.ye.series,aku tengok tak banyak mana.maybe baru lepas cuci muka kot.atau memang jenis muka aku tak banyak 'head'.atau mungkin juga tak menjadi.ahahaha.nanti la aku cuba pakai lagi.balance banyak lagi tu.sila simpan balance dalam bekas tertutup.

haha.muka suci after pakai adalah ini.

-



-



-



-


eh.lupa nak ambik gambar.hahaha.


dah.kepala aku dah pening.nanti la aku upload hasilnya ek.
posted from Bloggeroid

23.8.13

testimonial radiglow : freeze your age

ehem.segan nak cerita.

sebenarnya,aku dah jadi pengguna radiglow sebelum raya hari tu.ngam ngam 7 hari sebelum raya aku consumed.kakak aku tanya, apesal tak ambik dari mula puasa? kurang-kurang raya kulit dah cun.

aku cakap kat kak ina,
radiglow kata 7 hari kulit dah cantik. hahah. confident lain macam aku kannn?
beli dengan sheilaamirhouse.
promotion : RM180 free post.
ada 2 botol radiglow (30biji) + free gift whitening gel cleanser (seri udani) & paperbag


hahah. kononla kan. eh. jangan ingat aku makan sebab saje-saje nak kulit flawless. tak. sebenarnya aku ada masalah kulit. ekzema kata bahasa sains dia. tumit kaki aku teruk sangat gatal dia tahap berair, luka-luka, pastu kalau kering dia jadi kulit berkuping-kuping.

so, aku ada la terbaca ni di fb radiglow official.

untuk tumit merekah


sebab tu aku cuba okay.

sebelum dan selepas

so far, 2 minggu makan, tumit aku dah nampak perubahan. dah tak berair gatal macam dulu lagi dah.
itu pasal kaki yang sememangnya aku utamakan.

yang paling best efek lain. ehem.

al kisahnya, lepas raya baru ni ramai pulak orang tegur pasal muka.mula-mula officemate lama la tegur.
"sejak sejak masuk jps, kulit dd dah merah. tak pucat macam dulu".

haha. aku gelak. budget konon dulu stress gila sebab tu pucat. sekarang senang lenang melepak terus kulit jadi merah merah gitu.

lepas tu aku perasan sorang-sorang tegur pasal aku.

situasi 1
officemate baru berbual pasal anak. lepas tu tanya aku umur berapa,

akak : ada dalam 28?
aku : eh.muda sangat tu kak.saya dah 31.

akak tu gelak sebab dia kata dia taktau.



situasi 2
officemate 2 pulak tanya di satu pagi yang sunyi.

officemate : awak ni umur berapa ye?
aku : 31.
officemate : aaa..tak sampai hati nak panggil akak. muka muda sangat 

kata dia ye. bukan aku reka cerita.



situasi 3
aku breakfast dengan officemate lama. borak-borak,aku bukak cerita dengan azmah.

akuakak amik radiglow sekarang. tengok kaki tu alhamdulillah dah ok.
azmah : laa..yeke. patutla nampak kulit muka dah pinky pinky gitu. okaylah kalau elok makan radiglow".

haha.aku taktau.aku cuba je.so,sebotol dah habis.sekarang tengah makan sebotol lagi.boleh order terus la lepas ni.anyone?ada yang nak try?



sila LIKE sekarang!

2.4.13

rahsia

mari membocorkan satu rahsia.

lastweek,sebelum aku consume memacam supplement dari watson tu,aku dah gigih berjogging di setiap awal pagi.aku start jogging elok je start cuti sekolah.seronok sangatla jogging jam 6.30 pagi membawak ke 6.45 pagi.lepas tu sementara tunggu nak mandi hilangkan peluh boleh bancuh-bancuh susu anlene (biasa aku minum sebelum tidur je),basuh-basuh botol susu budak-budak ni,packing susu,barang untuk diorang.

itupun sebab encek ejang la yang bagi cadangan suruh aku jogging.dia kata,
lepas awak subuh tu kan ke elok kalau-kalau pergi jogging.boleh siram pokok sekali.
-- hai.sempat lagi pesan suruh siramkan pokok dia.memang ambik kesempatan betul la.

tapi bila buat macam dia cadangkan,aku rasa seronok sangat bila ada lifestyle baru ni.nak-nak lepas tu aku hilang selera makan nasi.jadi memang best sangatla bila dapat jogging dan kawal makan.

kebetulan pulak dan tambah dengan supplement untuk kurangkan kolestrol,untuk mata dan vitamin C tu.memang dapat rasa perubahan ketara pada body.

ohye.tambah pulak lepas tu aku pergi jamu beli ini.


Losyen Mustajab Pati Halia Pomegranate Scent

Losyen Mustajab Pati Halia Pomegranate Scent
  • Mengurangkan selulit
  • Mengurangkan sakit sendi dan otot
  • Membakar lemak dan melangsingkan badan
  • Mempunyai kandungan anti-oksidan yang tinggi
  • Membantu memperkuatkan pencernaan di perut
  • Merangsang pengeluaran kolagen dan elastin bagi menyihat dan melindungi sel kulit
Harga : SM RM24.00 / SS RM27.00


bau dia memang best.encek ejang memula cakap kat aku wangi kalau tak berkesan takde guna jugak!
lepas dengar aku asyik cakap bestnya bestnya lepas tu tetibe lepas dia mandi aku bleh bau losyen ni.haaaa..camne tuh.actually memang best.bau pun wangi.tak payah pakai fellina yang mahal tu dah.haipp.mulut aku ni tak ambik insuran lagi..

so,dalam masa seminggu tu kebetulan aku tak makan nasi,hari-hari jogging sampai sakit kaki,sapu losyen mustajab dan makan supplement,korang agak-agak fizikal aku camne?

ada orang kata aku nampak ketara dah susut.
ada kata perut aku dah kurang muncitnya.

balik rumah mak baru ni,aku naik timbang aku tengok.
masih 72kg.


-- 2 hari ni boleh ek aku takde mood nak jogging.takde motivasi langsung aku ni.chaihh.


p/s : encek ejang ada cakap,seminggu tu sebenarnya berat tak turun lagi.tapi at least badan dah rasa fit.betul tak?betul tak? -- betul.tapi kenapa susah sangat nak sambung jogging ni!

p/s/s : pasal badan susut tapi berat tak turun.boleh baca sembang Kevin Zahri kat sini beb! (kevin zahri)


    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

6.7.12

Pompure

genap umur tiga belas puluh.

dan kali ni azam terbaik untuk diri sendiri adalah mengawal berat badan dan menjaga makan.nekad.
sambil nangis sedih.

baru ni aku buat check kesihatan dengan seorang perempuan ni.sebenarnya aku ikut kak eenaa pergi beli Jus Delima untuk minuman tambahan aku ni.yela,aku ni kan ada masalah kulit.kebetulan baca pamplet tengok Jus Delima ni ada tambahan acai berry.setahu aku acai berry ni berkesan dalam menurunkan berat badan.maka,berminat la aku nak beli.

bertempat di Monrods Kuantan,kitorang pun set time.
mula-mula sampai dia bagi aku minum jus tu sebanyak 2 jenis.satu yang delima sahaja (organik) dan satu lagi delima with fruit passion.minum dalam kuantiti yang sangat sedikit.

lepas tu dia suruh aku pegang satu alat,dan dari situlah segala penyakit luar dalam dia dapat tahu.aku mula-mula taknak percaya,aku rasa itu business trap je.tapi bila apa yang dia sebut tu banyak yang betul,aku pun terima la segalanya dengan redha.

part paling seram bila dia bagitau pasal healthy aku.aku ada mentioned dalam fb :


bila check kesihatan, rupanya tahap kolestrol dah tinggi. lemak plak dah banyak terkumpul dekat hati. 
suggestion : minta kurangkan berat 12kg ye!

#mak oiiii..acaner nih.
 ·  ·  · Monday at 21:56 · 



dan aku nekad,aku nak cuba minum minuman tambahan ni.

aku ambik dua botol ni dengan harga RM150.


POMEPURE jus delima 100% ORGANIK

A minuman unik yang sihat dan berkhasiat untuk semua kelas kanak-kanak, pelajar, wanita hamil kepada warga tua. Keunikan jus Delima Pomepure adalah ia tidak dibuat daripada ekstrak @ Pekat, tidak dicampur dengan bahan pengawet, bahan tambahan, pewarna, tiada gula tambahan dan tiada air ditambah dalam proses pembuatan berteknologi tinggi.

Penggunaan delima yang berkualiti tinggi yang bebas daripada racun perosak (organik) membuat rasa yang sangat luar biasa yang telah diperah bersama-sama dengan seluruh kulit buah delima.
Antarabangsa berjenama produk telah dipasarkan sejak tahun 2005 di UK, Amerika Syarikat, Itali, Greece dan Sweden.

Pomepure Organik Delima jus diproses mengikut pengeluaran piawaian Antarabangsa, yang ditanam tanpa penggunaan racun perosak dan baja kimia, ia adalah bebas daripada pencemaran kerana membazirkan orang atau industri, dan diproses tanpa sinaran mengion atau tambahan. Organik jus Delima tidak diubahsuai Pomepure genetik. Organik jus Delima Pomepure makanan yang dihasilkan dari mula hingga ke akhir tanpa menggunakan racun serangga atau bahan kimia berbahaya. Kanak-kanak, orang dewasa atau wanita hamil, mereka boleh mengambil Jus Delima Organik Pomepure ini. Organik jus Delima biasanya dihasilkan Pomepure yang berdasarkan piawaian pengeluaran dikawal ketat untuk memastikan kualiti makanan. Paling mengesankan, Jus Delima Pomepure organik kaya dengan vitamin, mineral dan serat dan keupayaan untuk menyimpan nutrien untuk tempoh masa yang panjang. Gaya pengambilan makanan yang sihat dengan makanan organik dan buah-buahan akan membuat badan tahan penyakit yang tinggi nutrien lain untuk melawan jangkitan.
MAKANAN KECEMERLANGAN organik

1) Ia mempunyai 50% lebih antioksidan - Menurut institusi penyelidikan di Eropah, buah-buahan dan sayur-sayuran organik mempunyai 50% lebih antioksidan boleh mengurangkan risiko kanser dan jantung. Makanan organik mengandungi lebih banyak vitamin dan mineral seperti besi dan zink. Untuk orang-orang yang makan makanan organik, meningkatkan imuniti badan, tidur lebih nyenyak, dan berat badan adalah lebih ringan daripada amalan makanan bukan organik.

2) Rasanya lazat - buah-buahan mempunyai rasa segar organik lebih baik daripada bukan organik.

3) Ia adalah lebih baik untuk bayi anda dan anak anda, kelebihan utama makanan organik paling dirasai oleh bayi anda. Purata 200 bayi yang dilahirkan dengan bahan yang mengandungi toksin dan karsinogen di dalam badan.Dalam apabila anda mencapai umur 2 tahun kadar mencapai had toksin maut. Dengan memberi makan makanan kanak-kanak organik anda, akan mengurangkan jumlah karsinogen dalam darah sehingga hanya 1/6 bahagian daripada jika anda memberikan mereka makanan tidak organik. Sehingga boleh mengurangkan peluang yang diserang dengan pelbagai jenis penyakit dengan ketara.

4) Sinaran? Buah-buahan organik tidak disinarkan. Radiasi ini untuk membunuh bakteria dan memelihara makanan kelihatan segar. Tetapi juga mengubah struktur molekul dan kecergasan makanan. Beberapa kaedah yang menggunakan sinaran radioaktif, yang lain menggunakan elektron tenaga yang lebih, atau sinar-X Jadi salah satu manfaat makanan organik masih berkuat kuasa hidup (hidup berkuat kuasa). Organik mentah benih masih boleh tumbuh, tetapi biji yang telah dimasak dan disinarkan tidak boleh tumbuh menjadi tanaman baru.

5) Kejuruteraan Genetik Makanan tersembunyi-keputusan tertentu kejuruteraan genetik boleh menjadi alahan sebab dan sistem imun yang rendah.
Apakah Perbezaan Dengan Jus Jus Delima Pomepure Kesihatan Lain-lain mencadangkan pasaran? Jus Delima Organik pomepure dibuat dari 100% segar diperah pempasteuran delima proses kandungan berteknologi tinggi di dalam botol kaca untuk memastikan bahawa nutrien dan bahan-bahan dan sisa tidak di ganggu.

Apa yang tertentu Pomepure Organik Apple Jus dibuat daripada Ekstrak Pekat (Pekat) atau cabutan Tidak seperti kebanyakan pasaran jus buah-buahan lain. Dan keaslian terbukti kerana tiada penambahan air, Tanpa Gula Tambahan pula, Tiada Pengawet, Tiada Kimia, Tiada Pewarna, Tiada penebalan dan penstabil.

Ini adalah di mana variasi hadir hanya dalam Pomepure Jus Delima organik berbanding dengan pesaing lain di pasaran. Dengan ini sahih kerana pengguna tidak perlu meragui keberkesanan akan dilihat dengan cepat apabila kita mengambil Jus Delima Organik Pomepure dalam langkah yang dicadangkan. Harga yang ditawarkan jauh lebih murah daripada kebanyakan pesaing kami yang dibuat daripada ekstrak pekat dan ditambah air dan pemekat.



POMEPURE 100% FRUIT JUICE FUSION TANAH

  1. Minuman sihat untuk semua generasi, dari anak-anak, pelajar, wanita hamil yang lama.
  2. Ia bukan dari pekat, tiada air yang ditambah, Gula tidak, Tiada Pengawet, Tiada Kimia, Tiada warna tambahan, Tiada tambahan dan penstabil
  3. Kualiti yang terbaik buah Delima dicampur dengan bilberi, Raspberry, Cherry, Mulberry, Cranberry, Acai Berry dan Blackberry yang ditekan dengan kulit mereka
  4. Antarabangsa tanda sejak 2005 di UK, Amerika Syarikat, Itali, Greece dan Sweden.
Delima
  1. Delima adalah buah-buahan yang kaya dengan flavonoid (juga mengandungi wain merah), yang merupakan satu kualiti yang baik untuk melindungi jantung anda.Borang terapeutik penyelidikan Willian Harvey Pusat Penyelidikan di London berkata segelas jus Delima adalah sama dengan 2 gelas wain Merah, 10 cawan Teh hijau, 6 cawan Coklat atau 4 gelas jus Cranberry, di mana semua mereka mengandungi flavonoid.
Raspberry
  1. baik sebagai padang pasir cahaya ke perut dan membantu untuk mengatasi masalah-masalah penghadaman.
  2. Berguna untuk masalah haid dan menopaus.
  3. Membantu kanser lebih datang, penyakit jantung, kencing manis, alergi, dan toage disturbancesdue visual.
Buah Acai
  1. Cara yang baik untuk mengurangkan toksin dari badan.
  2. Buah-buahan antioksidan, yang boleh membantu, mencegah penyakit yang disebabkan oleh tekanan oksidatif seperti penyakit jantung dan kanser.
  3. Ia juga merupakan cara yang paling semulajadi menurunkan kolesterol dalam badan
Bilberry
  1. Menguatkan dinding saluran darah dan menyokong tisu penghubung dalam mata.
  2. Mempunyai kesan penyembuhan dan pemulihan kepada pelbagai penyakit seperti tekanan darah tinggi, pembentukan kolagen, sendi bengkak, tidak teratur haid, menguatkan kapilari dan pencegahan artritis penyakit jantung reumatik dan kanser.
Mulberry
  1. Untuk berfungsi sebagai antioksidan.
  2. Mempunyai fungsi darah tambah berguna untuk orang dengan anemia, insomnia, pening, tekanan darah rendah, pemulihan perubatan dan jantung berdebar-debar dan penyakit hati yang kronik.
Ceri
  1. kaya dengan potasium, yang mengawal tekanan darah tinggi, anti-kanser, dan pelbagai pemakanan yang sihat.
  2. Penyakit kencing manis, bantuan ceri membantu meningkatkan imuniti dan mengurangkan risiko penyakit pernafasan seperti demam dan selesema
Blackberry
  1. Baik untuk melawan radikal bebas dalam badan dan membantu menyembuhkan penyakit.
  2. Sumber tenaga, darah yang sempurna penulen dan peredaran darah, berkesan untuk membuka saluran pernafasan tersumbat dan melegakan sakit tekak.
  3. Boleh membantu mengurangkan risiko strok, penyakit jantung koronari dan kanser.
Kranberi
  1. Menghalang badan dari apa-apa penyakit dan anti-penuaan
  2. Lebih tinggi dalam antioksidan lebih daripada strawberi, plum dan raspberi
  3. Mampu untuk mengubah bakteria E. coli, yang bertanggungjawab untuk pelbagai penyakit manusia (daripada jangkitan buah pinggang Gastroenteritis gigi reput), dalam cara yang boleh menyebabkan mereka tidak dapat untuk memulakan jangkitan.
  4. Boleh membantu melawan kanser payudara, memusnahkan bakteria yang bertanggungjawab untuk beberapa jenis ulser, menurunkan kolesterol LDL.
  5. Tinggi dengan kalsium, magnesium, kalium, fosforus, Vitamin A, Vitamin B1, Vitamin B2, vitamin B3, vitamin C dan serat.



dan aku dapaty free ini!


POMECAFE (25gram X 20 uncang)

Biji delima cabutan diadun dengan ekstrak herba dan aroma terpilih berkualiti kopi arabika tinggi untuk masuk akal Pomepure Pomecafe untuk memenuhi semua rasa rakyat. Ia rasa lemak, manis dan pahit menjadikannya sebagai minuman atas yang dipilih pada masa ini.
Ekstrak delima dengan gabungan herba terpilih yang saintifik dicampur untuk menghasilkan minuman kesihatan semasa "Pomecafe". Buah delima yang juga dikenali sebagai Buah Syurga Magic @, mempunyai kandungan antioksidan yang lebih tinggi 3-kali ganda lebih tinggi daripada Anggur Merah dan Teh Hijau.

Seperti yang kita tahu, antioksidan yang penting untuk mengawal radikal bebas dalam badan boleh menyebabkan pelbagai penyakit kronik. Antioksidan juga berusaha untuk mengekalkan dan memperbaiki sel-sel yang rosak. Biji buah delima kaya dengan vitamin C, vitamin A, asid folik, vitamin E dan serat, kalium, besi dan kalsium.

Berikutan kandungan pemakanan dalam biji buah delima, buah ajaib ini adalah sesuatu pemberian yang tidak ternilai Tuhan kepada kesihatan jantung, kerana pengambilan biji buah delima atau jus delima mampu untuk mencegah masalah jantung dan mengurangkan risiko strok dan serangan jantung. Benih delima membantu meningkatkan peredaran darah, mengurangkan tekanan darah, meningkatkan peredaran darah di dalam hati, mengekalkan tahap kolesterol yang baik, dan mengurangkan plak arteri.

Sebagai tambahan kepada fungsi jantung, biji buah delima mampu untuk merawat artritis atau sakit sendi, osteoporosis, kulit sensitif, penyelewengan kulit, serangan ke atas saluran kencing, sakit tekak, cacing pita, masalah penghadaman, darah kotor, osteoartritis dan kencing manis .

Para saintis juga mencadangkan bahawa biji delima adalah sangat membantu dalam merawat kanser prostat dan kanser kulit. Ia juga membuktikan bahawa ia mampu membantu membuang lemak dan melancarkan sistem pencernaan. Dalam pasaran sekarang, terdapat banyak produk yang menggunakan biji buah delima dan minyak biji buah delima menjadi salah satu daripada produk-produk ini. Antara produk yang dihasilkan termasuk biji buah delima tambahan delima untuk diet, ekstrak buah delima dan jus pekat buah delima mempunyai. Semua ini telah pasti berpuas hati dengan kebaikan biji buah delima baik untuk anda. Kami sebagai perintis Delima makanan kesihatan berasaskan telah berjaya membuat minuman kesihatan yang paling sedap dan makanan yang berkhasiat untuk membantu menyelesaikan masalah kesihatan ....

"Gerakbudaya CUBA POMECAFE ... BADAN SIHAT, poket LEBAT"

PEMAKANAN, PEMAKANAN MENUNJUKKAN FAEDAH LAIN MEMBANTU COFFEE POMEPURE buah delima;

@ - Bantuan menstabilkan paras kolesterol
@ - Bantuan membuang toksin berbahaya dalam badan
@ - Untuk membantu mencegah kanser perut, kanser perut, migrin dan banyak lagi ..
@ - peredaran darah dan merangsang tenaga Batin
@ - Untuk membantu dan melindungi daripada penyakit jantung
@ - Membantu mengurangkan radang arthritis (sakitsendi)
@ - Menguatkan sistem imun terhadap penyakit
@ - Membantu kecantikan, kulit merawat dan muda
@ - Untuk membantu mengurangkan risiko diabetis
@ - Untuk membantu menguatkan gusi dan gigi yang sihat.
@ - Membantu dalam penyakit hati dan buah pinggang
@ - Mencegah kanser kelenjar Prostat
@ - Bantuan membasmi kanser payudara
@ - Untuk membantu mencegah penyakit Alzheimer
@ - Membantu tekanan darah yang lebih rendah
@ - Membantu mencegah sembelit dan bausir


copy dari : http://www.pomepureasia.com/v3/


aku sekadar nak cuba.so far,aku makan ni sembelit aku dah kurang.*ehem*
lagi perangai kejap kejap lapar tu dah berkurangan.tak rasa la lapar aje setiap kali duduk depan pc ni.
cuma yang tak tahan,lepas minum Pompure ni aku demam selsema.taktau la sebab apa kan.maybe efek antibodi dalam badan.kuikui.

doa-doa semoga Pompure serasi dengan badan ni.
Insya Allah.




Ù©(-̮̮̃-̃)Û¶Ù©(̾●̮̮̃̾•̃̾)Û¶Ù©(-̮̮̃•̃)Û¶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

5.4.12

HPA

aku ni memang ada masalah kulit!

ingat tak dulu aku penah bukak cerita pasal masalah kulit ni?eleh.lupa la tu.takpun memang taktau sebab bukan follower blog ni.ewah.macam ramai je follower.tak cecah 100 pun.eh.kemain jauh menyimpang aku ni.aku penah tulis ENTRY NI pasal masalah kulit yang memang dah wujud dari kecik.

masa aku pregnantkan hasya baru ni,kulit aku jadi teruk sangat.kalau pada jari-jemari dan tangan ni,bleh jadi kesan gatal yang melampau-lampau.sumpah aku rasa segan gila kalau nak bersalam dengan orang,apatah lagi nak show off tangan aku kat public.pehh.malunya.tapi aku positif jugak la kan.maybe ini alahan masa pregnant.jangan nak malu sangat la.

lepas bersalin,terutamanya time pantang,segala gatal tu automatik hilang.terus rasa tangan aku sangat gebu.rasa nak pergi tayang-tayang lambai ala-ala princess kat semua orang.confident la yang wujudnya gatal tu adalah akibat alahan mengandung.

sekali aku dah habis pantang dan dah balik semula ke jerantut,slow-slow gatal dia naik balik.lagi teruk aku rasa sebab setiap jari jadi gatal.siap pecah-pecah macam kering or something.sedih siot.tak masuk keje lagi dah keluar semula.aku bajet aku allergic sabun basuh pinggan pulak.tapi kalau gatal membawak ke leher,bila pulak aku basuh pinggan pakai leher ye dak?

maka,kembali la gatal-gatal kat tangan aku ni.sadis.

T-T

peh.panjang giler aku bercerita pasal ni.sebenarnya aku nak bukak story pasal produk yang aku guna baru ni.baru sangat aku cuba iaitu produk HPA (Al Wahida Marketing).aku ke stokis dia untuk cari VCO sebab member aku (maslia) suggest aku makan tu untuk kulit.dia kata dia dengan anak dia makan VCO ni alhamdulillah takde masalah kulit dah.itu yang berapi je aku pergi ke stokis cawangan Jerantut.rupanya stok pulak dah takde.aku pun dalam kepala pulak kebetulan nak carik ikhtiar untuk resdung,maka agen kat situ pun suggest kat aku untuk makan 2 jenis produk mereka iaitu :


Coscinium Plus + Roselle

Secara ringkasnya, Coscinium Plus ni sesuai untuk orang yang mengalami resdung dan masalah kulit/alahan.tapi Coscinium ni kena makan dengan Roselle untuk kesan yang lebih baik.tak kisah la.aku cuba dan ikhtiar.tengok lepas makan ni camne.

err..ubat yang tertiarap sebelah Coscinium Plus + Roselle tu bukan dari produk yang sama ye.yang tu makjun bawang putih keluaran Afiat.yang tu termasuk dalam set bersalin yang aku ambik dulu.kira dalam pantang makan jamu,makjun ni pulak kesinambungannya.bagus jugak untuk lelaki.kira untuk kekuatan dalam badan la.




aku tak sure la pulak aku dah sekuat mana sekarang.aku tak pernah lagi try kekuatan aku di tahap mana.mana tau,dah bleh cabut batang pokok depan pejabat aku ni hah.

ohye.sebab aku dah beli barang HPA tu,saje nak cerita.aku siap jadi ahli seumur hidup.nak menjual produk kat korang pun boleh.




Ù©(-̮̮̃-̃)Û¶Ù©(̾●̮̮̃̾•̃̾)Û¶Ù©(-̮̮̃•̃)Û¶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

23.8.10

Palmer's Cocoa Shea Butter

aritu gua ada promote satu krim yang bagus amat pada kulit gatal akibat stretch mark kan? pehh..tetibe bagi ayat berentak rock yek.
ok.jenamanya Palmer's.Cocoa Shea Butter.

bebaru ni aku beli lagi sebab stok dulu dah habis.punya la susah mencarik kat farmasi sebab tak semua farmasi ada.last2 dapat jugak kat tempat aku beli dulu, Al-Syifaa.
kali ni beli,walaupun silap botol tp aku amat bertuah,sebab dapat banyak sample.
ngiiii..

terbeli jenis tiub (kiri sekali)
& dapat free gift tiub kecik tu, untuk Bust Firming

sample sample lain adalah untuk tujuan menambah lagi koleksi krim
yang aku kena beli :)

ok.krim ni sangat bagus ye.sape sape terbaca sila klik di sini untuk pengetahuan lebih lanjut.iklan ni tak berbayar ye.

ツdush!

29.7.10

cerita ibu mengandung : perut gatal :)

setelah menahan tangan dan mata dari memandang blog sendiri akibat dari tekanan kerja yang kuat menghempap bahu, akhirnya...

..ye. saya boleh berbelog hari ni.begitu teruja sampai kena pikir semula, apa menda antara list yang aku nak story. rasanya begitu banyak idea sampai ke laut.

tapi sebab pagi ni tekan tekan cream Palmer's tapi tak kuar, yang kuar cuma angin angin macam kentut rifdi je so terasa macam nak citer pasal cream ni plak.sebab aku rasa mesti ramai taktau..apemenda cream Palmer's ni ye? dan aku jua terasa macam..ehh. ada ke orang nak tau?..heheh. aku jangka camtu la. tp tak kisah laa..aku kan The Story Teller..biarkan jela aku nak citer apepun!..hahah. *nada gelak macam orang bongokss*

okeh. citernya begini. cream Plamer's yang dipakai oleh aku adalah dibeli pada satu masa dahulu. masa tu aku yang agak2 blur sebab baru pregnant kali pertama. mana la aku tau time pregnancy ni perutnya gatal gatal. pastuh bila gi jumpa doktor mesti doktor tegur..

"awak tak letak krim kat kulit perut ni ke?..byk sgt strecth mark nih.."

aku yang memang slow bab bab ni pun tertanya tanya..apakah banyak benar stretch mark sampaikan doktor menegur sedemikian rupa? kenapa encek ejang tak cakap pape pn?? *ehehh**

dan sebab doktor tu mukanya sangat kiut dan dia jugek pregnant, dia pn cadangkan kat aku, gi farmasi, carik cream Palmer's untuk stretch mark. cream ni memang special untuk preggie mum. selain untuk kurangkan strecth mark ni (okeh.tolong kira berapa kali aku sebut stretch mark*opsss..sebut lagi), dia juga boleh kurangkan rasa gatal kat perut tu akibat strecth...arghhh! bape kali nak ulang nihhhh..ok,akibat strecth mark. 

(--")..grrrr..

Krim Palmer's : Cocoa Butter Formula

tapi aku pakai botol camni

Massage Lotion for Stretch Marks helps improve the appearance of stretch marks with a special combination of COCOA BUTTER, VITAMIN E, COLLAGEN, ELASTIN, and SHEA BUTTER. It lubricates the skin to help it retain its natural moisture. This non-greasy all over the body lotion relieves the dryness associated with stretched skin due to pregnancy and smoothes stretch marks due to weight loss.


sumber : Palmer's

selain tu jugek, aku ada beli Palmer's oil jugek.yang ni memang sesuai untuk itchy skin.


sumber bersama : encek google

bau cream ni sangat wangi dan sweet..aummm :)

jadi para ibu yang taktau camne nak buat kalau perut tengah gatal tu, sila la carik cream ni kat farmasi berdekatan. pastu pesanan penaja jugak, jangan gatal tangan nak garu kalau perut tu gatal. nanti perut anda akan kekal berparut hodoh. sila percaya. ni realiti.
parut ni jadi hitam. memang kesian la kalau korang dapat hasil camtu pas pantang nanti.

pstt...perut aku still cantik lagi tau!!  cuma tak bleh tunjuk je. nanti berdosa.

untuk orang bujang, anda jugek bleh pakai cream ni tapi carik la yang bersesuaian. bagi aku,krim ni sangat berkesan. tengok content pun takdek plak yang mencurigakan. maka, gunakan tanpa was was okehhh?

ehh..untuk baby pun ada tau. sila la klik kat sini kalau nak tau banyak lagi.

sekian saja buletin untuk hari ni. next time ada info baikkk punya akan aku kongsikan bersama. bukan ke sharing is caring??..wahhh!

okeh.berbalik pada kisah sebenar, nampaknya jap lagi kena gi beli semula la krim ni.dah ringan tuh.hahah..

notakukukaki : aku cuma kongsi cerita dan pengalaman ek. Palmer's bukan bagi upah duit atau bagi free barang pun.heh. 



ツdush!

POPULAR POST