Showing posts with label myself. Show all posts
Showing posts with label myself. Show all posts

23.6.21

Kisah 2020

Throwback la sikit.


Sepanjang 2020.

Banyak perkara yang aku lalui sepanjang hampir 1 tahun 6 bulan ni. Dunia telah dijangkiti wabak Covid 19, yang taktau mana asal usulnya. Katanya sebab manusia di negara China menjalankan kehidupan tak normal di sana. Makan kelawar. Lalu wabak tersebut tersebar ke seluruh pelusuk negara. 

Hingga kami di-lockdown-kan..sampai aku tak kerja hampir 3 bulan lamanya. 

Ingat lagi masa tu, aku balik Kuantan 17/3/2020 sebab rushing nak pergi ambil kereta baru la kononnya. 18/3/2020 tu start lockdown. Semua industri tutup, kedai kereta pun tutup, jpj tutup. habis aku tak dapat nak ambik kereta. Start pada tu terus aku trapped kat Kuantan. Kerja dari rumah. Work from home. Tapi best je haha sebab duduk rumah mak - rumah mertua. Bab makan la paling syok sekali. Tapi tu la, masa ni la aku start belajar guna google meet, sebab kena attend meeting. Anak-anak aku pun start PdPr..blajar dari rumah. Eh. Memang hari biru jugakla di awal PKP ni.

Mujurlah di tengah-tengah tahun tu keadaan pulih. Aku pun dah kembali kerja. Anak-anak pun sekolah semula tapi semua dalam keadaan terkawal la. Dengan kena pakai mask, sanitizer, dan social distancing. Nak pergi berjalan-jalanpun dah tak best macam dulu. Lemas mak pakai mask sepanjang masa. Dengan hidung blocking tiap masa.

Tapi  tu laaa..Alhamdulillah dah back to normal. Cuma tak macam dulu la kan. Doa kami masa tu semoga dunia kembali pulih. Rindu nak berjalan-jalan pergi sana-sini.


Last aku pergi kursus Mac 2020 kot.
Itu pun masa tu kena sanitize bagai.

 

15.7.19

Syawal dalam kenangan

Last update bulan Ramadhan.
Puasa betul aku sampai sekarang tak update lagi hahahaha

Nak cerita pasal raya ke?
Harus banyak gambar aku kena update nanti. Maklumla, raya kan sebulan.

Sebelum aku penuhkan kisah Syawal aku, aku mulakan dengan post-entry-Syawal paling special untuk korang semua. Terimalahhhh..

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2019.
Maaf Zahir Batin




22.2.19

11th Anniversary

A strong marriage rarely has two strong people at the same time

The secret of a happy marriage is finding the right person. You know they’re right if you love to be with them all the time. – Julia Child

Real love stories never have endings. – Richard Bach




Alhamdulillah.
Semoga cinta dan kasih sayang kami berkekalan hingga ke syurga.
Doakan yang baik baik untuk kami guys.

1.2.19

30.1.19

Ada Apa Dalam Beg?


  • Perfumes - Gucci Floral & Guess
  • Lip Ice
  • Silkygirl Compact Powder
  • Gula-gula Hacks
  • Cetaphil Lotion
  • Cetaphil Cleanser
  • Niqa' (Pencuci tudung)
  • ID office
  • Pen dakwat cair
  • Ballpen
  • Name Stamp
  • Small Oblong Book - noted
  • Sunglasses Bag brand Swatch
  • Wallet Mont Blanc


    Tak termasuk dalam beg sebab tak muat susun.
  • Wet tissue
  • Dry tissue
  • Panadol


sebab tu la aku memang suka beg besar. senang nak sumbat semua menda. yay.
Beg jenama Kaison. senang sangat aku ni haa.


30.10.18

Clip On Eyeglasses

entry bukan sponsored. pastu gambar selfie berdas-das. maafla kalau memudaratkan pembaca.

.

Aku dah berapa kali usha Clip On Eyeglasses ni sebenarnya. Penah sekali masa tengah window shopping kat satu mall area Kuantan, aku try la masuk satu kedai optik ni.

Harga RM199 (spek biasa + 2 clip + free 1 frame), sangat affordable. tapi bila check power mata diorang kata power drop banyak. Macam bimbang pulak nak buat spek baru. Pulak tu, untuk power 200 ke atas, harga berubah. Dia akan pergi ke RM299. Macam tak puas hatiiiii je, so aku bawak balik resit result power mata tu dan try pulak check kat optometris yang biasa aku pergi. Takpe. Takpe. Sis redho.

.

Actually aku dah lama kot jadi customer untuk satu kedai ni. Kedai Optik Leever nama dia.  Bertempat di Jerantut ni la. Aku memang buat spec dengan dia ni dari zaman after confinement Rifdi barangkali. Sebab dalam rekod dia, aku penah tukar power spec tahun 2010. Aku ingat sebab masa tu aku pregnantkan Haifa.

Ok, berbalik cite asal. Aku jumpa Vincent ni pastu tunjuk result bacaan mata. Dia buat skali lagi confirmkan so memang betul power mata dah drop. Tak banyak tapi boleh la tukar lense baru. Yeabedabedu.

So masa untuk pilih frame. Banyak la jugak aku test. Aku berangan nak pakai petak lagi, sebab ajet ajet bila pakai clip hitam muka pun cool jadi cam Nabila Huda. Ajetttt sangat. Tapi final decision, Ejang dengan Vincent kata kenapa tak try yang bulat plak. Asek petak je pilihanmu kan dd. Maka aku pilih la yang bulat sikit. Masa mula try aku pakai buat muka comel, Ejang sempat komen, "Aduh..poyonya". sambil buat muka tengah sakit hati sangat hahahaha.

Tapi sebelum aku confirmkan tu, Vincent pesan spek ni, kalau biasa pakai petak, bila tukar ke frame bulat akan jadi pening bila pakai. Sebab nak sesuaikan titik fokus tu. Aku suka tau buat spek dengan Vincent ni sebab dia akan fokus kat kita sorang je bila layan customer. So dia akan test dari mula check power, pastu bawak kita tengok suasana luar dengan lense baru..bagi aku service dia memang bagusssss.

So dah siap pilih, power dah confirm, kita tunggu sejam kemudian.

Jengjengjeng. 

Dah siap. RM199 (frame biasa + 2 clips hitam dan kuning). Takde charge walau power tinggi mana punnn.



cun takkkk

haaa...lain sikit. asek petak je katanya kan.



ni untuk silau malam.

haaaa..cun takkkk. 

18.10.18

Cetaphil



Dah lama aku teringin nak pakai Cetaphil. Since tengok cikepal, anak sedara aku yuyu, pastu ada kenalan lain yang pakai pastu kulit muka yarobi comelnya. Puas aku tunggu aku punya beauty bar abis baru aku nak tukar. Bertabah sangat tak aku?

So sampai la satu masa tu aku beli yang travel kit. Try kecik dulu bro. kang tak puas hati takde la nangis dalam tandas sebab melabur banyak sangat. So aku pakai dan so far, okay la. Memang macam tak puas hati je sebab takde buih dan takde bau fragrance.

Until one day. Aku dapat sample Nutox. Satu serum dan satu lagi krim pemenda tak ingat. So sebab bajet pakai muka jadi persis Fazura, aku pun pakai tanpa was was. Elok 4 kali pakai maka terbitlah jerawat boleh tahan diameter dia. Aku pun aiyyo..memang camtu ke pakai serum?

Disebabkan dia punya gelabah muka dah sama level dinosour, aku pun stop pakai serum. Sis seram okay. 


Aku pun sambung pakai Cetaphil ni macam biasa. Alhamdulillah pastu muka kembali normal macam biasa lepas 4 hari. Ya Tuhannn..lega kita wakkk..cemas nak report pulis dah 😂😂 

And finally aku makin suka la pakai Cetaphil ni. Dah nak 2 bulan lebih dah pakai. Produk kulit yang memang mahal tapi berbaloi effect dia. Worth it.

Maka pasni diisytiharkan akan menjadi bff selamanya. Insha Allah.


#reviewbyddjaafar #ddskincare #cetaphil#cetaphilMY #cetaphilworks#cetaphilreview #sensitiveskin #skincare

11.10.18

Facebook



2 hari dah fb aku hilang. entah pergi mana pun aku taktau.
Konpius.

Ada orang hack ke? untuk apa?

tapi paling win, ejang kata padan muka!

26.9.18

cracked

isnin baru ni aku dapat MC. kes accident 2002 yang sampai kena pergi kelas bertongkat.

throwback semula ke tahun 2002 tu.
kisahnya masa tu aku petang. aku tengah berjalan kaki balik dari berpoya poya kat bandar. kereta datang dari belakang rempuh kaki kanan aku yang sedang jalan tonjet tonjet. aku jatuh ke depan, dan masa tu aku takde plak rasa sakit. so im okay. takyah check up bagai. maghrib tu tengah layan Winter Sonata tetiba kaki rasa sengal, ngilu, sakit dia takleh blah. malam tu gi emergency, dan xray. pakar xray kata cracked kat telapak depan. doktor kata takde apa. so malam tu kena tahan dulu kat wad emergency. pagi esoknya balik. kakak aku ambik. so pastu gi kelas Diploma bertongkat. dapat date untuk fisio beberapa kali tapi fisio sekadar tanya khabar, tanya kaki. aku pun masa tu dah start pakai sport shoe. berjalan tapak kaki tak rata. senget kaki sebelah. effect dia, ada masa kaki aku sengal. paling hardcore, sampai sekarang kaki aku ni vibrate 4 jari secara auto. heh.

balik semula ke tahun 2018.
baru ni aku cuti lama di Kuantan. maybe berjalan salah teknik, atau terlampau banyak beban di kaki (aka berat badan naik), kaki aku sakit balik. kali ni sakit dia tahap sapu minyak panas pun sakit jugak.

balik jerantut, terus aku gi klinik kesihatan. aku request nak xray tapi doktor kata ni bukan masalah tulang. ni masalah otot. aku melawan lagi. siap aku kata, ni saraf ni doktor. jari saya bergerak sendiri ni. haihhh..tunjuk bijak dari doktor pulak aku.

plantar faciitis


aku ni kategori pijak kat telapak depan tu sakit gila, pastu berdenyut sampai ke kaki belah dalam. sampai labu betis (korang bleh paham ke tak?).. jadi macam lenguh plak lama lama sakit gini.

so dipendekkan cerita doktor bagi la 2 jenis ubat. hari isnin tu aku makan, memang tidur la sepanjang waktu. namapun doktor suruh berehat kan. dia tak bagi bergerak banyak.

sebab tau ubat tu ngantuk dua dua, semalam after lunch aku makan la sejenis je ubat. petang tu ok lagi, bleh bergalak lagi dengan anak-anak. masa amik kat rumah pengasuh tu aku dah lain macam. aku ajak anak kau gi Domino's..tapau jela. So masa kat Domino's tu rasa sejuk je. aku syak maybe aircond. aku panggil anak aku suruh pegang dahi. semua kata panas.

sampai je rumah, aku serve makan budak budak ni..terus aku mandi. siap tu aku gi la jamah sikit mushroom soup, makan pizza sepotong..pastu baring. menggigil dah masa tu.

ejang ni suruh hasya jerlum dahi aku dengan kain basah. pastu hasya bawakkan air dengan ubat. haifa masa tu tengah kemas-kemas meja depan. baru lepas makan kan. dia la yang lap meja, sapu sampah. rifdi duduk sebelah aku, tolong jawabkan segala whatsapp masuk. sambil dia bgtau ustazah yang diorg tak ngaji sebab aku tak larat hantar. ejang plak tolong basuh kain, tolong jaga anak dan ajar rifdi buat homework pastu.

and last but not least, riyadh yang tak habis habis memantau keadaan aku dalam bilik. asal dia masuk je dia panggil laaa "ebuuuu..ebuuuuu" hahaha. comel sangat prangai.

dah malam tu baru bleh aku tido. sebelum tu menggigil je sebab sakit gila dari pinggang ke tapak kaki.

5.30 pagi. aku bangun..ok la. so far bleh lagi berjalan. aku iron baju guna kederat yang ada. iron dahla berat, pakej aku plak lapar gila. mujur tak tumbang aje. pastu masa bersiap tu ejang tego dah..dah kenapa nak pegi keje nya? aku jawab, surat untuk cikgu tak buat lagi.

so tadi gi la keje macam biasa. siapkan surat, siapkan report, rehat.

pastu ni datang balik sakit pinggang ke kaki. adui la. taktau nak buat apa dah ni. ada aku tido jugak kejap lagi.



p/s : dari pagi terliur kat bubur McD pulak dahhhhh

10.8.18

Tumblr

Lama tak jenguk Tumblr. baru baru ni aku terima hidayah bukak balik akaun aku tu.
Astaghafirullah. Mujur tak mereput je tumblr aku tu.

Lalu aku pun cuba mengaktifkannya kembali.

Alah, bukan best sangat pun Tumblr aku tu. tapi kalau nak melawat silakan. aku persilakan.


http://heyddjfr.tumblr.com/


pastikan gambar perempuan comel kat bawah ada untuk confirmation.




2.8.18

La Tahzan

Baru je aku tulis pasal banyak kejadian kurang baik berlaku kat aku sejurus selepas birthday aku bulan lepas.

Elok je penghujung Julai baru ni aku ditimpa satu lagi musibah. Allahu Akhbar. Allah lagi tahu apa sebab dan hikmahnya berlaku sesuatu ke atas hambanya.




copy&paste dari fb Puan DdJfr


Musibah lagi. Kisah petang semalam.

Aku masuk satu taman ni. Taman Teratai nama dia. Aku bawak slow sebab jalan taman kan. Kot bebudak main basikal ke apa. Pastu lalu satu jalan straight ni.

Aku tak ingat motor apa, plat apa. Yang aku ingat, budak baya baya umur sekolah menengah, bawak motor keluar simpang bapak lajunya. Tak pandang dah kereta aku ni, sambil borak, pastu langgar aku punya side mirror, pastu bunyi berdentum. Aku nampak motor dia terseret ke jalan dengan kawan dia sekali.

Aku stop kat tepi jalan, angkat Riyadh yang dah terjatuh, pastu aku keluar kereta. Aku nampak budak 2 orang tu dah terbaring tapi cepat cepat bangun seret motor.

Aku tengok pintu kereta aku, ok takde apa. Ada brader ni tengah jogging siap bagitau, dari tadi dah tengok budak ni bawak motor nak bahan sorang makcik ni tadi. Pastu brader tu tego budak tu tanya "eh ko ni budak mana?".

Takut takut je budak tu jawab "rumah 410".

Aku nampak budak tu heret motor, kawan dia pulak tengah pegang siku. Aku cuma tanya diorang okay ke tak. Pastu dia angguk. Aku masuk dalam kereta tengok anak-anak aku pulak. Riyadh nangis lagi. Yang lain semua masih terkejut sebab aku brek mengejut.

Sampai rumah kawan aku ni, aku COD barang. Tapi bila anak aku bukak pintu baru aku nampak kesan langgar. Allahhhh..teruk gila koyak! Macam hati aku jugak.

Aku betul betul tak nampak wey. Kalau nampak dah tentu aku panggil budak tu ajak settled. Tapi dah terlepas. Takleh nak pikir apa dah.

Time ni aku belum lagi stabil. Bukan lemah semangat, tapi sayu. Sayu tengok pintu kereta. Sesayu memikir kena ganti sepintu ðŸ’¸ðŸ’¸

#_cikputeh #latahzan



OKU dah ko cik puteh!

25.7.18

Scammer : Beware guys.

Ni kes scammer yang aku kena masa birthday aku baru ni.
Sebelum tu aku penah je dapat call scammer, tapi masa tu kes loan. kata dia aku ada loan bank tak settled. dia sebut je Hong Leong Bank terus aku cakap, "tipu laaaa. saya mana penah ada akaun hong leong". kehkehkehkeh. lepas tu dia cakap dia offkan nama aku dari listname yang dia ada. ha, settled satu hal.

tapi yang aku kena ni hal lain pulak. haaa, meh aku copypaste cerita dari fb aku.

...............

No birthday celebration today. Melainkan duduk kat balai 2 jam settled report! Pfftt.
Gini. Lunch time tadi ada personal number call aku, bgtau aku ada 1 saman tak berbayar. Pastu,sebab aku punya keinginan naktau tu tinggi aku pun gatal la melayan. Masa tu call disambungkan ke Balai Polis Cheras Maluri.
Korporal Fazura (katanya) mintak nama & ic number untuk pengesahan saman. Aku dengan waswas bagi jugakla, tapi hasil semakan, dia bgtau nama aku terlibat dengan kes langgar lari kat Penang. Nama aku digunakan untuk sewa kereta katanya. So sebab aku taktau apa-apa, dia suruh aku report di IPD Kepala Batas Pulau Pinang. Dan panggilan disambungkan ke sana plak.
Dah sambung, kali ni aku bercakap dengan Sarjan Wong plak. Sama mcm Balai Polis Cheras Maluri tadi, aku siap buat pengecaman bunyi sekeliling. Bunyi riuh mcm dlm balai polis, siap ada bunyi mcm walkie talkie.
So masa berbual dengan 'Sarjan Wong' ni, dia tanya aku ada apa. Bila aku kata Cheras kata aku terlibat dengan langgar lari, dia mintak nama. Lepas tu dia suruh aku stay dalam line. Dalam 4 minit tu, line putus.
Aku tunggu jugak kalau ada call masuk, tapi takde. Aku dah tak sedap hati, aku bergegas terus ke Balai Polis Jerantut. Buat report. Siap report pertama, aku kena report sekali lagi di bahagian Komersial. Polis pun kata memang byk kes scammer ni berlaku, especially African Scammer dengan Macao Scammer. Kes aku ni termasuk dalam Macao Scammer, tujuan menakut-nakutkan orang ramai.
Actually tujuan aku report ni sebab nak bagi maklumat di samping nk selamatkan diri aku in case jadi apa-apa hal kan. Rezeki aku, kes takde melibatkan kerugian duit. Maybe sebab line terputus, kalau tak harus jugak aku kena paw 5k konon nak settle ke apa.
So, dalam kes ni aku cuma mengharapkan jadi pengajaran la. Jangan dilayan nombor personal yang call yang mengaku dari bank atau agensi. Sebolehnya letak terus. Polis tadi pesan sebab kalau dilayan, bimbang kita terpedaya. Macam kes aku tadi la.
Yang kelakarnya, aku share hal ni dengan 3 group whatsapp. Diorang kata aku kena prank ni. Hah..yela tu. 2jam aku duduk situ tunggu jugak kot tetiba ada yang jerit, "SURPRISE! HAPPY BIRTHDAY!" siap belon dan suprise party.
Tapi takde pun. Memang betul betul kena tipu la aku tadi. Dah rugi masa napping aku jemaat tadi. Cis.


ni aku tulis balik apa yang Korporal Fazura cakap kat aku.
Aku teka masa dia transfer call tu aku akan bercakap dengan Sarjan Fattah Amin pulak ke.

report aku

24.7.18

36 & another chapter.

Lama jugak tak berkarya kat sini. Maklumlah, zaman sekarang igstory & whatsapp story lagi 'in'. kahkahkah. Baru nak bermesra, dia hentam pulak dahhh. Merajuk laa blog aku ni kang.

6 July baru ni genap umur aku 36. Kalau bundar ke puluh terhampir tu dah pergi ke 40 dah. Bukan remaja lagi, tapi percayalah. Aku yakin aku terperangkap je ni. Aku masih 16 okay. Trapped dalam body 36 je.

Kita doa-doa yang baik untuk diri sendiri, mudah-mudahan diberikan kesihatan yang baik, diberikan peluang beribadah dan menyerahkan diri kepada Allah setiap masa, diberikan kehidupan yang lebih baik berbanding sebelumnya, diberikan kebahagiaan di dunia dan akhirat serta berjaya di samping orang-orang tersayang.

Birthday kali ni biasa biasa je. Takde sambutan. takde parti dan takde hadiah. Alah..36 dah kot. Kemain lagi nak birthday party pakai topi bentuk kon atas kepala, tiup lilin, pastu pukul pinata. Kemain sangat. Ejang wish pukul 1 pagi siap dapat pelukan dan ciuman hikmah tu pun cukup alhamdulillah. Anak-anak wish birthday masa cium tangan pergi sekolah tu pun aku rasa cukup bahagia. Mak hantar whatsapp dengan ucapan simple tu pun rasa terkesan kat hati macam baru dapat Bentley. Nikmat mana lagi patut aku dustakan?

......


Tapi ujian aku terkena masa birthday tu memang win la. Sampai bila bila aku akan ingat haha. Binawe. Sebab melayankan scammer call la aku tak pasal pasal duduk balai polis 3 jam semata-mata buat report. Takde sebarang kerugian, melainkan kerugian napping time solat jumaat jela.

rata rata yang aku whatsapp masa aku kat balai kata "ni prank niiii".
sebab kebetulan hari jumaat tu ejang pergi kuantan, ada mesyuarat pukul 3 petang. jadah mesyuarat petang jumaat yek. tu ramai target aku kena prank dah ni. macam macam la diorang reka nak bagi aku chill.

tapi sampai balik takde pun orang jerit "AWAK TERKENA!" konon siap bawak belon, bawak kek, bawak hadiah. hahaha. dasat imaginasi. berangan kuat sangat ni.

lepas pada kes tu, aku diuji lagi. ekonomi teruk. tahap meminjam sana sini. masa tu dalam kepala aku janji anak anak aku makan, janji kereta ada minyak. aku punya makan asal ada. utamakan anak dulu.

dalam pada tu, bila ekonomi tak okay, biasanya tempias ke rumahtangga. tapi taklah serius, sekadar aku nak kata memang terasa kacau bilau kejap hidup. biasa la kan..tengah takde. macam macam hal la terpetik. tapi alhamdulillah, semuanya okay. kena ingat, syaitan memang suka hasut kita masa masa camni.

tak lama lepas tu. aku terhilangkan pulak kunci rumah.
Ya Allah. masa tu aku dari tengahari nangis bawak ke pagi esoknya. taktau dah nak carik kat mana sebab hari tu aku taktau macam mana aku boleh letak kunci kat tempat lain, instead letak kat dashbox kereta macam biasa. menda nak jadi kan? memang nangis la aku. dengan  takut lagi, bimbang, risau.

dua hari lepas tu, Rifdi terjatuh kat dalam rumah, kepala terhentak ke lantai. dia berlari sejurus selepas aku mop lantai. memang padu la kena. ingatkan dia muntah sekali je malam tu, aku suruh tido. ejang pulak keluar masa tu sebab pergi kebun kutip durian. tapi bila dah muntah kali ketiga, aku gigih pergi emergency malam tu jugak. adik adik dia semua aku hantar rumah pengasuh.

pukul 11 malam aku duduk emergency. aku follow je nurse tu tolak rifdi pergi xray, pergi bilik sana, bilik sini, timbang berat..doktor interview untuk check up memory dia. so far alhamdulillah. takde apa yang serius. yelah, bimbang jugak menda dalaman ni. memang doc cakap kena check. kita taktau internal dia camne.

so far memang bertalu-talu la hal jadi kat aku. menjelang 36 kot.
kalau akak kt opis ni kata aku sejak 36 jadi pelupa tau. ahaks.

dugaan kan. aku harap pasni semua yang baik-baik pulak berlaku kat aku.
makin cantik, makin kurus ke. haaa gitu.

birthday girl



Instagram Video by ddjaafar (@ddjfrs) | WEBSTAGRAM: Anak anak sedang menceriakan pagi di hari lahir ibu mereka. Sampai sekolah, time salam cium tangan masing-masing wish 'selamat hari lahir ibu'. Sweet sangat masing-masing �� Hari lahir ibu makin ceria dengan adanya awak orang, sayang. #drivebukanjalanbesar #jalantamanje #ddjfrsvid #makberuanggettingolder #36thbirthday

1.3.18

ECHINACEA

Ikutkan, dah banyak kali kot aku update kisah aku dan kulit. siap ada satu blog pasal aku dan kulit lagi. kahkah. rajinnya aku dulu.

okay, baru baru ni (takla baru mana)..aku pergi semula farmasi yang memang selalu aku pergi. kenapa farmasi? sebab aku dah penah pegi klinik kesihatan (KK) gomen tapi macam tak okay je kulit kaki aku ni. pastu penah gi klinik private, siap cucuk vitamin rm100+ tapi sebulan je okay pastu semachiammm jugak kaki aku ni. bila aku gi satu farmasi ni, bercakap face to face, heart by heart, eceh..pastu ngam pulak aku dengan ubat dia. sangat berkesan.

eh, dah kenapa dengan kaki aku?
since 2006, kaki aku diserang gatal antara serius dengan tak je. kes dia sebab hari tu aku main paintball, pakai kasut tak pakai stokin. padang basah. so macam jilake dia punya gatal tu. in fact, macam kena makan ngan ulat air. sejak pada tu, kaki aku on off gatal.

tapi last year lagi dasat sebab boleh masa raya tu gatal dia naik siap dengan nanah!
aku dah pegi KK pastu doc masa tu advise jangan pakai stokin dan jangan pakai kasut. masa tu kemurungan jap aku sebab aku ni sangatlah tak suka pakai selipar atau sandal pegi kerja. doc masa tu siap nak tulis surat kat pejabat sebab nak bagitau aku takleh pakai kasut. haha. aku cakap kat doc takyah laa..its okay.

pastu lepas 2 kali refer doc KK dan dia tetap tak rasa hal ni kena refer pakar kulit, aku terus gi farmasi..kotla ada suggestion dia. doc farmasi tu geleng kepala tau masa baca komen doc KK ni (sebab aku bagi pharmacyst tu rekod kesihatan aku). pastu doc bagi aku ubat makan dan ubat sapu.

Alhamdulillah, gatal hilang, okay. tapi masalahnya tiap kali ubat habis gatal datang balik. kuikuikui. So, perkara ni berlanjutan la sampai kali ke4 aku datang. Aku gi check up, dan amik ubat.

Masa tu doc pharmacyst tu tengok rekod aku sambil tanya,

"You dah 4 kali datang ambik ubat. I suggest you ambil supplement boleh tak?"

Aku pun berminat la kan. Since asek kena harapkan ubat je...

"I suggest you ambik ubat cuci darah la. Tengok lepas ni macam mana. Kalau okay you sambung makan. Kalau masih tak okay nanti I bantu you cara lain pulak".

So, doc suggest aku ambik ECHINACEA Forte 3000 by Blackmores.
Untuk sebotol besar dan sebotol kecil Rm124 tapi aku dapat harga Rm84 sebab member kat situ. Aku pun okay kan jela. Doc pharmacyst tu kata tahan 5 bulan. Okaylaa..boleh.


so mengadap la aku makan ubat ubatan sebegini. And yes, aku sangat puas hati dengan ECHINACEA ni. Haha..sebenarnya entry ni pun aku nak cerita pasal ECHINACEA ni sebenarnya. tapi panjang pulak nak ceritakan kisah kaki aku tu.

Dan kesannya bagus sangat. Bagi aku banyak perubahan pada kulit aku, termasuk kulit muka. Feel dia lembap lembap, pastu tak la rasa itchy. Cuma sekarang jari kaki aku tinggal merah merah kesian dia nak cendol ekk? Eh 😅

Dah habis sebotol kecik tu baru aku sibuk google apa kelebihan ECHINACEA ni kehkehkeh.

Baru aku tau, antara kelebihan dia adalah untuk legakan batuk dan selsema.

Lepas tu, ECHINACEA ni berfungsi dalam sistem imun adalah dengan meningkatkan jumlah sel darah putih. Sel darah putih terlibat dalam mempertahankan tubuh terhadap mikroorganisma asing.

ECHINACEA ni jugak meransang sekumpulan sistem imun yang dipanggil phagocytes, yang menular dan mencerna bakteria atau badan asing yang lain.

Paling pentingggg, No added salt, yeast, gluten, wheat, milk derivatives, preservatives, artificial colours, flavours or sweeteners.

.
.
.

So, sesape yang ada problem gatal berbalik balik macam aku ni bleh dah gi farmasi pastu TANYA dulu! Jangan main order je tau. Kita kena refer bebetul. Macam aku doc dah pesan jangan makan kolagen sebab tu produk untuk orang yang takde alahan dengan seafood je. Orang ada alahan kena ambik inisiatif lain. Contoh macam supplement sebegini laa. Sebab tu kena refer doktor / pharmacyst okayyy.


And please be alert. You are what you eat.
Doc pun pesan, pantang makan tau. Seafood, daging, belacan memang kena dijauhkan.
Aku makan macam biasa, tapi banyak la lauk kena avoid. Pastu baru ni pun Ejang bawak aku gi shopping barang dapur, lebih kepada healthy snack untuk aku. Since aku ni tak berapa nak makan nasik lepas banyak sangat lauk takleh makan.




Effect dia, berat aku banyak turun. Hekhekhek. Bagus jugak kan? Ada hikmahnya. Alhamdulillah. Doakan aku terus menjaga kesihatan demi kulit, kesihatan dan kekurusan.

Mihmihmih.

1.2.18

Skincare Routine (I)

St. Ives Scrub | Marine Essence Beauty Bar | Cozuma CC Cream

Hai. Sebab dah lama tak blogging, meh sini aku nak share skincare routine. 

Ala, bukan apa. Since ramai tego kulit glowing la, flawless laa..(orang kata tau). Nah! Aku share la sketttt skincare untuk muka setiap hari. Nak kata kulit lawa sangat pun tak, tapi alhamdulillah skarang takde la jerawat bersepah, jeragat bertepek, kulit muka bersisik apamenda bagai.


So, ni la rahsianya (alamak. dah tak rahsia dahh) :


1. St. Ives Green Tea Scrub

Yang ni aku pakai 2 kali seminggu. Tapi tengok keperluan la gak. Kalau balik site tu memang scrub abih la. Asalnya dulu aku pakai Apricort, pastu try Green Tea Scrub pulak. 


Tapi series pakai yang ni memang lagi best. Tujuan pakai opkos la nak buang kulit mati, kulit berkerak, pastu taknak kasi pori-pori tersumbat. Memang recommended. 


Carik kat Watson's/Guardian je beb.



2. Marine Essence Beauty Bar


Bar ni favorite. Hari hari pakai. Setia pakai hampir setahun 4 bulan dah pun. Lepas pakai memang rasa muka bersih sangat, fresh dan wangi. Kalau tak pakai rasa ketagih sebab nak muka bersih je selalu. Memang best gila. Recommended.



3. Cozuma CC Cream


Yang ni pun dah nak setahun pakai. Memang krim muka terbaik. Kalau apply ni takyah pakai bedak pun takpe. So far kalau aku gi keluar jalan ke, gi keje ke, memang pakai Cozuma ni. Pun dah rasa flawless sesangat. Pun recommended.



So far, 3 produk ni je aku pakai untuk luaran. Yang beauty bar dengan Cozuma tu aku jual aku pakai cenggitu haaa..nak try bleh order. Dedua ready stock. Memang ada setiap masa dalam rumah.


Ni luaran punya. Next time aku share lagi ye,

Tata!

10.1.18

2018

Dah 2018 dah pun.

Tapi belum terlambat lagi untuk aku wish 'Happy New Year'. Dah ada azam baru ke? Ke azam dulu forward ke tahun ni je? 😜

Aku macam biasa la, takde azam azam pun. Jenis hadap je apa nak jadi, jadi la. Haha. Sebab orang pesen macam aku ni, kalau berazam, tak dapat, memang kecewa melampau. Jadi sakit.

Jadi, aku cuma mampu kata..aku teringin nak :

1. Jadi lebih baik
2. Tukar kereta yang lebih selesa
3. Ada baby baru..yihaaa!

Pastu aku nak ada hobi baru selain masak seperti buat kapal selam ke, jahit sarung bantal ke, bela semut api ke. Lagi best kalau hobi tu boleh buat bisnes. Haaa, apa rajin sangat ni?

Tengoklaaa.
Kalau jadi, jadi laaaa.

👋

HAPPY NEW YEAR.

26.4.17


alone at the office

😎😎
(gambar kepam zaman bila ntah)

12.10.16

serius

lama gila tak update blog.
nak menulis panjang pun dah tak mampu sebab serius aku busy dengan kerja. banyak gila aku nak story tapi tunggu la masa yang sesuai aku menulis.

tapi aku percaya, bila ada masa nanti aku macam beruk matyeh. hilang ingatan apa nak tulis.
ok, aku saje je ni. takut ada yang terlupa aku ada blog. eceh.




riyadh dah 7 bulan semalam. yay!

15.8.16

Senaman Selepas Bersalin Caeser

bila terasa badan dah lemah, nak berjalan pun rasa macam nak heret kaki, badan berat semacam, cepat mengah, baru la terhegeh hegeh google balik segala workout. normal ke macam ni? hahaha.

tapi sebab kali ni aku dah takleh guna dah skill workout aku macam yang dulu dulu macam tepuk lalat (lompat bintang), planking sebab aku baru lepas bersalin, caesar plak tu. baru ni buat cycling crunches pun dah berasa dalam perut. ingat nak gigihkan jugak tapi takut pulak koyak dalam perut aku ni haih. (--)'

so, kena carik pulak la skill lain yang lebih selamat. riyadh pun baru masuk 5 bulan, so masih kena guna soft skill exercise.






so far aku search, kebanyakkannya suggest untuk buat kegel. kegel ni kalau lepas seminggu bersalin pun dah boleh buat. katanya.


Senaman Kegel
  • letakkan tangan diperut, peha dan punggung
  • tahan nafas dan buat kemutan sebanyak 15-20 kemutan dengan kiraan 10 saat untuk setiap cengkaman di bahagian faraj sebelum dilepas
  • ulang sebanyak 10 kali
  • bagus dilakukan 2-3 kali sehari dan boleh dilakukan sewaktu berdiri, duduk atau berbaring
 Antara Kebaikan Senaman Kegel
  • membantu menguatkan lantai pelvik
  • melancarkan perjalanan darah
  • mempercepatkan penyembuhan luka episiotomi
  • mengelakkan terkencing ketika batuk dan bersin
  • menguatkan otot faraj
Senaman selepas bersalin dan kegel ini jika rajin dan dilakukan setiap hari, Insya Allah otot2 akan menjadi kuat dan tegang semula dan pulih dengan cepat.
Gerakan senaman yang santai dan mudah ini sangat penting untuk memperkukuhkan dua kumpulan tot, iaitu otot pada lantai punggung dan otot perut.

itu untuk kegel la. kalau baca banyak yang cakap kegel ni lebih kepada menguatkan kemutan dan kurangkan kentut vagina. tak kisahlah tu, janji senaman ni selamat untuk para ibu lepas caeser. senaman lain lain boleh kita google lagi after this.


sini pun aku share exercise vc untuk para ibu yang baru lepas caeser. semua ikut step ni.


0-2weeks post up


2-4 weeks post up


4-6 weeks post up


dan last skali,

2-4 months




ok mak mak semua. jangan lupa bersenam ye. bukan semata mata nak kurus aje, tapi untuk taklah nanti naik tangga pun anak lagi laju dari mak.





reference credit :
1. http://syamilamohd.com/2014/08/senaman-selepas-bersalin/
2. youtube
3. http://kevinzahri.com/health-fitness/panduan-langsing-selepas-bersalin/

11.8.16

Sony Xperia T2 D5303

dah nak masuk minggu kedua aku dengan henpon terpisah. gila tak rindu, first time kot hilang henpon. elok pulak dalam post lepas aku mention pasal up gambar dari dalam henpon,

"kalau tak kepam ajela gambar dalam henpon sampai raya tahun depan"

terngiang ngiang apa aku tulis tu. rasa siap ada echo sound lagi.
pehhh...rupanya tak sampai raya taun depan, raya haji pun dia dah takde. *bergenang airmata*
.
.
.
.
.
.
.

hari hilang henpon tu, ejang takde. dia kena pergi mudik belah hulu. so, pagi tu aku memang macam biasa la, huru hara siapkan anak anak. start kereta, packing barang, angkut barang dalam kereta,, jerit kat rifdi haifa hasya suruh masuk kereta, angkat riyadh letak dalam carseat. settle, terus bawak keta mencicit. lambat manjang.

hantar rifdi haifa, aku hantar riyadh ke rumah pengasuh, lepas tu hantar hasya ke tadika. hari tu kebetulan nak bayar duit makan tadika, aku amik wallet pastu carik henpon, tak jumpa. ahh..lantaklah. settle bayar dulu. siap tu, terus aku pecut balik rumah, konon nak amik henpon. aku syak henpon tertinggal kat rumah je.

sampai rumah, aku carik dalam bilik. biasa aku letak kat side table sebelah katil. takde. tengok atas drawer aku, takdek jugak. kat almari luar, atas meja, iron board..hmmmm. mana ek? nak misscall pun takdek henpon lain. rata dah aku carik ni, dalam kereta pun tak jumpa. adoyaii. sebab dah pukul 9 lebih, aku pun gi kerja ajela. nanti sambung carik.

sampai office aku try call tanya pengasuh kalau kalau henpon aku termasuk dalam beg anak aku ke. tapi pakcik cakap takde pun. takpe, aku tunggu hasya balik skolah je, dia tu suka bawak macam macam pegi tadika. tapi masa dia balik tu hampa la jugak bila tau dia tak bawak henpon. (--)

tengahari tu aku balik rumah, aku sambung carik henpon. memang tak sedap hati. sambil sambil tu aku buat kerja rumah sambil ingatkan balik last aku pegang henpon. sedang jemur kain tetiba aku terpandang atap kereta aku. pastu terpikir..macam aku letak something atas atap keta ni tadi. tapi apa ye?

puas aku kerah otak aku untuk ingat balik..aku rasa ye dah ni. aku cuba flashback.
seingat aku, masa aku angkut beg masuk keta tadi, tangan aku penuh. so aku park henpon atas atap keta, simpan barang dalam keta, pegi kunci rumah, masuk kereta, reversed, dan blah! sah la ni.

confirm henpon aku jatuh, tapi taktau kat mana. aku carik carik area depan rumah aku,,tapi haram la nak jumpanya. cepat cepat aku settle kerja rumah, mandi dan gi office. aku try call, dapat, tapi pastu macam orang cancelkan call. pastu call lagi memang takde dahla. aku pun pikir pikir lagi apa yang aku boleh ikhtiarkan.

sudahnya, aku bukak google chrome, google apa yang aku bleh buat kalau henpon hilang pastu aku jumpa satu kaedah ni. type "find my phone"...

kaedah ni boleh guna untuk orang yang guna account google kat henpon tau. so, result yang aku jumpa D5303 berada on the way ke Kg. Mela, Lipis. ya Allah, nak nangis rasa. aku terus try contact henpon lagi skali. ada ringing tapi takde orang pickup. kalau tengok apps tu, dia boleh call pastu akan keluar note kat situ. aku pun tinggalkan note

"pulangkan semula henpon ni kalau jumpa. Allah je yang boleh balas jasa anda"

kawan kawan aku ramai ramai cuba call. ringing tetaplah ada cuma takde pickup. semua kata orang yang amik henpon ni takde niat mencurik sebab kalau orang curik biasa akan buang simcard. aku cuba pikir positif. rasa nak gi buat report polis je masa ni tapi ...ishh. serabut dah rasa. kalau tengok kat maps henpon aku tak gerak gerak dah. masih kat kawasan kampung menghala ke Kg, Mela.

dalam masa yang sama aku tukar password untuk fb, instagram, dan segala macam menda la dalam henpon tu. security beb. pastu aku lock pulak henpon aku, so orang yang amik tu takleh bukak henpon aku. habis segala menda aku buat. panik la katakan.

tapi sebab macam takde chance dah jumpa semula henpon, esoknya ejang batalkan sim card lama. kebetulan dia ada hal kerja di kuantan, sim card aku pulak atas nama dia..alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. aku dapat balik nombor lama aku. tapi henpon dengan memory card tetaplah hilang. tanpa kesan. tanpa jejak dah sebab aku dah batalkan sim card kan.

henpon hilang tu nak buat camne kan, tapi memory card tu la. dahla segala menda aku simpan dalam henpon. yang mujurnya sebab jenis tak simpan gambo bukan bukan.. sudahnya sekarang aku pakai la galaxy chat aku yang lama. whatsapp, fb, ig semua ada tapi tak canggih la. takde boomerang. (boleh ek?).

anak anak aku selalu usik aku, "ibu tak rindu ke henpon ibu?".
eh. sentap tau.



i miss u my avengers.
(sebab henpon aku pakai baju gambo avengers).



kot kot ada antara pembaca blog nih yang teramik henpon aku tapi taktau nak pulang camne tu..boleh la anto ke pejabat jps ke, pejabat jkr ke..haaaa. tapi dfaerah jerantut la yek. kabo je henpon ni saya tak curik, saya amik sebab taktau nak pulangkan camne. takpe..akak tak marah. akak tau masalah nak pulangkan tu ye. jasa baik tetaplah dikenang sampai bila bila.

eh, touching pulak.



POPULAR POST