Showing posts with label shopping. Show all posts
Showing posts with label shopping. Show all posts

1.6.16

kegilaan #20 : Instant shawl by Nor Ain

entry kepam & sila bersedia untuk muntah sebab banyak gambar selfie.

aku memang penakut nak cuba instant shawl memandangkan kalau pakai, muka jadi leper. nak nak kalau kain jenis lycra, bila pakai kat dahi of course melekat takde bentuk. ibarat macam pakai syria. leper bak bulan purnama.

masa bff aku, ain promote instant shawl yang dia jahit kat group whatsapp pun aku tak beria sangat nak membeli. tapi sebab dia tawarkan harga yang berbaloi untuk aku cuba, maka aku pun order selai. colour aku suruh ejang pilih.

dah dapat tu memang kelakar jugakla sebab dari petang membawak ke malam aku pusing pusing tengok lubang muka ada tapi taktau sungguh kedudukan dia camne. dah malam baru jumpa, terus send gambar kat group. peh. lawa pulak walaupun pakai tak semenggah mana.

maka, start dari dapat shawl tu memang tiap masa kot aku sarung sebab senang gila. sarung je dah siap. takyah pikir nak lilit lilit dah. pin kan je kalau nak kemas. material kain pun best, sejenis bubble crepe. tak lembik dan tak keras. yang pasti kalau malas iron hari esok, lusa, tulat and soon pun takpe.

instant shawl


tak lama tu, ain share lagi instant shawl yang dia buat. kali ni ada instant dengan dua muka. aku pun amik kedua-dua jenis tu.

 
mustard instant shawl


dua muka.


haa, meriah kau muka aku hari ni.
memang puas hati la dan memang kalau instant, aku carik ain je. untuk raya pun aku tempah dengan ain dah pun, skali yang haifa dan hasya.

kalau ada yang berminat nak order, boleh la pergi ke :

Facebook Nor Ain : Cahaya Mata
Instagram : @aainkhalid

atau whatsapp/call terus kepada : +6019-931 2607



nak request colour pomboleyyy.

13.5.16

kegilaan #19 : by fieza fadilla

(entry kepam taun 2015).

aku memang dah banyak tudung hitam. dari jenis shawl lembik, ke jenis pashmina, ke jenis pashmina kain lembik, bawal, syria..aku rasa warna wajib kot kena ada warna hitam.

lepas tu masa sorang sahabat aku sibuk sibuk nak menjahit semula shawl  untuk mempergiatkan lagi bisnes menjahit shawl beliau, aku sempat menyibuk. dan aku request lagi warna hitam!

cuma kali ni aku request nak wide shawl chiffon. so, sahabat aku ni pun tunaikanlah permintaan aku nak shawl wide, kain lembut sebab nak feel flowy flowy berkipas beraircond bagai. dan ...PLING!! sampailah shawl yang aku hajati tu di atas meja opis aku selepas beberapa proses pembelajaran berlaku.

betapa bertuahnya hati ini bila ada shawl seperti yang di-request. sampaikan tahap tiap masa aku apply shawl ni untuk pergi kerja - pergi jalan - balik kampung - berfoya foya. sebab apa?
sebab walaupun colour hitam, tapi tetap selesa aku pakai ke sana ke mari siap dengan jahitan kemas yang confirm la buat aku tak was was bila pakai.

dan sepanjang masa aku preggy ni, aku memang sarung shawl ni aje sebab lebar mencukupi syarak. maklumla, badan pun kian melebar.

mempersembahkan, wide shawl dari sahabat gua, fieza fadilla. 

siap ada label fieza fadilla ok.
*hidung kembang*






tengok, sampai kemuncak pregnancy aku masih utuh pakai shawl ni. sebab langsung tak panas dan tak rimas. tak mengganggu perasaan mommy preggy pun tau.

sebagai sahabat, aku bertanggungjawab untuk support beliau untuk terus menerus menyediakan shawl yang terbaik untuk customer. so, apalagi gaisss..boleh terus contact fieza di :

Instagram (official untuk jualan tudung) : @fieza_fadilla  untuk galeri tudung.
Instagram : @fiezainstag
Facebook : fieza fadilla

atau whatsapp terus kepada fieza : +6012 926 6203


dah cuba confirm nak repeat!

2.2.16

Checklist Keperluan Ibu Dan Bayi Di Wad

share dari facebook ajela. wakaka.














alhamdulillah, last check up dengan specialist lastweek, doc bagitau uri dah jauh naik. cuma baby jela still breech. harapnya nanti baby pusing-pusing dan tau port nak keluar ikut pintu. amin.

ibu dia walaupun kali ke empat, jangan ingat ibu dia tak nervous okay. sebab bulan ni dapat duit kutu so planning memang nak beli barang baby dengan set confinement. weekend lepas pergi Anakku, tapi sampai kat sana terus aku dengan ejang blur. nak beli apa ni weh?

walaupun dah plan nak beli set tilam, lampin,set mandian dan beberapa helai baju, tapi bila sampai kedai tetaplah gabra taktau apa nak carikkkk. alahai. sudahnya beli sampai 5 pasang baju (kau dah kenapa?), set booties & mitten dan 2 helai topi. ya Allah. entah apa merepek pun taktau.

tu pun dah RM147.50. kehkehkeh.

by next time shopping aku kena tabahkan hati sikit. beli benda yang betul betul nak beli. banyak jugak barang takde ni. maklumlah, hasya dah 4 tahun kot. dah ke sana ke sini dah barang semua sampai tak ingat dekat siapa, dah pulang belum..haha. tapi tak kisah pun. at least dapat jugak beli barang baru. kahkahkah. alasan sangat.

tadi dah recce barut kat kawan-kawan. ingat nak tempah tapi ada adik officemate yang memang buat barut untuk dijual. oklah, harga pun berpatutan. beli dengan dia ajelah so takyah la pergi carik kain kat kedai pastu tempah. janji ada aje.

untuk ibu dia plan nak beli barut jenis zigzag. barut lama ada tapi tambah la sikit. tapi tu lah, set confinement pun tak berani lagi nak beli since doc bgtau potential ceaser. alahaii..so recce ajela dulu kot. nanti dah bersalin biar ejang belikan aje. sebelum ni pun macam tu jugak.

bukan takde experience kan? ..tapi tetap mak nak nervous. ahaha.

tengok. hari ni baru 33weeks tapi dah nervous mengarut entah apa apa. bawak bertenang la dd oii.



25.11.15

haifa #36 - makan kek!


birthday haifa hari tu kitorang keluar. ejang dah janji dengan haifa nak belikan kasut. eh, birthday girl tu berkenan pada satu sneaker Puma. cantikla, memang sesuai dengan dia.

so di pendekkan cerita, sampai kat butik kasut tu takde. alahai anak omak. mujurla haifa ni spesis good girl sangat. dia pilih kasut lain tapi tetap brand Puma. paling tak bleh blah tempias beli kasut brand yang sama untuk Hasya dengan Dhiya. eh..kenapa aku tak kena tempias sekali? 

birthday girl punya celebration
design sepesen. dhiya, haifa, hasya.

settle abah dia punya present, kita pergi MBH pulak. ibu nak beli present.

present dari cik eenaa dia. haifa kan ulat buku :)

sebab haifa suka sangat buku. so, aku dengan kakak aku hadiahkan buku. aku pulak hadiahkan colouring book. tempias jugak adik dengan abang nak sekali. hahaha.

dah letih berjalan, last port kitorang pergi Secret Recipe. beli kek!
normal la kan, tiap kali birthday mesti la wajib beli kek. kalau tak tiup lilin tak sah sambut birthday bagi bebudak ni. padahal bukan makan pun. ibu dengan abahhh jugak yang makan.



13.7.15

last weekend sebelum raya menjelang

lagi seminggu nak raya!

so far, baju raya anak semua dah beli.
baju raya pertama aku dah beli.
baju kasual abah dia dah beli.
kasut / selipar raya anak dah beli.
handbag raya pun dah ada (mak bagi birthday present!)

taun ni bab baju / barang raya memang aku tak banyak membeli untuk diri sendiri. second day pun rasanya recycle baju lama lama ajelah. bukan nak masuk tv pun. kehkehkeh.

rumah pun dah kemas sikit sikit. boleh la, nak kemas sangat nanti bebudak ni sama jugak menyepahnya.

cik puteh aku pun dah masuk worksyop baru ni sebab tank bocor. hmm..apa lagi?

oo. kuih raya, this year punya kuih raya aku rasa boleh tahan banyaknya. takpelah, menda makan ni tak membazir sebab bulan ni katanya 56 hari gomen tak bergaji. so, dah get well prepared la ni. breakfast - lunch - dinner makan kuih raya je. amacam? cerdik tak aku?

sebut pasal kuih raya ni, semalam masa aku syok rehat diri (tidur) tengahari, ejang tanya - "mana resepi kuih cornflakes tu? nanti awak carik ye". aku pun..wokeyyyy. sambung tidur. lepas tu tengok dah pukul 2 ptg, aku bangun, mandi, solat dan carik resepi tu. 

dah jumpa tu, aku nampak ejang tengah busy vacuum depan tv, so aku pun dengan berbasi basa tunjuk resepi kat ejang, "nah..resepi". pastu aku ternampak barang barang kat dapur, dan aku jenguk. wah! dah bakar kuih cornflakes dalam oven! haha. lepas tu ejang siap tunjuk pulak, dia dah uli roti canai untuk moreh malam ni. wahaha. bestnya abang niii..

okay. terus rasa nak sambung tidur. mana tau untung juadah berbuka dah penuh atas meja ke. haha.

Lerd, kesayangan rifdi buat masa ni.
takde kena mengena pun dengan sambutan raya.

30.9.14

Kursus vs shopping, Kota Bharu

lastweek aku kena berkursus di Kota Bharu, Kelantan.teruja lain macam walaupun kursus ngam ngam sebelum gaji.

ahad tu gerak,so sampai dalam jam 5 lebih.jalan KB memang jammed gila sebab aku lupa aritu ore kelate semuo kijo.aku siap call warden asrama tempat aku kursus tu,nak bagitau aku sampai lambat sikit la.kang tetibe warden balik,aku nak tido mana plakkk malam tu.

so,siap check in tu..lepak lepak sambil menikmati hari yang mendung,aku dengan partner memang target malam tu jugak nak pergi Wakaf Che Yeh.gila.dalam hujan renyai bacaan tadahan 15mm,aku redah je jalan sebab nak pergi Wakaf Che Yeh.ewah.bukan aku,aku tukang baca map je.driver la redah jalan sebenarnya.kahkahkohkoh.eh.terbuat lawak pulak aku.

sebelum redah hujan kat Wakaf Che Yeh tu,kitorang sumbat makanan kat Restoran Pak Lah dulu.dah kenyang tahap perut sleeping buddha,baru aku pergi wakaf.

sampai situ..perghh.rambang mata.padahal nak carik tilam kekabu untuk baby je sebab officemate kirim.sekali partner aku dah beli macam macam.harap gerau bukak tak banyak je sebab hujan,so takleh nak lama lama sangatlah.lagipun partner aku tu pregnant.kena bawak bertenang la malam tu.







itu malam first.malam second tu,kitorang repeat lagi pergi situ.kahkahkah.sebab malam tu tak hujan,lagi banyak la gerai yang dibuka.aku pun sempatla sambar baju budak budak sepasang sorang.jadilaaaa..nama pun ujung bulan.

esoknya,lastday.sebelum balik jerantut aku dah cadang nak gi Pasar Siti Khadijah pulak.kakak ipar aku kirim beras pulut dengan serunding.












haaa.itu tengah hujung bulan.kalau aku pergi kursus time gaji,lagila ranap hidup aku.

sebab,

aku pun konpius aku ni gi KB nak kursus ke shopping?
bahahahahah.



makan sedap gila.


sempat lagi tuuuu..


ok.ni baru hal kursus.











ok.bai.



posted from Bloggeroid

24.7.14

raya

amacam persiapan raya korang?
sangat meriah?
meriah macam biasa?
biasa-biasa?
biasa je?
atau luar biasa?


tahun ni,macam biasalah.untuk kuih raya masih bermodal RM200.meriah tak kuih raya aku?

lepas tu modal untuk duit raya RM400.alhamdulillah.masih ada untuk bersedekah.

untuk kereta juga aku dah habiskan RM400 untuk cikputeh.time ni la kan nak bateri dengan altinater baru.pandai dia nak beraya jugekkk..

untuk baju.hummm..
untuk anak anak terpaling utama.yela.baju baru beli tiap kali raya je.time lain memang susah sikitla ibu dia ni nak sediakan.bukan tak beli langsung tau.cuma jarang sekali beli.kalau raya mesti beli top to toe.wajibulghunnah.

tapi taun ni jugak,ejang ajak aku shopping baju raya di KL.kalau dengar nak pergi SOGO terus rasa..wow! best gila laki aku taun ni.taun 2010 dulu dahla ajak shopping kat One Utama.gigih sangatkan dengan perut besar (pregnantkan haif) merayau carik baju raya.miahahaha.

this time rupanya pergi SOGO dan PARKING sahaja.kita shopping kat Jalan TAR. (T_____T)"

okay,situ pun happening apa.taun lepas pun aku sambar 2 pasang kurung moden pun kat Jalan TAR jugak.jangan nak eksen sangatla kak dd oi.
so taun ni baju adalah dari First Lady untuk perempuan perempuan dan dari A'Niz untuk laki laki.
jangan main-main.taun ni tema kaler hitam dan bercirikan islamik.nangisla korang tengok gambar raya taun ni.

pastu untuk baju kasual anak-anak,aku beli kat Jerantut je.kedai baju baju untuk golongan marhaen macam aku ni la.okay..seronok beli sebab RM200 dapat baju 7 helai dan seluar budak 3 helai.eh.berbaloi sangatlah sebab aku ingat lagi,taun lepas aku beli seluar jeans Polo RM100++ kat haifa dengan hasya,taun ni hasya dah tak boleh pakai.tahap pakai sampai terkeluar pampers.

baju aku dengan ejang tak settle lagi.ingat arini nak pergi Temerloh la.nak carik sikit sikit.ala,bukan nak banyak mana pun.janji spender dengan baju kecik terganti.eh?
itu pun nak tunggu raya jugak ke?

kahkahkah.

25.4.14

Mr. DIY Jerantut

semalam aku buat lawatan ke Mr. D.I.Y.

heh.kedai baru bukak kat jerantut.dah tentu la teruja.aku pernah pergi D.I.Y. Mentakab.memang boleh tahan la lupa diri.so,kali ni sebab lone ranger,aku nak cuba lupa diri lagi sekali.

table mart omey omey

sekeping 80sen.next time aku datang aku akan pastikan..BELI!

cutting board pun omey omey angat ni

bakul colourful

cute betul senduk ni.aku sabarkan je.

storage box bawah tu lawa betul


aku memang carik menda alah ni pun
nanti kau.aku beli.


storage box pun comey



bakul ni comellllllllllllllllll

sewing set pun ada

aku suka ni :)

mula la geram tengok barang barang gini


mainan pun ada


sampai setengah jam aku ronda dalam ni.memang penuh dengan keterujaan la.sempatla aku beli barang seketoi dua.

mangkuk kecik untuk 3 beradik tu dan span korea


baru habis rm7.50.haha.

11.3.14

St.Ives Apricot Scrub

lama aku tak menghabiskan masa di watsons.haha.


eh.pening kejap aku nak kenal pasti scrub St.Ives tu sebab dah packaging baru.aku memang pakai apricot scrub dari zaman anak dara lagi.letih aku pening kepala sorang sorang,aku peningkan pulak kepala budak watsons tu.hahah.amik kau.dia lagi la taktau.


packaging lama

aku agak betul la kot yang aku beli tu.sebab aku carik kat website memang terus nama dia bertukar.


kira betul lah tu.

aku memang pakai apricot scrub ni twice a week.takpun malas tahap dewa aku pakai once a week.janji hujung minggu kena pakai.kasi tenyeh sikit muka tu bagi hilang segala daki,baki,saka...

tapi lama dah aku tak pakai.miahaha.sejak pindah rumah baru terus aku tak beli.setahun kemudian baru beli semua atas dasar ada duit lebih sikit.haha.ada pulak?

pada aku,apricot scrub ni best.so far memang rasa bersih gila muka after pakai.aku terjebak nak try sebab masa kecik dulu aku rasa packaging dia kelas sangat,cousin aku pakai.bayangkanlah,cousin aku sekarang dah umur 51 dia still pakai lagi brand ni.kira kelas la.harga pun takde la mahal tahap tak makan nasik 2 minggu.aku suka.dan sebab tu aku buat iklan kat sini walaupun tak dapat apa.haha.

more info : http://www.stives.com/

POPULAR POST