Visitor

26.4.17


alone at the office

😎😎
(gambar kepam zaman bila ntah)

11.3.17

riyadh #1 : One Year Later

special on his birthday.
panjangggg ceritanya.

riyadh inside. 38w.


08.03.2016 : Selasa

Monthly check up di Gynae HOSHAS. Suspense siot bila doktor kata baby dah overweight. Doc estimate baby 4.1kg. Padahal aku rasa 2 minggu sebelum tu check, doc KKIA Jerantut kata weight baby ok..3kg.

So masa tu doc terus tanya sama ada aku nak normal atau ceaser? Aku mestilah nak normal. Confident, tapi doc pulak cakap risiko baby besar dan tersangkut bahu masa aku teran, mungkin akan buat baby injured kekal. Since aku pulak GDM di saat hujung pregnancy. Ya Allah. Masa tu memang konflik diri. Nak transfer Kuantan pun doc dah macam taknak bagi. yela, tu semua dah luar responsibility dia kann..

Doc advice nak ceaser kena datang esok, check in terus warded. Aku time tu dah rata tanya pendapat orang. Kat fb pun mintak kawan kawan share experience bersalinkan baby 4.00++ kg. Ejang pun dah taktau nak advice apa kat aku. Kira balik rumah, dan bawak bertenang jela. istikharah.


09.03.2016 : Rabu

Aku tak pergi pun HOSHAS. Aku taknak ceaser! Nekad.


10.03.2016 : Khamis

Warded di HOSHAS. Dan final decision aku masa tu redha jela caesar. Masa tu penguat semangat aku ialah Afzan. Sebab dia 2 kali caesar dan aku ambik experienced dia sebagai pembakar semangat. Warded time tu aku cuma makan, tengok orang lain sakit, makan, layan handphone, makan, dan makan saje. orang lain dah bergilir gilir keluar beranak. aku sakit pun tak.


malam tu aku dah start kena puasa. tidur pun dengan airmata. masa tu aku berdoa semoga aku tetiba sakit, bukaan bukak 10cm dan terus baby keluar!


11.03.2016 : Jumaat

7.30 pagi. Dah bangun, mandi. Standby pakai baju OT terus. pakai bedak wangi wangi. perut pulak lapar. tapi bertabahla sebab kena puasa. time tu tunggu turn masuk Operation Theater (OT) pun rasa selowww nya masa.

10.30 pagi. nama dah kena panggil. masa tu aku dah call ejang bagitau aku dah nak masuk OT. aku mintak maaf dengan dia, aku mintak ampun andaikata aku ada buat salahsilap dengan dia. ye, drama sangat masa tu. maklumla, nervous nak kena belah perut. aku call mak aku, masa tu mak aku dah on the way ke temerloh. mak aku siap pesan, nanti bagitau doktor terus kata suruh 'ikat'. mak aku punn. haha.


tapi dalam pukul 11 jugak kot baru turun. masa tu takutnya lah haiiii..biasa aku beranak aku berjalan je ke labour room, normal. kali ni dah tau caeser, berjalan pulak ke OT. ohhh, i feel so weird.

Sampai ke OT, masa tu tak masuk bilik operate lagi. masa tu timbang berat, ukur ketinggian. lepas tu tandatangan apa yang patut. aku siap masa tu mintak nak gi toilet. walaupun tak minum air, tapi tetap nak terkencing. kecut perut sangat.


12.00 tengahari (lebih kurang) : dah kena baring atas katil kat luar bilik. masa tu baring bawah pemanas tu. second time rasa sebab dulu masa gugur pun kena bilik tu jugak. masa tu aku dah berserah segalanya pada Allah.

saat kena tolak dalam bilik tu..non stop aku baca "lailahailla anta subhanakainni kuntumminazzolimin". tenang je dalam tu. aku pun dah tak ingat moment tu sebab aku fokus nak kena belah perut je time tu. yang aku ingat, saat kena cucuk epidural di belakang, Ya Allah, sakitnya bila belakang tertusuk jarum. masa tu slow slow aku dibaringkan semula. doc pesan jangan angkat kepala 7 jam selepas ni. ye..jangan. nanti pitam.

masa tu aku perati je apa yang diorang buat. aku dah tak rasa apa pada badan aku. kena angkat kaki ke, tangan ke..memang kebas habis. time tu diorg tutup muka aku dengan kain. cuma berlubang pada hidung je untuk bagi bernafas. gila apa takleh bernafas?

lepas tu aku rasa perut aku kena kelar dengan hujung pisau. 4 kali. aku telan airliur.
lepas tu aku dapat rasa tangan tekan tekan perut aku dengan kuat, ada tangan sapu sapu kulit perut aku..aku rasa. masa tu aku cuma mampu sebut "Allahu Akhbar" berulang ulang ulang kali sampai ada orang datang kat aku tanya, "puannn..puan rasa ke?"

"iye..rasa. Allahu Akhbar..Allahhh..sakitnyaaa"

'PUANNN!! PUAN RASA KE?"

"iye..rasaaaa. Allahu Akhbar!"

"puan rasa apa?"

"rasa doktor tekan perut saya kuattttt..Allahhhhh!!"

pastu aku rasa doktor tu gosok gosok lengan aku. aku rasa perut aku kena tekan tumbuk ye..diorang tekan. aku tau diorang nak keluarkan baby. aku rasa! ALLAHU AKHBAR! makin kuat suara aku masa tu.


1.46 tengahari : Keluarlah sorang budak lelaki sempurna sifatnya dari tingkap ibu ketika muslimin lain sedang solat Jumaat. dengan berat lahir 3.9kg.

apa? 3.9 aje?

kita hanya merancang. Tuhan yang menentukan.

halus sangat budaknya haihhhh


masa keluar dari OT, aku cuma rasa blur. aku tak nampak apa (rabun+mabuk morfin) tapi aku tau mak aku ada kat luar OT dengan dhiya. ejang tak bleh masuk sebab dengan anak anak. mak follow aku naik atas, dan mak menyaksikan la betapa teruknya aku mabuk. kejap kejap nak muntah, pening, control hensem, nak tunjuk power konon boleh bercakap padahal pfffttttt..

nak susukan baby kena sambil baring. aku dahla failed bab ngempeng ni. tapi Allah Maha Besar. baby ok je masa tu..sedutttt je. lama aku takleh bangun. aku dok tendang tendang something kat kaki (tunjuk kuat). takleh bangun. nak minum pun kena sedut air pakai straw. afzan dah pesan awal-awal standby straw untuk masa camni la..lama aku pengsan (tak sedar diri) lepas tu. sedar sedar nurse tukarkan pad je. lepas tu baby nyusu gitu gitu jela.


12.03.2016 : Sabtu

Nurse kejut suruh bangun. masa  tu aku sedar 100%. aku rasa teruknyaaa..macam mana nak bangun. tapi aku kuatkan jugak, kena jugak mandi. seksanya nak gerak. kena pegang perut bagai. nak berjalan pun tundukkk je. azab gila!

klakar kot masa pagi aku bangun tu aku baru tau rupanya something yang aku tendang tendang dari petang semalam tu rupanya beg air kencing haha. patutla tak rasa nak ke toilet. kehkehkeh.

dah siap mandi, bersih, terus makan dengan minum. haa, indahnya donia. baru aku nampak tangan aku teruk gila kesan garu (effect morfin). tunggu doktor pakar datang nak tengok condition baby dengan ibu. rupanya sekarang ni after caeser, ibu kena cucuk cair darah sebab taknak ibu ibu komplikasi lepas bersalin. Suntikan ni perlu untuk cairkan darah beku. Maklumlah, darah beku ni bahaya dan boleh bawa maut. HOSHAS bekalkan jenis Tripanzym, cucuk cuma sekali sehari.

masa doktor pakar datang, doc siap tanya aku, "oo..puan la kan yang rasa masa kena caeser tu kan?"
rupanya diorang cakap unit bius aku tak cukup. nurse silap tulis ketinggian aku. bius ni amount refer pada berat dan ketinggian individu, so masa kira ketinggian tu nurse salah. dia tulis tinggi aku 160cm padahal tinggi aku 164cm! tskkk...tskkk..redha jela mak.

pastu doc siap cakap, "kalau tau baby 3.9kg mesti nak teran je kan. kecik je baby rupanya".

time tu aku taktau nak respon apa.

ohye. aku belum boleh discharge sebab normal kes caeser kena discharge after 48days. dan alhamdulillah, baby takde tanda kuning pun. yes.


13.03.2016 : Ahad

masih lagi teruk nak bangun dari perbaringan. kena bangun, pegang perut, jalan tunduk, lama lama baru boleh tegak. azab sangat. huwaaaa.

dalam 2 petang dapat tau dah boleh discharge. tapi nak dapat discharge tu sangatlah lama. maghrib baru dapat keluar. tu pun dhiya dengan yuyu yang kemas kemas barang aku. mujur jugak ada bebudak ni tolong. ejang bawak aku balik ke kampung awah dulu. singgah ambik anak anak aku kat rumah makde aku. rupanya uri baby pun memang tanam kat situ. ahah..baby kali ni baby temerloh. koi budok temerloh.

dan alhamdulillah jugak. malam tu jugak abah aku bawak aku dengan anak anak semua balik kuantan. kahkahkah. on the spot balik tau. ikutkan plan aku nak pantang kat jerantut. tapi sebab bila mak abah tengok condition aku yang teruk beno, nak keluar kereta pun hazab, nak berjalan pun macam orang tua siap kena pimpin bagai..abah cakap kat mak, bawak la aku balik. nak pantang sendiri camne kalau aku punya condition camtu.

ye. elok sebelum orang azan Isya' kami gerak ke kuantan. ejang pulak bawak dhiya dengan yuyu balik jerantut, kemas barang apa yang patut untuk bekalan anak beranak di kuantan nanti. kahkahkah. dasat betul experience kelahiran kali ni. happy baby.

alhamdulillah.
this year baby tu dah setahun.




Selamat Hari Lahir, NORHAIYAN RIYADH BIN NORAZMAN.

HAIYAN : yang hidup
RIYADH : taman

Semoga anak kecil ini membesar dengan sempurna, dilimpahi kasih sayang, 
diberikan kesihatan yang baik dan berjaya di dunia dan akhirat.












17.1.17

zpáteční

✋ahoj

Czech translate : hai
(gatai nak guna bahasa lain)


ramai yang tanya, ko dah tak berbelog ke dd?
ahah. ikutkan aku rindu nak menulis, tapi masa nak menaip panjang panjang dah takde. 

dulu aku install Bloggeroid. ada masa aku menulis la. lepas tu handphone hilang, nafsu pun hilang. nafsu lain semacam lagi mengganas. eh. banyaknya nafsu? logikla perempuan ada 7 nafsu. kehkeh.

rakan rakan blogger pun sama slow je dah aku tengok.
bila aku bukak blogger.com, aku tengok layout..rasa sayu je dah. takde dashboard. so nak tengok orang lain punya update pun dah tak jumpa (atau aku yang tak jumpa).

bila klik new post tangan pun kaku. nak type apa ni hah?
aritu aku nak update story, lepas tu semua gone. sudahnya aku advertise barang Hai O. bengang jugak aku waktu tu. terasa macam ek eleh dd..kt fb biz, kat ig biz..takkan masa blogging pun nak biz?

gitu la kalau dah berbisnes ekkk? haha.

ni pun sebenarnya aku tengah kering idea ni woii..haha. cerita kelahiran riyadh pun belum lagi ni..riyadh dah nak setahun dah kot! -- kahkahkah

takde motif. saje bagi korang pening. kahkahkah.
keji.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...