Showing posts with label at work. Show all posts
Showing posts with label at work. Show all posts

23.6.21

Kisah 2020

Throwback la sikit.


Sepanjang 2020.

Banyak perkara yang aku lalui sepanjang hampir 1 tahun 6 bulan ni. Dunia telah dijangkiti wabak Covid 19, yang taktau mana asal usulnya. Katanya sebab manusia di negara China menjalankan kehidupan tak normal di sana. Makan kelawar. Lalu wabak tersebut tersebar ke seluruh pelusuk negara. 

Hingga kami di-lockdown-kan..sampai aku tak kerja hampir 3 bulan lamanya. 

Ingat lagi masa tu, aku balik Kuantan 17/3/2020 sebab rushing nak pergi ambil kereta baru la kononnya. 18/3/2020 tu start lockdown. Semua industri tutup, kedai kereta pun tutup, jpj tutup. habis aku tak dapat nak ambik kereta. Start pada tu terus aku trapped kat Kuantan. Kerja dari rumah. Work from home. Tapi best je haha sebab duduk rumah mak - rumah mertua. Bab makan la paling syok sekali. Tapi tu la, masa ni la aku start belajar guna google meet, sebab kena attend meeting. Anak-anak aku pun start PdPr..blajar dari rumah. Eh. Memang hari biru jugakla di awal PKP ni.

Mujurlah di tengah-tengah tahun tu keadaan pulih. Aku pun dah kembali kerja. Anak-anak pun sekolah semula tapi semua dalam keadaan terkawal la. Dengan kena pakai mask, sanitizer, dan social distancing. Nak pergi berjalan-jalanpun dah tak best macam dulu. Lemas mak pakai mask sepanjang masa. Dengan hidung blocking tiap masa.

Tapi  tu laaa..Alhamdulillah dah back to normal. Cuma tak macam dulu la kan. Doa kami masa tu semoga dunia kembali pulih. Rindu nak berjalan-jalan pergi sana-sini.


Last aku pergi kursus Mac 2020 kot.
Itu pun masa tu kena sanitize bagai.

 

2.4.19

Light It Up Blue / Autisme Awareness Day


Semalam aku update hal demikian. Aku tau pun sebab lastweek jabatan peringkat negeri keluarkan surat remind semua staff untuk pakai baju biru tanda support.

so hari ni 2 APRIL 2019, maka staff yang mana ingat tu pakai la baju biru.

WE TAKES BLUE!

Paling best, gi office pun rupanya gang pempuan siap pakai baju yang sama dengan aku. hahaha.



baju aku besar. aku beli size XXL. aku bleh pakai L je sebenarnya. hahaha.


Okay. Jangan pakai je baju biru tapi tak faham apa. Sebenarnya sebagai tanda sokongan kepada Hari Autisme Sedunia, para pelajar dan orang ramai digalakkan memakai pakaian berwarna biru sebagai simbolik sokongan kepada golongan autisme seluruh dunia. 

Sambutan ini dilaksanakan dengan pelbagai aktiviti bagi memberi kesedaran kepada setiap individu supaya lebih prihatin terhadap anak-anak 
autisme.

Autisme merupakan gangguan perkembangan seseorang individu yang berkaitan dengan masalah hubungan sosial, masalah komunikasi, perubahan emosi, kurang kebolehan berimaginasi dan bermain malah anak autisme akan menunjukkan tingkah laku terhad dan berulang, lebih-lebih lagi berkaitan minat, aktiviti dan perangai. Sambutan Hari Kesedaran Autisme Sedunia diharap dapat meningkatkan kesedaran terutama kepada orang ramai mengenai Autisme.

Ok, faham kan? Sis memang jabatan di peringkat negeri keluarkan surat galakkan staff pakai biru hari ni. Sape lagi yang pakai baju biru hari ni angkat tangan!


26.4.17


alone at the office

😎😎
(gambar kepam zaman bila ntah)

14.1.16

Workstation

punyala bosan aku menghadap internet sepanjang waktu. kejap pc, kejap handphone. sudahnya muntah. haha.

biasa la awal tahun ni mana ada projek lagi. peruntukan pun baru je dapat, tapi dapat tau la. belum sampai ke office lagi. tapi disebabkan kelapangan waktu, aku pun kemas sikit sikit meja. lepas tu tergerak nak tampal memo untuk check up date dengan doctor. maklumla, untuk bulan ni saje aku ada 5 appoinment dengan doctor.

so, tergerak nak buat satu tempat tempek memo. aku pun diy la macam macam kat workstation aku ni. kebetulan ada pulak kotak tisu tak pakai dengan draft paper colour merah. maka, terhasil la workstation merah tema gong xi fa choi.






ok. sebelum ni workstation aku rupa dia camni.





tapi sekarang dah tukar colour dan ada tempat tempek memo.



kalendar dah kena alih belah kanan sebab nak cover cable printer. i is tak suka nmpk isi perut camtu.
no manners.


okla kan?
kira projek DIY jugakla kan?

haha.


15.9.15

SHRAMZB 2015 : Jamuan Kelab Office

selang sehari selepas jamuan ofis, kitorang handle satu lagi jamuan raya. tapi yang ni jamuan kelab pahang tengah. so, kitorang jadi tuan rumah la ini taun. sebab aku ajk daerah, so memang kena handle sehabis boleh la untuk jamuan kali ni.

ada la bahagi tugas bahagian makanan, bahagian persiapan tempat, bahagian photobooth. aku macam biasa la, bahagian photobooth lagi. sebab aritu masa kat opis aku punya kehendak tu tak sampai, so kali ni punya photobooth tu aku nak seminimalise yang boleh. haa, kemain kau. ngalahkan geng id.

so, hari persiapan tempat tu memang wajib la turun tengok team semua bersiap.

yes, i like!

apalagi, terus mencemar duli la.





dah dah. simpan esok pulak.
so, esoknya pun datang.apapun standby makanan dulu.




lepas siap kemas-kemas, terus meriahkan photobooth sebelum tetamu sampai. wahahaha.

technical team

with egy



tetamu pun sampai dan majlis pun bermula. masa ni aku dah sibuk kat depan. aku bahagian jaga audio. serta bahagian cabut nama bertuah.

lepas je makan, majlis bersurai. sambil sambil tapau untuk bawak balik, kami dihiburkan dengan penyanyi dari opis. kahkahkah.



apapun meriah.
ok. aku rasa dah habis cerita pasal raya tahun ni. yay!

SHRAMZB 2016 : Jamuan Office

sebab hari ni dah 1 Zulhijjah 1436H, maka aku kena jugak update pasal Syawal lepas. kahkahkah. 
tak habis habis lagi woi! ada free time ni.




seronok sebab aku & team berjaya sediakan photobooth. tapi yang tak best tu sebab hari jamuan aku pilih baju yang salah!..cisss. dah sepanjang hari aku nampak gemuk (padahal memang gemuk).

layan gambar ajela. yay!




lepas acara makan, terus acara photshoot. paling suka! haha.
tapi lupa, hari tu aku memang kelihatan sangat mendukacitakan walaupun ceria. 

ceria di dalam gundah.

raksaksa! raksaksa!










nampaknya gambar ni je yang lepas masuk. yang lain banyak yang tak senonoh. kain terangkat la. tudung terselak la.

ok. right after this, jamuan ofis kali kedua! kahkahkah.


9.6.15

love my job

“Your work is going to fill a large part of your life, and the only way to be truly satisfied is to do what you believe is great work. And the only way to do great work is to love what you do.”

-Steve Jobs



tahun ni memang terasa betul sibuk sebab peruntukan banyak dapat lepas tragedi banjir tahun lepas. so, baru ni kitorang dapat job dari Perhilitan. kerja belah Taman Negara Pahang. gambar ni masa aku taklimat sebutharga. kerja ada 8 so berbahagi la sesama sendiri.

so after this, bila kerja mula, kerja makan masa 3 bulan di sana. wiiihoo! enjoy sampai terlentang!











gambar dua kat atas ni ada kes. dah setengah jam perjalanan nak balik, member sorang ni baru prasan henpon tertinggal kat site. tak pasal aku 3 org dengan yang lain kena tunggu tepi tebing sebab boatman kata nak bagi bot laju sebab ringan.

setengah jam perjalanan balik. kira ulangalik gitu, sejam kitorang tunggu tepi tebing. dengan hausnya. arghhhhh!!!

ok. i love my job.

20.5.15

Team Building - Part III

Part I
Part II

sambung sikit lagi cerita Team Building okay!
second day di A'Famosa Resort. pagi ni breakfast di Golf Club.ceyy, terus breakfast like a king!


sempatla amik gambar area situ. pepagi nampak hijauuuu sangat kat situ. rasa fresh je keluar dari hutan.

muka habis kerek dah ni

lepas tu tunggu bas, dan pergi ke aktiviti no 2 pulak. team building!



Subhanallah.
habis aktiviti kedua. (apa?). okay, sebab aktiviti berkumpulan so gambar memang langsung takde. pulak tu dapat coach yang langsung tak bagi pegang phone. jadi memang takde chance nak snap pic.

terus kita ke aktiviti last. musang terbang!

eleh. rendah aje pun. cewah.



sementara tunggu turn, kita main main dulu.








lepas tu coach suruh pakai harnest siap siap. aku kena tunggu turn orang lain siap sebab rupanya aku saiz A. saiz B tak muat. oh, rupanya kurus je aku ni ye? kehkehkeh.








dah kat bawah, aku teringin nak naik lagi. tapi sebab semua orang taknak layan, jadi tahankan ajela hati.
nak naik lagiii!!!

sapa dah siap, hang dok sana plak! pi cepat..kita amik gambaq pulak!
*eh? nape loghat utagha padahal kat melaka?*




yayyyy!! complete siap team building kami!
pasni mandi, check out dan makan pulak. yayyyy!!

eh. gambar makan takde. terus kitorang posing dengan gembira sebelum balik.

ishh. memang perlu ada ke?
haha. ok, gambar sebelum checkout.


suka gambar ni. nampak green.

masa bas keluar dari A'Famosa Resort ni, siap driver tanya ada yang nak bergambar kat gate tak? orang semua macam "aaahhhh".."malasssss"..aku dengan syafiq siap bangun dalam bas jerit "nakkk..nakkkk"..

haha. pas kitorang turun berkejar-kejar nak bergambar kat pintu masuk A'Famosa tu, rupanya satu bas turun. hahah. padan muka!

berebut orang nak bergambar tau. panas toksah citer. lupa nak ambik shades!

aku kalau tengok balik gambar ni konpem tergelak.
hasil berlari berkejar berebut nak bergambar kat sini punya pasal.

satu bas la turun. haha.



bila lagi nak sampai sini kannnn??

ok. jumpa lagi. baiii..

POPULAR POST