Showing posts with label friend. Show all posts
Showing posts with label friend. Show all posts

12.5.17

riyadh #2 : happy first birthday

birthday riyadh 11-03-2017 yang lepas tau. haha. habis semua aku nak throwback ni.
maklum laaa..blog banyak siaran tertunda.


sudah satu taunnnn

kebetulan 11 Mac aritu jatuh hari sabtu. memang dah order kek pun untuk riyadh. macam biasa laa, untuk tekak keluarga yang sebenarnya memang la Secret Recipe. konpem deras je licin.

merujuk apa yang aku tulis kat fb/ig dated 11-03-2017 tu (kes malas nak menaip la niii) :

Tiba-tiba semua ini terjadi πŸ˜‚ 

Kek memang dah order semalam. Dah nak Maghrib tadi tengok ada nasik lebih. Buatla nasik goreng konon untuk lepas tekak. Lepas tu buat la spagethi goreng jugak sebab kebetulan ada gak sket. 

Elok ejang sampai rumah, dia cakap dia ajak Alang & family dan Acik pun ada datang sorang. Cepat cepat bancuh air kelapa laut, buat nescafe panas, buat sandwich! Hahahaha. 

Maka terjadilah sedikit makan bagai tsunami kat rumah. Ajak teacher sebelah rumah bagi meriahkan majlis. Alhamdulillah, tak memasal ramai yang sambut birthday Riyadh hari ni. Seronok sangat la anak anak kami malam ni. 

eheh.










ha kau kan. gambar semua stok tangan ibu parkinson. habis bergegar tak setting flash, lighting semua. nampak nau tak prepare apa.

apapun untuk riyadh baca satu hari nanti (kalau blog tak hilang la kan). pun masih copypaste dari fb/ig :

Kemain senyum bila ibu nyanyi lagu birthday kat dia. Merdu sangat agaknyaa..🎡🎢🎼 

Happy 1st birthday dear Norhaiyan Riyadh. How time flies. 
Last year time ni ibu tengah siap siap pakai bedak wangi wangi nak masuk OT. Masa ni ibu berdebar memikir nak kena caeser, pikir macam mana nak pantang caeser. Now you're 1 year old already. 

Alhamdulillah, rupanya senang sangat jaga dia selama ni. Tak banyak meragam, cool, happy dan suka senyum. Semoga membesar dengan sihat, jadi anak soleh, jadi muslimin yang penuh iman di dada dan berjaya di dunia dan akhirat. 

Ibu, abah, abang idi, kakak, kak hasya and everybody's around u were always love you! 

1.6.16

kegilaan #20 : Instant shawl by Nor Ain

entry kepam & sila bersedia untuk muntah sebab banyak gambar selfie.

aku memang penakut nak cuba instant shawl memandangkan kalau pakai, muka jadi leper. nak nak kalau kain jenis lycra, bila pakai kat dahi of course melekat takde bentuk. ibarat macam pakai syria. leper bak bulan purnama.

masa bff aku, ain promote instant shawl yang dia jahit kat group whatsapp pun aku tak beria sangat nak membeli. tapi sebab dia tawarkan harga yang berbaloi untuk aku cuba, maka aku pun order selai. colour aku suruh ejang pilih.

dah dapat tu memang kelakar jugakla sebab dari petang membawak ke malam aku pusing pusing tengok lubang muka ada tapi taktau sungguh kedudukan dia camne. dah malam baru jumpa, terus send gambar kat group. peh. lawa pulak walaupun pakai tak semenggah mana.

maka, start dari dapat shawl tu memang tiap masa kot aku sarung sebab senang gila. sarung je dah siap. takyah pikir nak lilit lilit dah. pin kan je kalau nak kemas. material kain pun best, sejenis bubble crepe. tak lembik dan tak keras. yang pasti kalau malas iron hari esok, lusa, tulat and soon pun takpe.

instant shawl


tak lama tu, ain share lagi instant shawl yang dia buat. kali ni ada instant dengan dua muka. aku pun amik kedua-dua jenis tu.

 
mustard instant shawl


dua muka.


haa, meriah kau muka aku hari ni.
memang puas hati la dan memang kalau instant, aku carik ain je. untuk raya pun aku tempah dengan ain dah pun, skali yang haifa dan hasya.

kalau ada yang berminat nak order, boleh la pergi ke :

Facebook Nor Ain : Cahaya Mata
Instagram : @aainkhalid

atau whatsapp/call terus kepada : +6019-931 2607



nak request colour pomboleyyy.

13.5.16

kegilaan #19 : by fieza fadilla

(entry kepam taun 2015).

aku memang dah banyak tudung hitam. dari jenis shawl lembik, ke jenis pashmina, ke jenis pashmina kain lembik, bawal, syria..aku rasa warna wajib kot kena ada warna hitam.

lepas tu masa sorang sahabat aku sibuk sibuk nak menjahit semula shawl  untuk mempergiatkan lagi bisnes menjahit shawl beliau, aku sempat menyibuk. dan aku request lagi warna hitam!

cuma kali ni aku request nak wide shawl chiffon. so, sahabat aku ni pun tunaikanlah permintaan aku nak shawl wide, kain lembut sebab nak feel flowy flowy berkipas beraircond bagai. dan ...PLING!! sampailah shawl yang aku hajati tu di atas meja opis aku selepas beberapa proses pembelajaran berlaku.

betapa bertuahnya hati ini bila ada shawl seperti yang di-request. sampaikan tahap tiap masa aku apply shawl ni untuk pergi kerja - pergi jalan - balik kampung - berfoya foya. sebab apa?
sebab walaupun colour hitam, tapi tetap selesa aku pakai ke sana ke mari siap dengan jahitan kemas yang confirm la buat aku tak was was bila pakai.

dan sepanjang masa aku preggy ni, aku memang sarung shawl ni aje sebab lebar mencukupi syarak. maklumla, badan pun kian melebar.

mempersembahkan, wide shawl dari sahabat gua, fieza fadilla. 

siap ada label fieza fadilla ok.
*hidung kembang*






tengok, sampai kemuncak pregnancy aku masih utuh pakai shawl ni. sebab langsung tak panas dan tak rimas. tak mengganggu perasaan mommy preggy pun tau.

sebagai sahabat, aku bertanggungjawab untuk support beliau untuk terus menerus menyediakan shawl yang terbaik untuk customer. so, apalagi gaisss..boleh terus contact fieza di :

Instagram (official untuk jualan tudung) : @fieza_fadilla  untuk galeri tudung.
Instagram : @fiezainstag
Facebook : fieza fadilla

atau whatsapp terus kepada fieza : +6012 926 6203


dah cuba confirm nak repeat!

3.2.16

It's A Boy!

heksaited betul bila kawan aku sorang ni dah bersalin. memang kitorang selalu borak dari blog, membawak ke fb, membawak ke whatsapp nak update pasal diri masing-masing. beza dia pun dalam sebulan lebih gitu dengan aku.

so, malam kelmarin jam 12.04am, bertarikh 2 Februari 2016, lahirlah seorang bayi lelaki dari rahim seorang wanita bergelar sahabat yang lama gila putus hubungan dan bertaut kembali (ayat lesbo), fieza fadilla.

well, aku bersalin nanti ko dah nak habis pantang agaknya kan?

aku cilok dari fb hang la ni fieza 


yang buat aku rasa i dont believe it tu sebab siang hari dia bersalin tu, dia sempat up gambar comforter baru siap jahit kat fb, dan aku sempat mengomen.



ahahaha. 
apapun beb, aku doakan ko dapat berpantang dengan aman damai tanpa airmata lagi okay. semoga ko dan baby dan fatihah enjoyyy!

19.11.15

Jihan + Rizal's Wedding

10 November 2015 hari tu kawan aku kawen. Classmate aku dari form 1 sampai form 3. dan alhamdulillah sampai sekarang masih lagi kekal berkawan sebab group class kitorang sangat hyperaktif. haha.

Dipendekkan cerita, wedding dia dibuat di Guest House di Taman Gelora. kawan kawan lama pun ramai la yang attend. seronok la wey kalau dapat jumpa member lama yang gila lama tak jumpa. hah, kemain kau ayat penegasan berulangkali. nampak sangat excited.

tu yang pakai tudung pink tu lane. dari taun 1997 tak jumpa dia.




siap makan kami beramai masuk dalam pulak. kita kasi serang sama pelamin pengantin.

macam biasa. peminat tegar pelamin pengantin.

pastu slow slow ajak bebudak naik pelamin


okayy..dah panas nampaknya..
slow slow mak budak tarik pengantin naik pelamin




pastu slow slow aje tolak anak anak turun bawah, geng 3 Aktif masuk line

pastu slow slow turun pelamin

pastu pengantin orang lain tarik, kitorang pun bergambar sama sama kawan lama pulak

bff

dulu kitorang sama besar dan sama tinggi. 
sekarang aku besar, dan jadi rendah. haihh..kenapa?



okay. gambar dah habis. kitorang pun balik..
bai semuorang.


#selamat pengantin baru gg. semoga kekal hingga ke jannah dan dikurniakan anak anak yang comey dan soleh. Amin.

15.9.15

SHRAMZB 2016 : Jamuan Office

sebab hari ni dah 1 Zulhijjah 1436H, maka aku kena jugak update pasal Syawal lepas. kahkahkah. 
tak habis habis lagi woi! ada free time ni.




seronok sebab aku & team berjaya sediakan photobooth. tapi yang tak best tu sebab hari jamuan aku pilih baju yang salah!..cisss. dah sepanjang hari aku nampak gemuk (padahal memang gemuk).

layan gambar ajela. yay!




lepas acara makan, terus acara photshoot. paling suka! haha.
tapi lupa, hari tu aku memang kelihatan sangat mendukacitakan walaupun ceria. 

ceria di dalam gundah.

raksaksa! raksaksa!










nampaknya gambar ni je yang lepas masuk. yang lain banyak yang tak senonoh. kain terangkat la. tudung terselak la.

ok. right after this, jamuan ofis kali kedua! kahkahkah.


POPULAR POST