Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

23.9.19

SHRMZB 2019 - 6 SYAWAL

RAYA KE6  la paling sedih sekali sebab dah kena balik.
Tak best betul la. Kenapa sekolah dengan kerja tak dapat cuti sebulan?

Raya kan sebulan?
huks.




Bye mak. Jumpa lagi.

Tapi dalam pada nak balik tu sempat jugak la aku pergi beraya ke rumah pakcik aku (adik mak) di Jengka 25. Itu hari dia datang rumah mak, so apakata sebelum balik kita raya rumah dia pulak kan.



thanks pakcik makcik. jumpa lagi.

Lepas tu sebab perut lapar gila, kami singgah pulak kedai makan. tak silap aku masa tu dah 11 malam lebih kot hahahahahah. makannnn.




alhamdulillah. pukul 1 pagi sampai rumah hehehehe.

20.9.19

SHRMZB 2019 - 5 SYAWAL

Raya ke 5 kita beraya di Dofi 
hahahahhaha




favorite all time


Dofi ni kedai donut favorite kami satu family. Entahla...dah try yang lain tapi tak sesedap Dofi. 
tak pernah tau? ok, feel free klik bawah ni ekk



19.9.19

SHRMZB 2019 - 4 SYAWAL

Raya ke empat kitorang gi raya rumah kak ina.
menu favorite of course nasi daging.







Thanks tuan rumah hahaha. 
Lepas makan kitorang gi beraya rumah kawan-kawan ejang lagi. hehehehe



kenyang sampai terlena dalam perjalanan
Lepas tu ejang stop je kereta, aku nampak kawan-kawan ejang which is kawan-kawan aku ada kat situ. Nampak pulak Nita terus aku keluar takleh tunggu dah. Kawan lama since my childhood okayyy.





terus bergambar la weyyy. Lawanya ko nita. jauh gila beza jumpa 2 taun lepas. time tu ko chubby lagi. sekarang dah slim, tinggi dan gorgeous!

aku? hahahah camni la dari dulu kini dan selamanya.

then, dah sesi bergambar dengan nita sebab nita nak pergi tempat lain, geng aku masih meneruskan misi beraya. ok, next rumah. rumah joe rambo. hehe




suami kami yang bff. kami tempias je. hahah.



so dah kenyang. jumpa raya tahun depan pulak ek.
eceh konon. tetiba esok jumpa lagi. haha.

17.9.19

SHRMZB 2019 - 2 SYAWAL


*Quick update sangatttt kan?*


Biasa raya kedua aktiviti aku ikut giliran. Kalau tak ikut mak aku balik ke Kg Awah, aku akan ikut family ejang balik Kg Cherok Paloh atau ke mana2 la dengan family mertua. Tapi kali ni aku ikut mertua lagi, walaupun taun lepas pun tak balik Awah.

Sebab taun ni ada orang nak merisik adik ipar aku yiiihaaa!
Mak mertua aku awal awal dah pesan kat aku datang rumah awal. Nak suruh masak mi sup. kehkehkeh.



jap mak. menantu nak posing dengan instafamous dulu hiks
Majlis merisik je, tak jemput sape pun kecuali kalau ada yang datang beraya. Kebetulan mak sedara ejang datang, so ramai la sikit. Tapi masa rombongan datang aku terkedu la kejap. Kenapa tak macam orang beraya? Rupanya orang Sabahan, family campur. Sang kumbang je yang Islam. 

Orang dah datang, kami sambut je.

Jurucakap masa tu Ejang la.





Perbincangan terlampau panjang. Tak reti nak rumus. Apa yang aku tau kitorang enjoy makan je. hehe.


Hasya dan Cik Ani. sebijik betul diorang kan.


Bersambung.

SHRMZB 2019 - 1 SYAWAL

JANJI TINGGAL JANJI SANGAT KAN!

aku tepek terus gambar raya 2019, matilanakkk. dah habis raya haji baru nak update. kahkah.
1 Syawal, di mana tema baju aku berasaskan warna huru hara.
















Lepas bergambar kt rumah macam biasa, pergi rumah mertua. Lepas tu aktiviti tunggu sedara mara datang, dan anak anak tidur beristirehat kat rumah mertua tadi. Dah petang petang pergi rumah makteh dengan makcu aku pulak. Pastu saje Ejang bawak kitorang beraya ke mall.

kitorang pergi ke MAC hahaha












dah penat, singgah beraya kat rumah afzan bff. dia hidang nasi hujan panas dengan daging kurma. pehhhh, memang sedap la. kalau sape taktau afzan dengan husband dia la tokey Hotkambing. yang glamour kt rnr bangi dgn rawang tu.

memang paduuuu.





bersambung.

POPULAR POST