Showing posts with label cikputeh. Show all posts
Showing posts with label cikputeh. Show all posts

2.8.18

La Tahzan

Baru je aku tulis pasal banyak kejadian kurang baik berlaku kat aku sejurus selepas birthday aku bulan lepas.

Elok je penghujung Julai baru ni aku ditimpa satu lagi musibah. Allahu Akhbar. Allah lagi tahu apa sebab dan hikmahnya berlaku sesuatu ke atas hambanya.




copy&paste dari fb Puan DdJfr


Musibah lagi. Kisah petang semalam.

Aku masuk satu taman ni. Taman Teratai nama dia. Aku bawak slow sebab jalan taman kan. Kot bebudak main basikal ke apa. Pastu lalu satu jalan straight ni.

Aku tak ingat motor apa, plat apa. Yang aku ingat, budak baya baya umur sekolah menengah, bawak motor keluar simpang bapak lajunya. Tak pandang dah kereta aku ni, sambil borak, pastu langgar aku punya side mirror, pastu bunyi berdentum. Aku nampak motor dia terseret ke jalan dengan kawan dia sekali.

Aku stop kat tepi jalan, angkat Riyadh yang dah terjatuh, pastu aku keluar kereta. Aku nampak budak 2 orang tu dah terbaring tapi cepat cepat bangun seret motor.

Aku tengok pintu kereta aku, ok takde apa. Ada brader ni tengah jogging siap bagitau, dari tadi dah tengok budak ni bawak motor nak bahan sorang makcik ni tadi. Pastu brader tu tego budak tu tanya "eh ko ni budak mana?".

Takut takut je budak tu jawab "rumah 410".

Aku nampak budak tu heret motor, kawan dia pulak tengah pegang siku. Aku cuma tanya diorang okay ke tak. Pastu dia angguk. Aku masuk dalam kereta tengok anak-anak aku pulak. Riyadh nangis lagi. Yang lain semua masih terkejut sebab aku brek mengejut.

Sampai rumah kawan aku ni, aku COD barang. Tapi bila anak aku bukak pintu baru aku nampak kesan langgar. Allahhhh..teruk gila koyak! Macam hati aku jugak.

Aku betul betul tak nampak wey. Kalau nampak dah tentu aku panggil budak tu ajak settled. Tapi dah terlepas. Takleh nak pikir apa dah.

Time ni aku belum lagi stabil. Bukan lemah semangat, tapi sayu. Sayu tengok pintu kereta. Sesayu memikir kena ganti sepintu ðŸ’¸ðŸ’¸

#_cikputeh #latahzan



OKU dah ko cik puteh!

9.11.16

Patah Kaki

rindu awakkk

sekian lama terpisah dengan cik puteh, semalam baru ambik dari worksyop. Lama jugak cik puteh warded dalam tu. dari minggu rabu lepas. dia kena warded sebab kalau aku bawak dia keluar dari porch, habis lantai penuh kesan bleeding. kihkihkohhh. maksud aku kat sini minyak enjin habis kotorkan lantai laaa..

so rabu lepas dia masuk, dengar cerita sampai bukak enjin jugakla nak tengok apa problem. kalau dah sampai bukak enjin, memang rm300++ la nampaknya. aku pun senyap je. tunggu je ape cerr..

dan hari hari pun berlalu (daun berguguran kalau dalam drama korea)..

*
*
*
*


ahad. ejang baru bukak cerita kereta aku kena cecah rm800. mak aihhh.
letih jugak kami memikir mana nak cekau duit, hujung bulan jugak ni. standard kitorang tengah bulan pun dah nipis wallet. jalan terakhir, kita pinjam ajelah dulu ye.

selasa. rindu betul kat cik puteh, tak sabar nak ambik. maklumla..patah kaki takde cik puteh ni. petang tu pergi worksyop dan tengok bil.

wow!

nak taknak koyak jugakla kan. takpela..nak buat macam mana. kalau tak memang patah kaki.
nak delivery barang pun kena mintak tolong ejang.



24.4.14

makeup untuk cikputeh

cik puteh banyak berjasa pada aku.aku nak sangat bagi sesuatu yang istimewa.atau belai dia dengan sesuatu yang istimewa.

contoh mandikan dia tiap minggu ke.atau gilap dia.atau sedut dalaman dia dengan penuh kasih sayang.setiap minggu.atau..belikan dia aksesori baru?

tapi susahnya lahaiii.mesti dia diabaikan.nak nak hujung minggu.pelik aku macam mana orang lain boleh jaga setiap masa hah?

paling aku pernah ubah dia pun masa mula mula dapat dia.biasalah.teruja.



classic

urban (konon)

dari cassette player kepada yang dah boleh masuk USB.untunglah.save lagu banyak banyak lepas tu tadah ajela telinga siapa yang naik cikputeh.

ada saving lagi sikit, aku tukarkan pulak kasut baru.cari yang lebih kacak.

to be or not to be is not a question
- kata aku dalam instagram

kasi kasut besar sikit.barulah ganaih baq hang.


lagi,aku kasi hias sama dalaman dia.tak mewah mana.sekadar letak monyet sekor bersama perfume untuk wangian dalaman.

paul frank si penjaga glade


itu je yang aku mampu buat so far.
tunggu wallet penuh,aku nak mekap lagi cikputeh ni tau.tunggu.

13.9.13

cik puteh

siapa yang follow blog aku dari awal,memang tau la aku ni kalau bab bawak kereta memang loser gila.
aku ada lesen kereta since tahun 2006 tapi aku tak berani lagi nak sentuh stereng kereta.
dulu aku pernah bawak kereta kakak aku,kereta housemate,kereta officemate.tapi bila aku kawen,bawak kereta ejang,aku tobat taknak bawak.sebab?dia ajar aku memang brutal.tahap ngajar orang yang dah amatur bawak kereta.aku dahla lembab gila kot bila pasal kereta sebab aku rasa susah nak tengok banyak sangat cermin.lepas tu susah gila nak agak kereta ni kalau stop cecah bonet kereta orang tak?
imaginasi teruk gila lahaiii.
tapi itu dulu.ewah.
selasa baru ni,bermula la episod baru.
setelah berbulan bulan,berbintang-bintang lamanya encek ejang recce kereta,akhirnya selasa 100913 berjaya jugak aku dapat kereta.hoh!
tak besar mana.tak mewah mana.sekadar yang ada je.
kancil auto.
aku gelarkan dia sebagai
cikputeh. (kalau dalam instagram korang boleh search tag #_cikputeh)
memang standard lagi.comel sangat.haha.
1999.memang classic.
pakai tape lagi.
ramai komen,kata rm8000 tapi bodykit takde,rim pun standard.
tapi bagi aku,itu la yang terbaik suami aku carikkan.aku memang bersyukur sangat dah dapat yang ni.
kalau rifdi dengan haifa,memang suka sangat kereta ni.diorang kata "kereta ibu cantik sangat.abang suka".
sampai dah takbleh nak naik kereta wira bapak dia dah sekarang ni.hoii minatnya dia dengan cik putih ni.
kelmarin baru bawak pergi buat allignment.
bila duduk kedai tayar lama-lama gitu,terpikir pulak nak tukar rim sport dengan tayar.
hahah.patutlah orang kalau ada kereta sibuk nak tukar macam macam ye.
terkena kat aku rupanya haaaa...ibarat monyet dapat bunga.tapi sebab ni peribahasa aku,aku tukarkan jadi
seperti dd dapat kereta.
kahkahkahkah.
p/s : aku baru semalam test drive kereta ni.tu pun main area perumahan aku masa balik rehat.juri sebelah jangan cerita la.bab menggelakkan aku tukar signal bagi je dia.mana la aku reti weyy.nak fokus lagi,nak tukar signal lagi.dahla aku confuse nak pakai kaki mana nak tekan minyak,nak tekan brek.beginner macam aku kena la banyakkan bersabar.ye.bertabahlah dd.
tapi result juri cakap,aku dah boleh masuk jalan besar lepas ni.yay!

POPULAR POST