Visitor

9.11.16

Patah Kaki

rindu awakkk

sekian lama terpisah dengan cik puteh, semalam baru ambik dari worksyop. Lama jugak cik puteh warded dalam tu. dari minggu rabu lepas. dia kena warded sebab kalau aku bawak dia keluar dari porch, habis lantai penuh kesan bleeding. kihkihkohhh. maksud aku kat sini minyak enjin habis kotorkan lantai laaa..

so rabu lepas dia masuk, dengar cerita sampai bukak enjin jugakla nak tengok apa problem. kalau dah sampai bukak enjin, memang rm300++ la nampaknya. aku pun senyap je. tunggu je ape cerr..

dan hari hari pun berlalu (daun berguguran kalau dalam drama korea)..

*
*
*
*


ahad. ejang baru bukak cerita kereta aku kena cecah rm800. mak aihhh.
letih jugak kami memikir mana nak cekau duit, hujung bulan jugak ni. standard kitorang tengah bulan pun dah nipis wallet. jalan terakhir, kita pinjam ajelah dulu ye.

selasa. rindu betul kat cik puteh, tak sabar nak ambik. maklumla..patah kaki takde cik puteh ni. petang tu pergi worksyop dan tengok bil.

wow!

nak taknak koyak jugakla kan. takpela..nak buat macam mana. kalau tak memang patah kaki.
nak delivery barang pun kena mintak tolong ejang.



No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...