Visitor

13.7.15

last weekend sebelum raya menjelang

lagi seminggu nak raya!

so far, baju raya anak semua dah beli.
baju raya pertama aku dah beli.
baju kasual abah dia dah beli.
kasut / selipar raya anak dah beli.
handbag raya pun dah ada (mak bagi birthday present!)

taun ni bab baju / barang raya memang aku tak banyak membeli untuk diri sendiri. second day pun rasanya recycle baju lama lama ajelah. bukan nak masuk tv pun. kehkehkeh.

rumah pun dah kemas sikit sikit. boleh la, nak kemas sangat nanti bebudak ni sama jugak menyepahnya.

cik puteh aku pun dah masuk worksyop baru ni sebab tank bocor. hmm..apa lagi?

oo. kuih raya, this year punya kuih raya aku rasa boleh tahan banyaknya. takpelah, menda makan ni tak membazir sebab bulan ni katanya 56 hari gomen tak bergaji. so, dah get well prepared la ni. breakfast - lunch - dinner makan kuih raya je. amacam? cerdik tak aku?

sebut pasal kuih raya ni, semalam masa aku syok rehat diri (tidur) tengahari, ejang tanya - "mana resepi kuih cornflakes tu? nanti awak carik ye". aku pun..wokeyyyy. sambung tidur. lepas tu tengok dah pukul 2 ptg, aku bangun, mandi, solat dan carik resepi tu. 

dah jumpa tu, aku nampak ejang tengah busy vacuum depan tv, so aku pun dengan berbasi basa tunjuk resepi kat ejang, "nah..resepi". pastu aku ternampak barang barang kat dapur, dan aku jenguk. wah! dah bakar kuih cornflakes dalam oven! haha. lepas tu ejang siap tunjuk pulak, dia dah uli roti canai untuk moreh malam ni. wahaha. bestnya abang niii..

okay. terus rasa nak sambung tidur. mana tau untung juadah berbuka dah penuh atas meja ke. haha.

Lerd, kesayangan rifdi buat masa ni.
takde kena mengena pun dengan sambutan raya.

No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...