Visitor

2.7.15

Dugaan Ramadhan (2)

entah kenapa Ramadhan kali ni aku dengan ejang lain macam betul mental dan fizikal.

since ejang demam sampai masuk ward, aku plak jadi makan tak menentu. sahur muntah - iftar muntah. kalau makan pun bukanla macam tahun tahun sudah. menu berlambak atas meja. sekarang dapat murtabak feri yang tebal 2 inci tu pun, makan 4 potong je lepas tu kesian masuk dalam dustbin. bukan nak membazir, tapi serius tak mampu nak makan. alah, murtabak free. opis kasi. hek.

semalam tibalah time aku plak yang MC. sebab dah terkabo ke akak opis yang aku ni MC, so petang tu gigihla aku ni pegi klinik kesihatan bandar jerantet (KKBJ). kes aku ni lain. dari bangun sahur tu aku rasa sakit dalam tempat peranakan. siap solat subuh tu, aku rasa nak bergulung je 24jam. sakitnya tahap nak nangis tapi letih aku kontrol macho depan ejang.

sampai tahap malam tadi, masa aku solat Isyak..aku bleh gelap mata, pastu aku rasa macam aku duduk dan sandar kat dinding.. aku sedar sedar, anak anak aku tengah berebut letak bantal nak tido sebelah ibu. ceh. aku pengsan siap landing atas sejadah rupanya. ejang plak buat derk je tengok tv masa anak aku dok jerit jerit abah! ibu panggil. entah siap ke tak isyak aku malam tadi pun aku tak ingat.

dasat beno sakit dalam ni. harapnya hari ni bleh bertahanla. sakit jugak lagi ni, tapi takla kronik macam semalam.

ohye. semalam masa kat KKBJ tu doktor ada check. diagnosis dia antara cyst aku twisted (akan terasa sakit tahap 7/10) atau pun jangkitan kuman kat telur. so, petang petang hari kena jugak aku buat HVS Test. pap smear pas raya kot sebab doktor kata nanti aku trauma.

yang paling penting, aku timbang berat semalam berat aku dah 68kg dari 75kg.
itu la point aku nak cerita kat sini sebenarnya. haha.

ehem.






No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...