Visitor

14.7.15

Lumut - Day 2

Day 1

aku langsung tak bukak cerita pasal Swiss Garden Damai Laut, Lumut kan?
ala, boleh google je. tempat dia agak jauh dari bandar, but worth. luas. ko nak duduk apartmen ke, hotel ke..boleh pilih. aku sebab plan nak guna apartmen sebab nak sumbat anak beranak. kalau hotel kang just family aku je yang muat. kesian mak aku nanti pening kepala dengar aku menjerit je keje. bukan pening dengar cucu menjerit.

dan paling penting kenapa aku pilih swiss garden, adalah sebab aku swiss member. free for 7 night / year.

ok. untuk hari kedua ni kitorang pilih untuk pergi ke Pulau Pangkor. yay.

kitorang pergi sendiri ke Jeti Lumut. kalau naik sendiri camni tambang dewasa RM10 dan kanak kanak RM6. kalau melalui feri yang disediakan pihak Swiss dalam area RM600++. mungkin tu termasuk pakej transport dalam pulau tu siap makan tengahari kot. tehehehe..

yang kat depan tu apecerr..


diorang ni kalau dengan abah kemain lagi pose manja manja gini

rifdi & atok abah

untuk transport meronda dalam pulau ada servis van dan motosikal. van pink tu memang rate RM100. so, masa tu aku pergi 2 family memang semua sumbat dalam van je. apa ada hal. tapi ronda ajelah. takde pun pegi pantai, main air pantai, naik banana boat, pakai bikini baring atas pasir..eh. memang takde lah. ada la frust sket kat situ.tapi takpe. next time aku nak repeat balik, tapi main air kat pantai je. mesti pegi!

yang baru nak berhoneymoon, aku suggest sewa motor ajela. cuma agak bahaya la sebab jalan kat situ berbukit bukit. sempit pulak tu. bila kita ride sendiri ni pepaham ajela. kita bukan tau situasi jalan camne. sebab ada kes, aku nampak bangkai motor kat tepi jalan. semua sebab pelancong accident.


1. Dutch Fort (Kota Belanda)

sini memang jadi port pentingla untuk tourist. sebabkan aku dah pergi hampir sebulan lepas, habis segala ilmu dalam kepala yang aku baca pasal tempat ni hilang. hehe. (faktor usia). tapi kalau sekali imbas pun korang mesti tau ni merupakan tempat tinggalan sejarah. 


pemandangan belakang ni yang cantik sebenarnya. background pantai.

 2. Tokong Fu Li Kong

aku bukanla pergi masuk tokong tapi sebab situ merupakan port nak dapatkan souvenier dengan harga paling murah. kat sini ada beli frigde magnet, keychain dan segala macam souvenier sampai tahap nak muntah aku marah anak anak aku amik macam macam jenis mainan macam pedang samurai, pistol, spek mata, sabun belon, topi..okay. taknak ingat. nanti boleh muntah balik. aku tak amik gambar area sini sebab gambar tokong. taknaklah.

ikan dalam kolam tokong. ni pun ehsan google.

3. Kilang ikan

Jenis kategori tak teruja dengan produk kering gini. haha. tapi aku beli la jugak sotong kering yang 1 set dalam paket tu. tu pun ejang yang nak. yang lain aku beli biskut biskut kat anak aku.

ye. aku memang tak makan makanan camni. selain dari resdung, memang bukan masuk kat tekak aku.



pastu aku dah takde port pergi dah melainkan pergi makan. sepanjang masa aku travel ni, aku cuma makan lauk kering macam ikan keli berlada, kerisi berlada dengan ulam pegaga sahaja. mak aku pun pelik sampai mak aku tanya, kenapa? yela, seingat dia aku ni kuat melahap. nak nak gulai lemak.

aku cuma jawab - takut sakit perut. hilang nikmat nak bercuti. hehe.

lepas makan, kitorang pun balik.















dah petang. so jom balik hotel. kroihhh..kroihhh..
malam tu aku keluar dengan ejang, nak withdraw duit dan beli makanan. sebab budak tidur, aku keluar berdua ajela. 

tu yang sempat dating jap tu. hehe.




2 comments:

  1. ooo... xyah tido pangkor pun ok eh? aku bajet, g pulau kan biasa kena tido jgk kat pulau tu. sambung lagi plis

    ReplyDelete
  2. boleh. ko tido kat lumut.

    sebab pangkor kecik je, satu haro round pun dh settle. tapi nak best bermalam ajela kt pangkor. baru puas dok kat pantai.

    ReplyDelete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...