29.7.10

cerita ibu mengandung : perut gatal :)

setelah menahan tangan dan mata dari memandang blog sendiri akibat dari tekanan kerja yang kuat menghempap bahu, akhirnya...

..ye. saya boleh berbelog hari ni.begitu teruja sampai kena pikir semula, apa menda antara list yang aku nak story. rasanya begitu banyak idea sampai ke laut.

tapi sebab pagi ni tekan tekan cream Palmer's tapi tak kuar, yang kuar cuma angin angin macam kentut rifdi je so terasa macam nak citer pasal cream ni plak.sebab aku rasa mesti ramai taktau..apemenda cream Palmer's ni ye? dan aku jua terasa macam..ehh. ada ke orang nak tau?..heheh. aku jangka camtu la. tp tak kisah laa..aku kan The Story Teller..biarkan jela aku nak citer apepun!..hahah. *nada gelak macam orang bongokss*

okeh. citernya begini. cream Plamer's yang dipakai oleh aku adalah dibeli pada satu masa dahulu. masa tu aku yang agak2 blur sebab baru pregnant kali pertama. mana la aku tau time pregnancy ni perutnya gatal gatal. pastuh bila gi jumpa doktor mesti doktor tegur..

"awak tak letak krim kat kulit perut ni ke?..byk sgt strecth mark nih.."

aku yang memang slow bab bab ni pun tertanya tanya..apakah banyak benar stretch mark sampaikan doktor menegur sedemikian rupa? kenapa encek ejang tak cakap pape pn?? *ehehh**

dan sebab doktor tu mukanya sangat kiut dan dia jugek pregnant, dia pn cadangkan kat aku, gi farmasi, carik cream Palmer's untuk stretch mark. cream ni memang special untuk preggie mum. selain untuk kurangkan strecth mark ni (okeh.tolong kira berapa kali aku sebut stretch mark*opsss..sebut lagi), dia juga boleh kurangkan rasa gatal kat perut tu akibat strecth...arghhh! bape kali nak ulang nihhhh..ok,akibat strecth mark. 

(--")..grrrr..

Krim Palmer's : Cocoa Butter Formula

tapi aku pakai botol camni

Massage Lotion for Stretch Marks helps improve the appearance of stretch marks with a special combination of COCOA BUTTER, VITAMIN E, COLLAGEN, ELASTIN, and SHEA BUTTER. It lubricates the skin to help it retain its natural moisture. This non-greasy all over the body lotion relieves the dryness associated with stretched skin due to pregnancy and smoothes stretch marks due to weight loss.


sumber : Palmer's

selain tu jugek, aku ada beli Palmer's oil jugek.yang ni memang sesuai untuk itchy skin.


sumber bersama : encek google

bau cream ni sangat wangi dan sweet..aummm :)

jadi para ibu yang taktau camne nak buat kalau perut tengah gatal tu, sila la carik cream ni kat farmasi berdekatan. pastu pesanan penaja jugak, jangan gatal tangan nak garu kalau perut tu gatal. nanti perut anda akan kekal berparut hodoh. sila percaya. ni realiti.
parut ni jadi hitam. memang kesian la kalau korang dapat hasil camtu pas pantang nanti.

pstt...perut aku still cantik lagi tau!!  cuma tak bleh tunjuk je. nanti berdosa.

untuk orang bujang, anda jugek bleh pakai cream ni tapi carik la yang bersesuaian. bagi aku,krim ni sangat berkesan. tengok content pun takdek plak yang mencurigakan. maka, gunakan tanpa was was okehhh?

ehh..untuk baby pun ada tau. sila la klik kat sini kalau nak tau banyak lagi.

sekian saja buletin untuk hari ni. next time ada info baikkk punya akan aku kongsikan bersama. bukan ke sharing is caring??..wahhh!

okeh.berbalik pada kisah sebenar, nampaknya jap lagi kena gi beli semula la krim ni.dah ringan tuh.hahah..

notakukukaki : aku cuma kongsi cerita dan pengalaman ek. Palmer's bukan bagi upah duit atau bagi free barang pun.heh. 



dush!

No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST