Visitor

22.7.16

SHRMZB 2016 #4

Raya Kedua


aku memang tak sahla kan kalau tak update cerita raya bersambung-sambung. alah, bila lagi nak update. ni pun tengah ada free time nak up gambar. kalau tak kepam ajela gambar dalam henpon sampai raya tahun depan. kihkoh. at least up kat blog, selain simpan gambar. dapat ingat balik moment ni bila aku kelebek blog ni taun 2056 nanti kan? ewah. rancangan masa akan datang tu.

raya kedua. rutin memang balik kampung mak, beraya belah adik beradik mak. tahun lepas aku tak join sebab beraya belah family MIL. ala, adatla kan. kita dah ada 2 family gitcheww. kena la sama sama rasa, sama sama raya, wah tagline.

gerak pagi yang hampir tengahari, kami terus konvoi 4 bijik kereta ke Jengka. rumah makteh (kakak mak), lepas tu pergi rumah pakcik (adik mak).

dah nak gerak. anak aku memang pelik pelik aje aksesori yang dia bawak jalan



Bandar Jengka. rumah makteh aku. jauh beza aku dengan kakak aku. huwaa.

siap lunch, kitorang gerak pulak rumah pakcik aku kat Jengka 25.









basah lencun aku hari tu sebab menyibuk kat dapur kahkahkah.
gemuk betul aku. ciss.

family adik aku




siap beraya sini, kitaorang terus shoot ke Kg. Awah, rumah makde (kakak mak). Gambar memang takde dah sebab time ni masing-masing dah berlemuih, campro takde bateri, budak budak pun takde bateri. kat rumah makde anak-anak aku recharge, mandi pakai bedak lawa-lawa, pastu siap balik kuantan semula. kakak aku nak balik cepat sebab nak memasak, esok (raya ke3) buat open house.

lepas pada raya ke2 ni, aku memang tak update dah pasal raya sebab tak ke mana dan malas nak angkut bebudak ni ke rumah orang. kahkahkah, best gila alasan.

ok. habis cerita bab raya bersama keluarga. jumpa lagi raya taun depan. baiiiii.

2 comments:

  1. kakak ko mcm anak dara. dengki gilaaaa aku tengok. eh.. adik ko Nasrul tu dah 2 org dah anak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ko dengki, aku adik dia laaaaaaagi la dengki. sampai nangis nangis dengki dia.
      aah, dua org dah. yg kecik tu dh 11 bulan skrg.

      Delete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...