Visitor

28.6.16

Hukum Kad Diskaun

untuk pengetahuan dan kefahaman. kalau masih rasa ragu-ragu, boleh carik ustaz terdekat untuk perjelaskan semula.
.
.
.
.

Perkongsian dari Channel Usrah Solat
Hukum Kad Diskaun
Ramai bertanya saya tentang hukum kad diskaun iaitu membeli dari pasaraya/premis tertentu menggunakan kad keahlian dan akan mendapat diskaun dari kad tersebut.
Hukumnya boleh diperincikan seperti berikut:
1. Jika kad tersebut mempunyai yuran berkala seperti setahun sekali perlu dibayar atau 6 bulan sekali maka hukumnya haram. Ini kerana ia mempunyai al-Gharar (ketidak jelasan) dalam jual beli berapa banyak diskaun yang akan diperolehi dalam masa setahun atau 6 bulan selepas dia membayar yuran keahlian.
2. Jika kad tersebut percuma atau hanya dibayar sekali sahaja (iaitu dibayar ketika mendaftar) yang dikira sebagai harga kad tersebut maka hukumnya harus. Diskaun yang diberikan oleh premis tersebut dikira sebagai hadiah kepada pelanggannya.
Point no 2 itu, bukan hadiah tetapi janji penjual nak jual harga lebih murah, bayar sekali itu hanya untuk bayar kos kad dan menggalakkan pelanggan setia kepada peniaga


Wallahu a'lam.
USRAH SOLAT DAN QA AGAMA


📝by:
Soalan berkaitan tajuk ini boleh diajukan kepada: Ustaz @AiyyuziAlUsimi Ustaz @alFilfilaani Ustaz @badTarim Ustaz @redlof17 Ustaz @azizkanun Ustaz @Hazrialbindany Ustaz @Salafytobat93 Jawapan…
TELEGRAM.ME

No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...