21.6.16

Cheesekut Leleh Chill

hai. bulan puasa kali ni aku jarang sangat memasak menu iftar. setakat masak nasik aje. lauk semua tunjuk dengan duit. taktau la apahal jadi camni. sahur pun sekadar apa yang ada je. takat panas lauk, goreng telur aje la so far. pemalas tak? ha, bukan sebab malas sebenarnya tau. tapi wasatiah *kibas tudung slow motion*

disebabkan itu, aku tekad di kala rehat hari Jumaat yang panjang aritu..aku buat CHEESEKUT! akakaka. macam la hebat sangat ye. padahal chilled cake je. sebenarnya plan asal rehat tu nak vacuum kereta. tapi sampai rumah aku mode perempuan melayu terakhir tiba tiba on. dah tak memasal pergi dapur.

ok. cheesekut aku ni resepi dia mudoh amat bak kata orang pahang. takyah pening kepala timbang tara segala bahan. mari kita lihat apa bahannya bersama-sama. pastu mari (sambil buat isyarat ajak sambil berjalan maju ke hadapan) :



Bahan :

250g cream cheese (aku guna tatura)
1 tin susu pekat manis
1 paket biskut pingpong
sedikit nestum


Cara-caranya ialah : (baca guna nahu macam dalam rancangan memasak tu okay)

1. Bancuh 250g cream cheese dengan 1 tin susu pekat manis sampai sebati. Aku blend kan aje.

macam ni. lepas tu aku blend.

2. Sediakan bekas untuk buat cheesekut ni tadi. ikutlah nak pakai loyang ke, tupperware ke.

3. Susun biskut untuk lapisan pertama dalam bekas tadi.

4. Ratakan cream cheese + susu tadi ke atas lapisan biskut yang disusun.

5. Tabur nestum ikut la nak banyak mana.



6. Ulang balik kerja 3 - 5 tadi sampai mana yang korang nak. Aku yang last tu dah malas sangat, so cream cheese atas skali dia tebal sikitlah. tu yang terjadinya leleh tu sebab nanti dah siap masa makan, atas dia creamy meleleh leleh. Allah, menjejes air liur aku masa menaip ni ha.

7. Settle menyusun, boleh la sumbat bekas tadi dalam fridge. kalau boleh biarlah esok usik sebab dia lebih umphh dan dah keras.

Aku usik gak malam tu, memang la sedap dah, boleh makan tapi lembik la sket. tak cukup power.

.
.
.
.


ni keadaan malam esoknya. memang buat berbuka la. pastu ulang balik makan sebelum tido.




baking aku kurang pandai, tapi chill gini aku percaya hasil tangan aku sedap. hahahaha. riak pulak.
ok, selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST