Visitor

8.6.16

Rifdi #69 : Puasa

Arini hari kedua rifdi puasa, insha Allah.
First time kot ajar anak puasa. Kahkahkah. Ibu punnn.

First day memang tak puasa la sebab aku kejut sahur, taknak bangun. Lepas tu bangun tido, nangis sebab perut terlampau pedih agaknya sebab malam sebelum puasa tu memang dia tak makan langsung, selain makan aiskrim Baskin Robbins petang tu aje. Kesian. Aku bagi nasik lauk ayam goreng masa sahur pun dia muntah balik. Sudahnya pesan kat Apok (adik bongsu ejang) pergi belikan roti coklat 10 bungkus.

Hari kedua puasa. Aku memang tak kejut rifdi time sahur. Tapi bangun pagi tu masa aku tanya, _"abang nak makan?"_
Rifdi cakap dia nak puasa. Mula mula aku ingat taknak gak bagi dia puasa, takut tak tahan. Tapi kalau dah dia nak cuba, why not aku bagi ajekan? Lapar kang makan ajelah. Puasa la dia tanpa sahur dan tanpa niat. Kwangkwangkwanggg..

Tapi memang dia kuat semangat. Cuma petang nak asar tu dia ngadu terlampau dahaga. Alah, sayangnya rasa nak bagi dia berbuka. Mak aku pun cakap, _"abang minum air. Nanti puasa balik"_
Rifdi pun minum sikit dan sambung puasa. Kehkehkeh.

Alhamdulillah, dua kali minum (sikit), akhirnya dapat gak puasa. Boleh laaa..itupun semalam abah dia awal awal belikan lego, bagi kuat semangat lagi.

Hari ni hari ketiga. Rifdi bangun sahur, dan so far takde lagi ngadu lapar ke, letih ke dahaga ke..
Harapnya dapatlah bertahan. Moga moga dia kuat semangat sampai ke hujung Ramadhan. InshaAllah.


posted from Bloggeroid

2 comments:

  1. besooo dah anak bujang dah boleh latih puasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. huh. asal kejut sahur je buat tak sedar. pastu bila bangun esok dia marah kita plak tak kejut dia sahur. haihhh..alasan sangat taknak puasa.

      mujur terawih rajin pergi.

      Delete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...