Visitor

16.2.15

hero filem tamil

aku tak pasti la korang boleh hadam ke tak filem tamil ni.

sejak sejak kawen, antara channel favorite kat rumah adalah channel tamil. entah apa ilmu ejang turunkan kat aku pun aku taktau. memang weekend kitorang hadap movie tamil je siang hari. kemain kau. ngalahkan rumah warga Mumbai dah gayanya.

ejang la yang memang suka layan filem tamil. memula dulu dia hadapkan aku dengan cerita Rajinikanth, Sivaji The Boss. okaylah, cerita tamil ni best sebab realiti masyarakat. plak tu awek dalam cerita ni lawa gila walaupun dapat hero tua. yang aku takbleh blah dia punya action. over tau.

deyy


lepas tu aku mula kenal hero nama Vijay. yang ni favorite ejang. boleh terima la. comel dan pandai menari. cerita pun banyak yang best best. aku boleh layan siap bukak cerita kat group whatsapp. hah. ramai peminat ni hoii.

deyy

pastu ramai lagi la hero yang aku kenal. yang macam remy ishak pun ada, macam zul ariffin pun ada. kahkahkah.

deyy

deyy

aku cakap korang taknak caya kan?
kahkahkah.


sampai la semalam. aku layan satu movie ni..tajuk Vetthai. hero dia umang aihhh..

arya

kacak. tampan.

mata dia lawo woi.



dah? tak cukup tergoda lagi?
okay. lepas ni terus kalau ada Arya aku nak layan semua movie dia. kahkahkah.


p/s : aku masih sukakan hero hongkong dan jepang.


No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...