Visitor

28.1.16

chaotic kiddos #14

Malam tadi dua kali airmata aku bergenang , tapi berbeza situasi.


Lepas siap masak, makan makan..aku terus tak larat nak buat apa dah. So rehat, berlunjur atas katil dalam bilik. Sekali rifdi datang bawak beg sekolah. Dia carik ibu dalam bilik nak buat homework punya pasal. Dia kata,

"Takpe. Ibu rehat laa, abang buat kat sebelah ibu ni. Ibu tunjuk je"..

Alahaiii anak den. Merembes airmata jantan ibu ni haaa..









Ejang keluar ngeteh dengan alang. Rifdi dah siap buat homework, so dah waktu main dan lepak tengok tv dengan adik adik. Aku perasan dia makan calsi-yum dengan Hasya. Aku pulak still dalam bilik, kemas kemas baju untuk pakai hari esok.

Lepas tu aku dengar macam bunyi air kena jirus atas lantai. Pastu senyap. Bunyi lagi. Aku pun jenguk ke ruang tamu.

Sekali aku tengok.. Haaaa, banjir dari ruang tv ke dapur. Hasya pulak tengah sibuk mengemop lantai. Hasya cakap kat aku, "adik tolong ibu mop lantai. jaga..licin ni.."..sambil sengih sengih.







Rupanya calsi-yum yang dia makan tumpah! Hadoiiiiii..bertuah sangattttt.

Bergenang lagi airmata jantan ibu!
posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...