Visitor

19.1.16

hasya #15

diam tak diam, hari ni hasya dah genap 4 tahun lorrr!


19-01-2012 : Pengalaman Bersalinkan Norhasya Rasyidah


besar dah anak ibu. sekejap aje kan.
kalau abang dia umur 4 tahun dulu dah ada 2 adik..hahah. tak lama dah ek kakak hasya, nanti beradik la insha Allah.

harapnya takde la meragam sangat hasya masa dapat adik nanti. sebab masa ni pun kemain mengada nak menetek, takut ada adik nanti datang mengada dia nak jugak, habisla mak. gigi dahla banyak, besar-besar pulak tu. ahaha.





4 tahun jaga budak ni memang terasa sangat-sangat-sangat tercabar sebab dia ni lain macam sikit. haha. keletah dia, dengan garang, rebel, taknak kalah, dengar cakap dia aje..fuhhh. tapi alhamdulillah dia senang diuruskan. takde banyak masalah kesihatan melainkan demam manja, dan pernah HMFD.

bab makan pun senang. bagi je apa, semua dia boleh makan. kalau kat rumah kitorang semua panggil dia hantu ikan sebab kuat gila makan ikan. kakaka.

apapun, masa akan datang kalau hasya baca blog ni, aku harap dia tau yang segala kenakalan dan kedegilan dia tu la yang buat aku sayanggg sangat kat dia. dia ni penyayang tau. cepat touching walaupun muka nampak kental. kahkahkah.



"happy birthday Norhasya Rasyidah. Semoga diberikan kesihatan yang baik, jadi manusia yang bertanggungjawab dan menjadi muslimah yang solehah di dunia dan akhirat"



2 comments:

  1. seronoknya anak nak 4 dah. target aku la tu nak 4. harap sempat kejar ko. ko jangan lari2 dah.. tak larat aku kejar nanti... :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. dont worry, aku tak berlari. letih nanti..nak berjalan pun tak larat ni hahahahaha

      Delete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...