Visitor

11.1.16

chaotic kiddos #13

tahun ni rifdi dah naik darjah 2, haifa dah masuk Pra Sekolah dan hasya masih di tadika.

rifdi pergi sekolah pun macam biasa. masih berseronok. bergembira dengan kawan kawan baik dia yang hari-hari dia sebut nama sepanjang cuti sekolah. darwish-ammar-dan ikram yang kembali ke sekolah semula lepas pakistan gempa bumi (kata emaknya). rifdi punya belanja masuk sekolah pun tak banyak. dia cuma beli kasut baru, stokin baru dan beg sekolah. uniform masih lagi pakai yang taun lepas sebab orangnya sangat cermat. so pakai la selagi boleh.

haifa pulak masuk pra. sekolah yang sama dengan rifdi. first day pergi skolah, dia tengah beratur. lama berdiri kat situ hasya pulak meragam sebab nak sangat masuk sekolah. so, aku tinggalkan haifa macam tu je lepas tu hantar hasya.

hasya pun aku hantar masuk kelas, dia masuk dan duduk macam takde perasaan. rilek aje. cool aje. lepas babai babai, aku pun blah pegi skolah haifa semula. yelah, risau gak tetiba dia buat drama kat situ, letih pulak cikgu carik makbapak nya mana.

sampai tengok perhimpunan dah habis. so, pergi kelas dia pulak. aku dengan ejang sekadar telek dari tingkap. tengok dia pun rilek aje kat blakang dengar cakap cikgu. aku pun slow je pergi blakang, kebetulan ada cikgu kat situ. aku nak bagi gambar haifa sebenarnya, sambil sambil jugakla tanya keadaan haifa macam mana.

"dia ok aje. pernah sekolah ke dulu?"

hmm..aku agak dah. minah ni lagi gamble. umur 4 tahun dulu pun dia pergi sekolah sendiri. memang takde la drama drama sedih kat skolah ni. hahaha..insha Allah. mudah mudahan sampai besar la mudah pergi sekolah ye.


2 comments:

  1. bertuah la senang hantar anak p sekolah. Baguih mereka suka sekolah... Kalau kena layan drama, memang letih. Darjah 2 dah anak bujang ko eh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, darjah 2 dah..dah tinggi kemain. harap ke badan kurus slim..hehehe

      Delete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...