Visitor

4.1.16

hallo 2016



pembukaan 2016 dengan macam macam cerita.

1. tengah syok lunch kari ikan tenggiri, tiba tiba gigi rifdi patah sebelah lagi. kahkahkah. tergelak ibu dia ni tau. 

 

2. Selain daripada patah gigi sampai ketiadaan pagar, rifdi turut mengalami jangkitan virus (seperti didakwa doktor) yang taktau datang dari mana. Telinga gatal berair, muka pun comot kesan gatal tapi takde pulak dia garu garu. Kulit pun sensitif habis sampaikan lap hingus pun kulit hidung tercabut dan luka.


3. Tayar cik puteh bocor. langsung takleh tampal. so masa mula mula gi kedai tayar tu kecewa jugakla sebab pakai tayar spare. lepas tu elok pulak duit bantuan (bonus) masuk, maka habislah riwayat duit konon nak saving untuk beli barang baby. menangis.


4. aku teringin sangat buat kek dan makan kek. so aku beli fresh milk dengan keju keping dengan harapan dan semangat juang yang tinggi. dalam pada sibuk google resepi itu ini, sekali bukak peti aku tengok fresh milk aku dah tinggal separuh. hakhakhak. lunturlah semangat aku.

second time aku try pulak buat kek milo macam penah aku buat dulu. tapi kali ni konon try kekdah lain. satu bancuhan atas dapur dan satu bancuhan tepung. sekali time pecahkan telur aku gi letak kat tepung. 3 bijik lak tu. berketul la tepung..patutnya letak dalam bancuhan atas dapur tu. konon boleh selamat la kan laa.. rupanya selamat aku buang dalam dustbin.

5. sekolah dah bukak. so aku dah takleh bangun lewat la. so minggu pertama ni kronik jugakla aku kat office. pukul 10 dah tersengguk depan pc. ah!





No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...