Visitor

31.5.11

The Hand That Rocks The Cradle

lama bercuti dari menulis blog.peh,ayat skima tak tentu arah.
kena amik mood ni.


ok.dah kembali normal lepas makan kuey tiow goreng kat pantry tadi.
sebenarnya aku tetibe nak kupas isu cerita melayu di hari ibu atau hari bapa.sejujurnya,aku teringin nak tulis lepas baca blog rock aritu.*balik balik rock.macam takdek kawan lain kann?hehe


berbalik pada cerita tadi.memang kan,kalau tengok cerita melayu special untuk hari ibu dan hari bapa,kebanyakannya suka sangat buat cerita yang melibatkan anak gaduh ngan makbapak, anak derhaka, anak lupa daratan..pastu bila mak bapak mati,baru la menyesal menangis meratap hiba.menyampah tahu tak?.takpun anak dah jadi separuh tak berguna, yakni cacat anggota,muflis..baru balik jumpa mak bapak.
dulu tengok sekali dua,terasa jugak sedih.tapi bila balik balik cerita macam tu,terasa macam..haihh.memang budaya kita macam tu ke?


tak boleh ke kita buat cerita yang menunjukkan kekuatan dan nilai murni yang baik kat penonton.sekarang ni pulak cerita kat tivi aku rasa semua nak tunjuk budaya barat yang tak elok.contoh budaya berparti dalam disko, nak tunjuk adegan rogol, nak tunjuk body laki pempuan..nauzubillah.aku kadang biar tengok cerita asing dari cerita melayu.cerita melayu yang aku tengok bleh kira tau..Tau tak,sebenarnya kanak kanak lebih ramai hadap tivi dari orang dewasa.tak segan ke bebudak kecik tengok tivi pastu tengok adegan maki maki makbapak.kau tak rasa diorang tak ikut ke?..jahanam.budak sekarang sekolah rendah pun dah pandai maki dalam english tahu.


berbalik pada cerita hari ibu dan bapa.


hari ibu baru aritu aku ada tengok cerita The Hand That Rocks The Cradle kat ntv7 (kot).



cerita ni memang best.walaupun citer tahun 1992,tapi bagi aku cerita macam ni la yang betul betul menguji sifat ibu.


cerita pasal ibu yang kehilangan anak & suami serta cerita ibu yang mempertahankan keluarganya.hebatkan?..baru terasa semangat keibuan memasing.


citer dia lebih kurang camni.
watak utama (Claire) ni ada sorang anak pempuan, Emma dan Claire ni sedang pregnant.husband dia Michael ni sweet giler sebab baik sangat.dia ni buat report pasal sorang doktor ni dah mencabul dia time buat routine checkup kat hospital.lepas dia buat report,maka ramai la lagi mangsa kes cabul ni datang mengaku penah dicabul juga.


maka kes pun panas.sebab taktau nak buat ape,doktor ni bunuh diri.


maka,bersedih la bini doktor ni (Peyton) yang kebetulan tengah pregnant jugak tapi gugur sebab terkejut laki dia tak tinggalkan sesen pun duit dan umah plak nak kena lelong.masa kat hospital tu,Peyton ni tertengok berita kes laki dia, dan nampak muka Claire.ape lagi,berdendam la dia..


lepas je Claire bersalin, dia pun nak cari nanny untuk jaga anak dia sebab dia nak menumpukan perhatian kat rumah kaca dia.Peyton ni dapat tahu, dengan pantas dia pun offer diri nak menjaga anak anak Claire.kalau korang tengok, Peyton ni memang pandai carik peluang untuk jaga anak Claire.dia plak jenis orang cantik,senyum je..buat ape pun orang suka.tu la sebab kita makin sakit hati tengok.


Watak : Peyton (Rebecca De Morney) masa jadi nanny.
macam ni punya lawa nanny. pehh.
Watak : Peyton & Emma masa main kat taman
hari ke hari,macam macam cara dia buat untuk jauhkan Claire dengan anak anak & suami.ko bayangkan,rupanya misi dia adalah dia dapat duduk tempat Claire.kesian aku tengok Claire masa tu,sampaikan anak dia yang baby tu (Joey) tak nak langsung dengan dia sebab Peyton selalu breastfeed anak dia pagi pagi hari!..rupanya Peyton ni jaga susu dalam badan dia guna pam semata mata untuk baby Joey.jahat giler! tapi tu la kan,sorang ibu..


lastnya cerita ni,korang akan tengok macam mana Claire pertahankan keluarga dia & Peyton plak mempertahankan dirinya sebab nak sangat jadi ibu.sedih ada,suspense pun ada.


bagi aku,macam ni la cerita sebenar untuk hari ibu.bukan cerita yang maki maki,derhaka pastu tunjuk moral tak baik kat budak budak.walaupun ending dia ada pengajaran,tapi takkan la nak tunggu ending baru bleh baik ngan mak.paham dok?


bagi aku, ni la cerita terbaik untuk hari ibu walaupun cerita ni agak psycho.hehe.
korang plak,ada cerita terbaik untuk hari ibu tak?


dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

2 comments:

  1. patut tersedak,..ada orang sebut nama aku rupanye..heh!

    aku sebenarnye tak ingat sgt cite berkaitan mother's day yang aku penah tgk..cume ada satu indie drama melayu, tajuknye 'Piala Untuk Mama'...kalau tak silap aku sazy falak jadi anak dia....mak dia tak ingat dan malas nak gugel...

    cite ni pun okeh,...anak dia try carikan jodoh utk mak dia yg ayahnya dah meninggal..sweet jugaklah cerita ni...hehe

    ReplyDelete
  2. jarang jumpa citer yang plot dan jalan citer lain.kebanyakannya asek cerita mak ngan bapak susah giler,menangis2 kenangkan anak yg makin lupe daratan...

    haishhh.

    ReplyDelete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...