11.5.11

Zakat

" Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah ( pada jalan Allah)
sebahagian dari usaha kamu yang baik-baik dan
sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan kepada
kamu dari bumi ( biji-bijian dan buah-buahan )"

- Al-Baqarah 267




alhamdulillah.arini dapat melaksanakan antara perkara wajib yang perlu dilakukan bagi orang Islam, iaitu menunaikan zakat.

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬


Pengertian zakat dari segi bahasa adalah bererti 'bersih', 'suci', 'berkat' dan 'berkembang'.
Manakala dari segi syarak pula adalah mengeluarkan sebahagian harta yang tertentu, dan diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak.


Syarat-syarat wajib menunaikan zakat pula adalah :

  1. Islam (tidak diwajibkan ke atas orang bukan Islam)
  2. Merdeka (tidak diwajibkan ke atas hamba)
  3. Cukup nisab (paras minimum pemilikan sesuatu harta yang menyebabkan seseorang tu wajin keluarkan zakat)
  4. Cukup haul (genap setahun hijriah)
  5. Sempurna milik (kesempurnaan dari segi pemilikan 'Hak Hiyazah' dan keupayaan mengurus 'Hak Tasarruf')
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬


okay.kalau nak tahu lebih lanjut boleh klik sini (bagi orang Pahang la),takpun pegi tanya mana mana ustaz yang jauh lebih hebat dan faham dari aku ni. :)

berbalik pada kisah aku tadi, PKZ (Pusat Kutipan Zakat) datang buka kaunter kat opis JKR arini.aku yang pada mulanya pegang borang dan pamplet rasa macam serba salah pun ada.bukan waswas nak buat tapi memikir,cukup ke duit bulanan kalau nak potong gaji ni?..haisshh.macam macam la soalan terbit dan terjah kat kepala hotak aku ni.

gaji yang tak seberapa nak tolak duit pinjaman itu ini,tolak duit rumah blablabla..iskk.sesaknya.

last last,aku pergi seikhlas hati kat kaunter,fikir sehabis baik,YA ALLAH!Ampunkanlah dosaku yang hina ni sebab memikir perkara yang tak sepatutnya.
ye.akhirnya aku tulis borang dan lakukan perkara terbaik untuk diri sendiri dan agama.

dah settle semua,aku berterus terang dengan sahabat yang bukak kaunter tadi;

"saya tadi banyak sangat pikir menda tak elok.alhamdulillah,terima kasih la sebab PKZ datang bukak kaunter macam ni kat sini (opis).kalau tak,entah bila agaknya saya baru nak berzakat.umur dah nak masuk 30 tahun.dah kerja lama.zakat tak pernah buat.."

rasa sebak kau tau.Ya Allah.sampai macam tu sekali rasa.
aku call encek ejang,bagitau ada kaunter Zakat bukak kat opis.memula dia pun suruh aku je buatkan.sekali korek punya korek,pegawai yang bukak kaunter tu member lama dia.apelagi,terus bergegas ke opis dan buat.buat Kaedah 1 pulak tu.alhamdulillah.

niat aku tulis bab ni kat entry ni bukan lah nak riak,menunjuk yang aku dah bayar zakat..tapi sekadar ingin saling mengingatkan antara kita sesama Muslim, segeralah berzakat bagi sape yang dah mampu tu.bukan banyak pun.macam aku rm28 je sebulan.tak banyak.dari kita buang duit entah ke mana hala,guna untuk buat perkara mungkar,kan lebih afdal kalau kita berzakat.

jom sama sama kita mulakan.



dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

4 comments:

  1. alin xbrape bley grab lagi pasal zakat nih.setiap org bayar ikot fix rate ke camane.hu3

    ReplyDelete
  2. bertambah la lg rezeki hendaknya lepas berzakat..
    insyaAllah.. :)

    ReplyDelete
  3. aah.ikut gaji bersih tolak bayar kereta dan bayar rumah.nak tau lebih lanjut,kena tanya pegawai zakat.tanya akak kang nampak sangat jawapan terumbang ambing..

    ReplyDelete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST