10.5.11

group/geng di sekolah

dulu dulu masa zaman sekolah,korang perasan tak yang dalam skolah/kelas kita biasanya ada grouping?dan mengikut kajian aku la kan..aku perasan,antara group yang wujud masa tu adalah :


1. Geng poyo/perasan cantik@jambu/diva/kelas-la-sangat


we all the best tau.kau hado??
Geng ni adalah biasanya tergolong dari awek awek dan balak balak jambu.kebiasaannya geng ni merasakan diri mereka superb bagus dari segi rupa,fesyen dan branded.mereka jugak terdiri dari mereka yang perasan habis dan suka kutuk kutuk orang lain.paling tak bleh blah,nak kawan ngan diorang ni kena cukup pakej.kalau tak cantik,mampus la ko nak join the club.sasaran dah tentu mereka yang kaya raya dan ada nama.biasanya group gini popular dan berlagak nak mampos.nak kawan ngan group je.kalau bercakap mesti nak 'kita' takpun sekarang ni 'ai-yu'.pastu mesti kena ada couple.


2. Geng selamba/ganas/gangster/cakap lepas/nakal


samseng ke?
Geng yang ni memang jenis ikut suka hati.ada yang gangster memang ganaih habis la.kalau yang jantan memang pesen suka ajak orang gaduh.kalau pempuan plak biasanya tomboy giler.kalau jenis selamba plak,dia tak gangster tapi jenis semua menda dia buat adalah di luar kawalan.biasanya percakapan diorang lebih kepada 'aku-kau' & 'lu-gua'.mulut plak jenis cakap ikut dan *dah nama pun selamba.kalau pakaian plak biasanya baju lengan panjang yang disinsing atau dilipat banyak banyak.baru nampak ganaih.kasut plak mesti selekeh takpun pakai kasut yang tak bleh pakai kat skolah.tak semestinya group ni samseng sangat kat sekolah.yang penting jenis happy-go-lucky sokmo.yang syoknya,diorang tak pilih kawan.semua boleh masuk.


3. Geng pendiam/biasa biasa/nerd/geng surau


hi.im nerd.
Ni stok bebudak baik.jenis pergi sekolah semata mata nak belajar.biasanya group gini terdiri dari geng geng suka buat study group,ada kawan baik dan boleh ajak berborak.no komen la sebab memang rata rata diorang tak banyak hal.


4. Lone ranger/mangsa buli/tahan maki


tak baik membuli tau!
Yang ni paling kesian.ada tu dia tak la lone ranger.tapi tetap jadi mangsa buli dalam kelas.jenis kalau ada apa apa terjadi,mesti jadi mangsa dipersalahkan,mangsa keadaan dan mangsa kejadian.biasanya terdiri dari budak yang pendiam,tak pandai nak bersosial dan tak pandai melawan.pada orang lain,budak kategori ni adalah seronok dimainkan.








so,
agak agak korang la, korang tergolong dalam group mana?
dan,agak agak jugak la, aku plak tergolong dalam geng mana?


jawapan aku : aku group no. 1


ha.sama tak?kena tak?ngam tak?
ok.fine.memang aku tipu.aku sebenarnya teringin jugak jadi geng group no.1.puas dah berlagak poyo.tapi memang poyo pun.puas perasan cantik,memang cantik tapi aku selekeh.nak jugak berlagak diva tapi tak menjadi.nak jugak buat buat macam kelas-la-sangat tapi nan hado.


jadi,aku jatuh ke group no.2.yes.itu baru betul aku.nak jadi pendiam memang tak dapat.semulajadi kot.mulut tahap celupar *kata anak sedara aku.


lantaklah.apepun,itu semua pendapat aku sebab semua ni berdasarkan pengalaman aku masa kat skolah.okay?boleh paham??


ye,terima kasih kerana sudi membaca.


{pics source from google}


dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

12 comments:

  1. yang pasti..we are MRDZ..

    ReplyDelete
  2. ko tak masukkan geng bas skolah....geng bas skolah kat skool lama aku kategori geng paling ganas giler!!

    aku teringin nak masuk grup no. 3...hehe

    ReplyDelete
  3. alin dulu geng pengawas.kebetulan kwn2 baik yg duk bersekongkol dlm kls majoriti sume pengawas.nak buat camane.hu3

    ReplyDelete
  4. i paling benci kategori gansgter! bajet bagus pulak tu. time muda remaja igt diri tu la yg paling bagus. da besar baru nk nyesal.hehe

    ReplyDelete
  5. aku mula dengan group 4 upgrade jd grup 2

    hahaha

    ReplyDelete
  6. jern;
    yes.kita MR.DZ kategori kumpulan no 1 - 3.tak pernah jadi mangsa buli.hehe

    ReplyDelete
  7. rok;
    aku tak pernah jumpa geng tu.tu yg aku tak review di sini.thehehehehe..

    ReplyDelete
  8. aleen;
    itu termasuk kategori geng no.3 la kot.jenis biasa biasa je.

    ReplyDelete
  9. cik nath;
    oh.tak suka ye.betul la.sape la yg group no. 2 tu ye..err..errr..lalalalala...

    ReplyDelete
  10. aimi;
    wah.peningkatan taraf hidup. :)

    ReplyDelete
  11. aku group yg kite-kite tu....


    hahahaha..sile lempang aku laju2 dee...

    ReplyDelete
  12. udhang;
    kalau ko group tu,makanya aku juga group tu juga la kan.kitakan satu group.hahaha...

    ReplyDelete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST