28.5.15

Kurt Cobain: Montage of Heck (Official Trailer)





Great movie, never focusing on death, but on life. And his was really interesting.



miss you.

25.5.15

Upside Down House Melaka

alang alang dah ke Melaka kan, masa balik dari Team Building tu terus aku and the gang carik rumah ni. nak gi Sabah kena naik flight, so dapat masuk rumah terbalik kat Melaka pun i is so happy tau.

sampai jugak setelah letih menapak sambil bukak waze. haha.

gambar bukti

masuk RM15 seorang untuk orang dewasa. bila masuk mak aihhh..ramai gila. nak bergambar pun kena ikut turn. tempat agak sempit so aku syorkan kalau sesapa nak pergi tu, pergilah weekdays.

ada gambar untuk rujukan korang nak bergaya macam mana dalam tu. tak lupa jugak, ada adik adik profesional yang guide dalam tu. agak sesak taktau nak snap dari sudut mana, boleh je suruh adik adik tu tolong snapkan. pandai pandai korangla nak buat memek muka atau reaksi macam mana.

aku macam biasa la. over.









awek batman memang camni


power tak aku dalam bilik tidur? eh.




haii..tengah berak ek?



tempat dia bangunan area Taming Sari, betul betul depan Hotel D'Costa. pepandai la carik kat situ.


ni facebook dia : Upside Down House

20.5.15

Team Building - Part III

Part I
Part II

sambung sikit lagi cerita Team Building okay!
second day di A'Famosa Resort. pagi ni breakfast di Golf Club.ceyy, terus breakfast like a king!


sempatla amik gambar area situ. pepagi nampak hijauuuu sangat kat situ. rasa fresh je keluar dari hutan.

muka habis kerek dah ni

lepas tu tunggu bas, dan pergi ke aktiviti no 2 pulak. team building!



Subhanallah.
habis aktiviti kedua. (apa?). okay, sebab aktiviti berkumpulan so gambar memang langsung takde. pulak tu dapat coach yang langsung tak bagi pegang phone. jadi memang takde chance nak snap pic.

terus kita ke aktiviti last. musang terbang!

eleh. rendah aje pun. cewah.



sementara tunggu turn, kita main main dulu.








lepas tu coach suruh pakai harnest siap siap. aku kena tunggu turn orang lain siap sebab rupanya aku saiz A. saiz B tak muat. oh, rupanya kurus je aku ni ye? kehkehkeh.








dah kat bawah, aku teringin nak naik lagi. tapi sebab semua orang taknak layan, jadi tahankan ajela hati.
nak naik lagiii!!!

sapa dah siap, hang dok sana plak! pi cepat..kita amik gambaq pulak!
*eh? nape loghat utagha padahal kat melaka?*




yayyyy!! complete siap team building kami!
pasni mandi, check out dan makan pulak. yayyyy!!

eh. gambar makan takde. terus kitorang posing dengan gembira sebelum balik.

ishh. memang perlu ada ke?
haha. ok, gambar sebelum checkout.


suka gambar ni. nampak green.

masa bas keluar dari A'Famosa Resort ni, siap driver tanya ada yang nak bergambar kat gate tak? orang semua macam "aaahhhh".."malasssss"..aku dengan syafiq siap bangun dalam bas jerit "nakkk..nakkkk"..

haha. pas kitorang turun berkejar-kejar nak bergambar kat pintu masuk A'Famosa tu, rupanya satu bas turun. hahah. padan muka!

berebut orang nak bergambar tau. panas toksah citer. lupa nak ambik shades!

aku kalau tengok balik gambar ni konpem tergelak.
hasil berlari berkejar berebut nak bergambar kat sini punya pasal.

satu bas la turun. haha.



bila lagi nak sampai sini kannnn??

ok. jumpa lagi. baiii..

19.5.15

Selamat Hari Guru

aku tak plan pun nak bagi hadiah untuk cikgu sebab aku tanya rifdi bila sekolah sambut hari guru, dia jawab taktau. so takyah la aku prepare apa apa kan. so ibu dia buat rilek buat pis ajela kann..

tapi semalam, rupanya sekolah dia sambut hari guru. masa aku ambik dia balik sekolah, dia naik je kereta terus dia mengadu, "ibu..kawan abang semua bagi cikgu hadiah".

kan? kan? aku tanya dia boleh jawab taktau. pastu time ni mula la ngadu domba memacam.

lepas tu sampai rumah pengasuh hasya pulak menambah lagi.
"cikgu kakak mintak hadiah hari guru". kahkahkah. yang ni pelawak. manjang main nama cikgu kalau nak apa apa.

so, aku nekadlah. malam ni aku janji akan siapkan hadiah hari guru, untuk cikgu kelas sahaja.

tapi ibu ni tak makan saman. tetiba 5 hadiah siap dalam masa sejam.


stock shawl & awning yang belum berjaya dijual.
sepenuh ikhlas untuk cikgu cikgu yang banyak membantu
anak anak saya di sekolah.


p/s : selamat hari guru kepada semua guru guru di Malaysia. terutama guru guru yang pernah bertugas di 
  • Tabika KEMAS Paya Besar (1988)
  • SK Batu Lapan (1989-1994)
  • Taski AL-Huda, Taman Guru (1993-1994)
  • SM Tg Panglima Perang Tg Muhammad (1995-1997)
  • SMK Pandan (1998 - sekejap je. 2/3 bulan kot)
  • SM Teknik Muadzam Shah (1998-1999)
  • Polisas (2000-2003)
  • PSDC Kuantan (2003)
      dan di mana mana je yang pernah mengajar aku secara langsung atau tak. terima kasih semua.

15.5.15

Team Building - Part II




Part I


amboi. lamanya nak dapat sambung. haha.
okay. malam pada aktiviti Crimson River tu, program adalah di Cowboy Town.

sumpah. memula teruja tengok show, tapi pastu annoying. sebab apa yang diperformkan bagi aku tak relevan. perform Thai culture,sexy nigger with big boobs and big butts, binatang..ermmm..

aku rasa Melaka banyak gila kot sejarah dan cerita yang jauh lebih menarik. patutnya itu yang patut diketengahkan, bukan performance yang ehemmm..erm, susah aku nak describe.

apapun, enjoy ajela walaupun tak best.




habis je show Red Indian dan yang sekutu dengannya, aku dengan geng melawat kawasan. layankan ajela.


shark!

jangan la makan sayaaaa. saya ada tiga anakkk..

apa? awak lepaskan? baiknya awakkk

okay dah. dah.. kita jumpa lagi lain kali. saya bawakan awak kepsi.

jalan jalan lagi. area sini aku rasa macam kat funfair jerantut aje. ala, mana mana funfair pun boleh lah!



aku rasa ini unik
err..real steel?

geng bas sekolah

last but not least.

pastu konon nak balik resort la ni kan, sekali pintu keluar betul betul pergi ke satu cafe. tak sure apa nama cafe tu, tapi aku and the gang stop la dulu pekena kopi siap ada live band.

aku siap request One Way Ticket & Hotel California. gasaklah korang nak nyanyi lama mana. hahah..

POPULAR POST