30.7.15

SHRAMZB 2015 (ii)

hari ni dah pun raya ke 14. lagu raya pun boleh lagi main kat radio sampai esok.
jadi sebab lama dah berlalu, aku pun rasa tak sabar nak up gambar raya. eceh.

nak cerita jadual raya beraya rumah sape rumah sape pun malas. sebab rutin kot. pagi umah mak aku, pastu siap bersalam salam dengan fotoshoot, terus pegi rumah ejang. sebab dah 7 taun rutin macam tu je, jadi aku terus share pictures jela. eh? speaking pulak.




tukang ngejas












ok. dah settle kat rumah aktok kita beraya rumah aki pulak.




petang tu beraya belah kampung ejang. so, lainla daripada kebiasaan. kitorang pergi cherok paloh.

cousin hasya. nama dia naeila. muka macam lara alana.

dah sampai senja, siap minum air kelapa fresh, baru balik rumah. ingatkan nak balik rumah mak aku, skali ayah ejang nak belanja kfc sebab rifdi mengamuk nak makan. so, balik la umah permatang badak dulu. dah malam baru balik rumah mak. tu pun lepas makcik aku beraya satu family dia baru aku sampai. heh.

24.7.15

Lumut - Day 3

Day 1


(travelog paling lama aku nak siapkan. haha.)

last day di Lumut. so, hari ni hari melepak je. bebudak semua jom kita pergi renang!










dah siap mandi,terus kemas kemas beg, mandikan bebudak ni dan bersiap balik. dengarnya balik ni nak singgah Cameron Highlands. yay!

masa check out tu sempat lagi la bergambar kenang kenangan kat SG Damai Laut ni.




nak dijadikan cerita, sampai Cameron Highlands pukul 6.15petang tu,member yg follow sekali tu kata nak kena rushing sebab sahabat dia meninggal di HOSHAS. so, sebab rasa macam takde apa jugak, kitorang pun balik jugak Jerantut petang tu. sempatla singgah Raub untuk dinner. then, terus balik la. apalagi.

rehat pulak. esok dah nak keje.

apapun, aku suggest korang try la pergi Damai Laut. walaupun tempat dia jauh gila ke dalam, tapi port dia best. sangat mendamaikan.


14.7.15

Lumut - Day 2

Day 1

aku langsung tak bukak cerita pasal Swiss Garden Damai Laut, Lumut kan?
ala, boleh google je. tempat dia agak jauh dari bandar, but worth. luas. ko nak duduk apartmen ke, hotel ke..boleh pilih. aku sebab plan nak guna apartmen sebab nak sumbat anak beranak. kalau hotel kang just family aku je yang muat. kesian mak aku nanti pening kepala dengar aku menjerit je keje. bukan pening dengar cucu menjerit.

dan paling penting kenapa aku pilih swiss garden, adalah sebab aku swiss member. free for 7 night / year.

ok. untuk hari kedua ni kitorang pilih untuk pergi ke Pulau Pangkor. yay.

kitorang pergi sendiri ke Jeti Lumut. kalau naik sendiri camni tambang dewasa RM10 dan kanak kanak RM6. kalau melalui feri yang disediakan pihak Swiss dalam area RM600++. mungkin tu termasuk pakej transport dalam pulau tu siap makan tengahari kot. tehehehe..

yang kat depan tu apecerr..


diorang ni kalau dengan abah kemain lagi pose manja manja gini

rifdi & atok abah

untuk transport meronda dalam pulau ada servis van dan motosikal. van pink tu memang rate RM100. so, masa tu aku pergi 2 family memang semua sumbat dalam van je. apa ada hal. tapi ronda ajelah. takde pun pegi pantai, main air pantai, naik banana boat, pakai bikini baring atas pasir..eh. memang takde lah. ada la frust sket kat situ.tapi takpe. next time aku nak repeat balik, tapi main air kat pantai je. mesti pegi!

yang baru nak berhoneymoon, aku suggest sewa motor ajela. cuma agak bahaya la sebab jalan kat situ berbukit bukit. sempit pulak tu. bila kita ride sendiri ni pepaham ajela. kita bukan tau situasi jalan camne. sebab ada kes, aku nampak bangkai motor kat tepi jalan. semua sebab pelancong accident.


1. Dutch Fort (Kota Belanda)

sini memang jadi port pentingla untuk tourist. sebabkan aku dah pergi hampir sebulan lepas, habis segala ilmu dalam kepala yang aku baca pasal tempat ni hilang. hehe. (faktor usia). tapi kalau sekali imbas pun korang mesti tau ni merupakan tempat tinggalan sejarah. 


pemandangan belakang ni yang cantik sebenarnya. background pantai.

 2. Tokong Fu Li Kong

aku bukanla pergi masuk tokong tapi sebab situ merupakan port nak dapatkan souvenier dengan harga paling murah. kat sini ada beli frigde magnet, keychain dan segala macam souvenier sampai tahap nak muntah aku marah anak anak aku amik macam macam jenis mainan macam pedang samurai, pistol, spek mata, sabun belon, topi..okay. taknak ingat. nanti boleh muntah balik. aku tak amik gambar area sini sebab gambar tokong. taknaklah.

ikan dalam kolam tokong. ni pun ehsan google.

3. Kilang ikan

Jenis kategori tak teruja dengan produk kering gini. haha. tapi aku beli la jugak sotong kering yang 1 set dalam paket tu. tu pun ejang yang nak. yang lain aku beli biskut biskut kat anak aku.

ye. aku memang tak makan makanan camni. selain dari resdung, memang bukan masuk kat tekak aku.



pastu aku dah takde port pergi dah melainkan pergi makan. sepanjang masa aku travel ni, aku cuma makan lauk kering macam ikan keli berlada, kerisi berlada dengan ulam pegaga sahaja. mak aku pun pelik sampai mak aku tanya, kenapa? yela, seingat dia aku ni kuat melahap. nak nak gulai lemak.

aku cuma jawab - takut sakit perut. hilang nikmat nak bercuti. hehe.

lepas makan, kitorang pun balik.















dah petang. so jom balik hotel. kroihhh..kroihhh..
malam tu aku keluar dengan ejang, nak withdraw duit dan beli makanan. sebab budak tidur, aku keluar berdua ajela. 

tu yang sempat dating jap tu. hehe.




13.7.15

last weekend sebelum raya menjelang

lagi seminggu nak raya!

so far, baju raya anak semua dah beli.
baju raya pertama aku dah beli.
baju kasual abah dia dah beli.
kasut / selipar raya anak dah beli.
handbag raya pun dah ada (mak bagi birthday present!)

taun ni bab baju / barang raya memang aku tak banyak membeli untuk diri sendiri. second day pun rasanya recycle baju lama lama ajelah. bukan nak masuk tv pun. kehkehkeh.

rumah pun dah kemas sikit sikit. boleh la, nak kemas sangat nanti bebudak ni sama jugak menyepahnya.

cik puteh aku pun dah masuk worksyop baru ni sebab tank bocor. hmm..apa lagi?

oo. kuih raya, this year punya kuih raya aku rasa boleh tahan banyaknya. takpelah, menda makan ni tak membazir sebab bulan ni katanya 56 hari gomen tak bergaji. so, dah get well prepared la ni. breakfast - lunch - dinner makan kuih raya je. amacam? cerdik tak aku?

sebut pasal kuih raya ni, semalam masa aku syok rehat diri (tidur) tengahari, ejang tanya - "mana resepi kuih cornflakes tu? nanti awak carik ye". aku pun..wokeyyyy. sambung tidur. lepas tu tengok dah pukul 2 ptg, aku bangun, mandi, solat dan carik resepi tu. 

dah jumpa tu, aku nampak ejang tengah busy vacuum depan tv, so aku pun dengan berbasi basa tunjuk resepi kat ejang, "nah..resepi". pastu aku ternampak barang barang kat dapur, dan aku jenguk. wah! dah bakar kuih cornflakes dalam oven! haha. lepas tu ejang siap tunjuk pulak, dia dah uli roti canai untuk moreh malam ni. wahaha. bestnya abang niii..

okay. terus rasa nak sambung tidur. mana tau untung juadah berbuka dah penuh atas meja ke. haha.

Lerd, kesayangan rifdi buat masa ni.
takde kena mengena pun dengan sambutan raya.

8.7.15

33

nanti la aku update pasal lumut. tengah excited citer pasal birthday lagi ni. kahkahkah.

so, malam 6 Julai tu lepas Isyak anak anak dah jerit bila nak makan kek ni woi. eh, tipu la ayat cenggitu. anak aku memasing dah membebel bila nak makan kek ni. "ibu ni ngaji lama sangat la"..kata hasya. eh budak ni. ada yang makan lilin kang.

sambil aku kemas kemaskan diri, ejang dah siapkan lilin dengan kek. kemain sweet abang ni tau. muah ciked.

choc macadamia dengan chocolate cheese apentah



33 with 3 kids

alhamdulillah.
dah 33 tahun aku rupanya.




POPULAR POST