6.6.18

Sambal Hitam

{resepi sambal hitam versi jerantut}

sebelum ni aku pernah share resepi sambal hitam. Tahun 2014 dulu. kihkih.

Tapi resepi tetap yang sama cuma masa tu tak pulak aku tunjuk satu satu camne masak dia. kawan aku ramai beli pes belimbing buluh yang dah siap rebus dengan aku (aku tolong orang je weh). tapi rupanya ramai taktau sukatan.

sekali siap semua pakat tanya aku, kenapa masin sangat. kenapa masam sangat.
kenapa kering. kenapa kenapa.

mintak details sukatan memang aku tak reti wey. sebab aku main campak campak sesedap rasa. kalau bilis segenggam, aku letak la lada kecik dalam 10 bijik. Lada pun tengok jugak..kalau jenis kepedasan melampau letak 5-6 bijik dahla. bawang besar letak la 2 bijik. manis manis bawang tu penting.

baru ni aku buat sempena Ramadhan. mehla tengok kekdah dia.

anggaran camni laaa.

macam biasa, aku suka bilis tumbuk dan lada tumbuk.
blender pun boleh tapi sebab hasil dia nanti terlampau lumat. i is not okay. i suka ada bilis kasar sikit.

tuang minyak 3 sudu - tumis bawang sampai agak layu
masukkan lada (gambar lupa nak ambik) - masak sampai betul betul masak
masukkan bilis yang siap ditumbuk tadi. gaul seadanya.
masukkan belimbing buluh rebus.
ok part ni tengok betul betul ekkk


macam yang aku masak ni, aku pakai 2 sudu belimbing ni tau.
2 sudu je. sebab pada selera aku, aku nak ada rasa masam masam belimbing tu.

masa masak ni, kalau rasa taknak kering, tambah la minyak lagi 2 sudu. nak basah basah.
kalau kering sangat nanti, sambal jadi macam lerai..aku kureng sket.

kena masak lama jugak tau. jangan main suka hati dah masak tutp api. no no no.
kecikkan api dan gaul dalam 20-30 minit. jangan sampai hangit.

dan paling penting, jangan pandai pandai nak isi kicap atau garam.
mentang-mentang sambal hitam, jangan hitamkan pakai kicap. lari rasa dia okay. garam pun tak perlu unless kau memang kuat masin.

dah agak confident, boleh la tutup api. biarkan dulu menyejuk, baru simpan dalam bekas.



tadaaaa.
makan nasik dengan telo mata tuang bawang tuang kicap, bersambalkan sambal hitam pehhhhhhh.


selamat mencoba.

2 comments:

  1. teringin plak bila tengok ni. camana ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena carik kat kedai laa hahahah. takpun buat sendiri.

      Delete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST