30.1.19

Ada Apa Dalam Beg?


  • Perfumes - Gucci Floral & Guess
  • Lip Ice
  • Silkygirl Compact Powder
  • Gula-gula Hacks
  • Cetaphil Lotion
  • Cetaphil Cleanser
  • Niqa' (Pencuci tudung)
  • ID office
  • Pen dakwat cair
  • Ballpen
  • Name Stamp
  • Small Oblong Book - noted
  • Sunglasses Bag brand Swatch
  • Wallet Mont Blanc


    Tak termasuk dalam beg sebab tak muat susun.
  • Wet tissue
  • Dry tissue
  • Panadol


sebab tu la aku memang suka beg besar. senang nak sumbat semua menda. yay.
Beg jenama Kaison. senang sangat aku ni haa.


22.1.19

Blog

Time aku free camni (awal tahun guys) mula la tangan merayap je tengok socmed.

Aritu fb aku lenyap, aku dah built fb baru. Konon cuba nak berhibur, tapi bila tengok menda yang sama je, sudahnya..hmm. pergi la kt ig.

Masuk ig, memula nak up gambar. pastu memikir..hmmm, boring betul asek up menda yang sama je. gi la ke igstory. datang sakit jiwa taktau nak up apa, mula la kemurungan. nak stalk orang pun malas.

pastu masuk la blog ni. dah tulis apa yang patut, pastu share, taktau dah nak buat apa. klik link kat sebelah, rupanya ramai dah yang tak berblogging. ada yang dah tak jumpa blog dia. mungkin dah hijrah, taknak merepek lagi. mungkin jugak dah takde masa nak blog, sebab kehidupan dah berubah kan. dulu gonjeng, sekarang dah berkeluarga. bila lagi masa nak blognyaaa.

taktau nak hadap apa aku ni. twitter ada, carousell, tumblr..semua ada. tapi kalau nama sendu, memang takde maksud apa pun untuk aku. booooring.

so, bagi mengelakkan aku ketandusan idea dan kasih sayang, kalau ada yang berminat nak share link berfaedah, boleh la tinggalkan kat kotak komen ye. yang geng-geng lama tu pun, andaikata terbaca dan rasa rindu nak berblogging, jom la kita hidupkan kembali dunia blog ni. share link terkini korang tau. aku nak save kat sebelah ni. jangan putuskan ukhuwah kita. geng geng blogger.

eceh. bila pulak aku join komuniti blogger.




krikk krikk krikkkk.



eh, jangan lupa tau tinggalkan link.

21.1.19

Back To School

Tahun ni nampaknya 3 orang dah anak aku sekolah rendah. Rifdi dah darjah 5, haifa dah darjah 3 dan hasya pun dah darjah 1.

semua senang. pagi-pagi bangun pagi gosok gigi cuci muka pakai baju. eh anak aku mandi la. kali ni aku suruh mandi air sejuk tu je, azam ibu malas masak air panas tahun ni. kitakan dah ada Cuckoo. ha tetiba.

every year memang ibu akan gigihkan snap gambar sebelum ke skolah.
gigih ke idokkk?

so sekarang senang, semua masuk sesi sama dah kan. Rifdi & Haifa sebab dah biasa so diorang steady je. Hasya pulak bila tanya nak ibu hantar tak? dia cakap takyah laaa..adik tau la nak carik barisan macam mana. ha kau. senang cerita ibu dia kan.

so memang aku tak jenguk jenguk dah anak kat sekolah. pada aku takpelah, pandai pandai kau la nak. kalau ibu ada pun nanti tetiba dia akan jadi kememey. tau tak kememey tu apa? manja tetiba pastu semua menda tak reti. hah, nyampah pulak aku nanti. haha.

so time rehat tu tetiba member sorang ni hantar gambar budak comel sorang ni.






dia rehat sorang je weh. haha. memang steady la budak sorang ni. anak ibu sangat. haha.

pastu tak cukup sorang. ada 2 lagi member hantar gambar dia.





hahaha. alhamdulillah, Hasya anak yang berdikari. Senang ibu dia kan. Semoga Hasya terus jadi murid yang berani dan berdikari. Mudah-mudahan anak anak ibu melangkah ke sekolah hari ni dan seterusnya dengan penuh semangat dan berbekalkan keazaman untuk berjaya di dunia dan akhirat.

fuh..tua dah mak kau.



16.1.19

2019



Dah hari ke 16 dah pun tapi baru nak update. haha. happy new year guys.
apa azam tahun ni?

sis takde azam pun. cuma berangan :

1. Nak berat around 60-65kg je.
2. Nak slim dan fit dan sihat dan bergaya
3. Nak jadi ibu mithali
4. Nak jadi isteri solehah
5. Nak duit berkepuk kepuk so takyah hutang dah


Semoga dipermudahkan segala urusan. Yeahhh.

POPULAR POST