22.1.19

Blog

Time aku free camni (awal tahun guys) mula la tangan merayap je tengok socmed.

Aritu fb aku lenyap, aku dah built fb baru. Konon cuba nak berhibur, tapi bila tengok menda yang sama je, sudahnya..hmm. pergi la kt ig.

Masuk ig, memula nak up gambar. pastu memikir..hmmm, boring betul asek up menda yang sama je. gi la ke igstory. datang sakit jiwa taktau nak up apa, mula la kemurungan. nak stalk orang pun malas.

pastu masuk la blog ni. dah tulis apa yang patut, pastu share, taktau dah nak buat apa. klik link kat sebelah, rupanya ramai dah yang tak berblogging. ada yang dah tak jumpa blog dia. mungkin dah hijrah, taknak merepek lagi. mungkin jugak dah takde masa nak blog, sebab kehidupan dah berubah kan. dulu gonjeng, sekarang dah berkeluarga. bila lagi masa nak blognyaaa.

taktau nak hadap apa aku ni. twitter ada, carousell, tumblr..semua ada. tapi kalau nama sendu, memang takde maksud apa pun untuk aku. booooring.

so, bagi mengelakkan aku ketandusan idea dan kasih sayang, kalau ada yang berminat nak share link berfaedah, boleh la tinggalkan kat kotak komen ye. yang geng-geng lama tu pun, andaikata terbaca dan rasa rindu nak berblogging, jom la kita hidupkan kembali dunia blog ni. share link terkini korang tau. aku nak save kat sebelah ni. jangan putuskan ukhuwah kita. geng geng blogger.

eceh. bila pulak aku join komuniti blogger.




krikk krikk krikkkk.



eh, jangan lupa tau tinggalkan link.

No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST