10.4.13

cucuk

petang semalam aku ke klinik.macam biasa,setiap 3 bulan mesti pergi cucuk depo provera.
sejenis family planning yang pernah aku ceritakan kat sini dulu.(family planning).

aku pergi 3.30pm kot,lepas tu terus panggil nama suruh buat urine test.prosedur biasa la.after siap hantar kat makmal,aku tunggu je turn nama aku kena panggil lagi.so,bila panggil biasa terus bawak kad jumpa nurse.

tapi semalam tak.tetiba nama kena panggil lepas tu dia suruh hantar kad ke makmal.hah?kenapa?ada problem dengan result urine ke?terus rasa berdebar.mata dah berkaca.

bila nama kena panggil,terus ambik kad dan eh.takde apa pun.bikin darah gua sampai ke siling je.pegawai tu pulangkan kad dan suruh jumpa nurse macam biasa.saje je kan bikin gua takut.pffftttt...

letak je kad di bahagian A (turn ikut taman),terus kad kena ambik.tu yang gua suka datang petang-petang gitu tau.memang berjalan dengan lancar.siap timbang berat,terus nurse suruh baring.prosedur biasa jugak ni.tunggu punya tunggu..jengjengjeng..nurse pun sampai bawak ini.

google

propa sangat.tu bukan tangan nurse tu ek.macam biasa,cucuk adalah di bahagian vontot.bahagian atas,kira tang pinggul la.tapi nurse ni lain macam,dia cucuk kat vontot gua.tapi sebab tukang cucuk ni kira tahap pro,takkan aku nak berbunyi pulak kan.

siap nurse tanya "sakit tak kena cucuk?".
"tak sakit pun" -- macho gila aku jawab.tapi memang tak sakit pun.

sampai rumah petang semalam,aku dah rasa semacam.rasa nak demam.aku mintak encek ejang sapu minyak kat tempat cucuk,tapi dia cakap takbleh isi minyak la.dia suruh makan ubat tahan sakit.

tapi series la.memang kali ni sampai la ni pun bleh rasa sakit lagi.pagi tadi aku tak jogging,aku exercise ringan-ringan je.oii..sakitnya terasa lagi sampai sekarang nih.

muka sebelum dan selepas cucuk.
macho je muka belah kanan tu kan.haaa,tu baru siap cucuk la tu.



    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

2 comments:

  1. rahsia pengawalan dan perancangan keluarga? haha.. bestnya umur2 ni anak dah 3...

    ReplyDelete
  2. err..baru ni la merancangnya.yang lain tak pernah merancang.

    ReplyDelete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST