22.4.13

weekend #9 : lepaKing

{cerita bergambar}

weekend baru ni memang takde aktiviti melainkan lepak saja-saja.
nak memasak pun takde mood memandangkan barang dapur banyak dah habis.suami pun malas nak keluar so,kitorang hadap je apa yang ada.

wah.bagus betul life macam tu ye.life aku macam biasa,bangun pagi lepas selesaikan diri sendiri,terus ke porch bawak baju-baju kotor yang nak dibasuh.lepas tu buang sampah,siram pokok,sapu sampah dekat porch dan sapu sampah dalam rumah.kalau tak buat camtu memang rasa nak lempang diri sendiri sebab sabtu ahad je yang boleh buat aktiviti gitu.nak jogging dah tak mampu sebab takde kasut baru.*err..alasan sangat tak?

peneman ibu

dah siap semua kerja tu baru boleh masuk dapur,masak air dan fikir apa yang boleh dibuat breakfast.so,sabtu baru ni aku belajar ambik oat.fyi,aku memang langsung takbleh telan oat sebelum ni.tak mampu.mesti tak habis.tapi kali ni aku berjaya! -- aku campur oat dengan nestum dan susu anlene.agak pelik tak?eh.at least aku dah boleh telan.sungguh.aku kenyang.takde la rasa nak guling-guling kat dapur sebab tak jumpa nasik sampai petang.

aktiviti siang of course hadap tv.aku pulak hadap tab la.takpun hadap bontot bebudak ni.sorang-sorang berak berjadual.

Disney Channel pagi ke petang.
muntah.

malam tu baru encek ejang keluar pergi pasar malam.rezeki malam tu dia tapau nasik kerabu 2 bungkus,bihun 2 bungkus,murtabak,kuih gula melaka dan kuih lompat tikam.
err..rasa macam bulan puasa.lepas tu suami boleh pulak buatkan milo ais tabur letak aiskrim coklat.fuh.kenyang tahap nak rebah aku malam tu.



ahad pun macam tu jugak.aktiviti yang sama dan peneman buat kerja rumah yang sama.kali ni lebih adventure sebab paling kecik tu dah pandai bukak gate dan keluar.haihh.

ni kali ke 3 dia try bukak.
aku tengokkan je.

kena leter! -- biahahaha.


oh.dan masih lagi bersiaran bersama Disney Channel....

dah wangi

belum wangi

makan dengan bau tak wangi

..sampai abah dia bangun baru boleh tengok channel lain.ahhh..lega rasa.kalau tak letih aku dengar lagu Mickey Mouse,Oso,Bananas Pyjamas,blablablabla..dan masih lagi dengan makan makanan apa yang ada.

dan dah petang baru ada mood nak keluar.tu pun sebab nak pergi beli barang rumah paling terpenting iaitu sabun basuh kain.haha.bagus sungguh.so,petang tu kira time dinner & outing la.happy tengok anak-anak terlepas keluar.





abang la paling ketara sangat happy.dan masing-masing tak agak ye keluar.abah dia kata macam nak berjalan kat bandar Kuantan.haha..melepas perasaan ni.


    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST