Visitor

17.3.15

kenduri kendara

weekend aku sekarang ni banyak pergi ke majlis makan je. kasi up lagi berat badan ni kononnya. padahal dah taktau apa aku nak buat dengan badan aku sendiri. rasa nak campak dalam sungai pun ada. dalam laut pun boleh. lantak kau lah nak ke mana. geram punya pasal.

jadi, ini cerita kenduri je dari minggu lepas punya lepas.
dem. aku pun pening nak mention minggu apa.

kenduri aritu (1)

kat jerantut je. biasa time aku gi kenduri adalah pukul 2pm. tapi kali ni punya 2pm tahap dah kemas meja. auwww...awak. mujur jugak tak datang awal sebab ramai gila umat sebab ada Uqasha Senrose & Syafiq Kyle. taktau apa kena mengena dengan pengantin tapi masa whtasapp group antar gambar, rasa macam lawa gila uqasha ni haihhh..


(gambar hilang. haihhhh)



kenduri minggu lepas (2)

sabtu.
semata-mata balik kuantan sebab cousin ejang kawen di Cherok Paloh. kitorang balik sabtu, sampai rumah kenduri, makan dan balik rumah mak aku. cadang nak balik terus ke Jerantut sebab esoknya ada member kitorang kawen. sekali sedap sangat berehat pastu esok ajelah balik. haha. tapi balik awal jugaklah sebab nak jugak pergi kenduri member tu.


sabtu di cherok paloh


ahad.
kenduri kali ni aku tak sempat ambik gambar. sebabnya :
  1. sampai lambat. perut lapar bakhang. terus hadap makan.
  2. family pengantin sedang berfotografi kat pelamin. pelamin lawa oi.
  3. segan nak bawak keluar tepon. boleh? hahaha
jadi, aku sekadar letak gambar yang aku jumpa kat facebook ajela. pengantin steady je tunggu kat kanopi. siap cakap kat aku, "makan ajela apa yang ada tu dd.."




kenduri baru ni (3)

sabtu.
ex opismet aku, merangkap opismet ejang. haha. dia buat makan sempena masuk rumah baru. sebab jamuan malam, jadi langsung takde chance ambik gambar. lagipun aku tengok takde sape pun yang pegang henpon. apatah lagi ambik gambar.

ahad.
kenduri ajih. member sekolah teknik / sepoli kawen di Temerloh. aku pergi siap janji dengan rock. sampai lambat, ala. trademark aku la kan. trademark yang jahanam. melaparkan diri sendiri. tapi takpe, janji pengantin nak datang berborak, tak sombong, aku dah rasa cukup bahagia.

keciknya pinggang pengantin pempuan. sama beso ngan lengan aku.
jeles aii.


rifdi memang la. friendly dengan siapa siapa je.

jadi, siapa siapa nak ajak aku gi kenduri silakan hantar kad jemputan. anda konpem dilayan. haha.

2 comments:

  1. Banyaknye kenduriiii hahahaa

    ReplyDelete
  2. ezan,

    haaaa, kita mmg suka makan lauk kenduri. anak pun terjangkit. kahkahkah.

    ReplyDelete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...