Visitor

17.5.17

Kuih Keria Keledek Ungu

lama #dapurkakdd tak hidup kat blog. agagaga. so, hari ni demi menghidupkan semula api dapur, kakak dd share resepi kuih keria guna keledek ungu okayyy.

sama je resepinya, takde beza. tapi sebab presentation dia more better la sebab keledek ungu kan. so colour dia chantekkkk 😍


--------------------------------------------------------------------------
Bahan Bahan

Bahan A
2 cawan keledek ungu yang telah direbus dan dilenyek 
2/3 cawan tepung gandum
1/3 sudu kecil garam 

Minyak masak untuk menggoreng

Bahan B
3 sudu besar gula
1/3 cawan air

--------------------------------------------------------------------------
Cara Penyediaan

1. Campurkan Bahan A dan uli.


2. Bahagikan kepada 2 doh. Ambil 1 bahagian dan gelekkan ke atas pencanai berbentuk silinder dan panjang seperti keropok lekor tapi saiz besar. Ahah. Masa ni memang syokla menggentel.

3. Bentukkan jadi seperti gelang. Buat dan ulang sampai habis.


4. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng semua adunan.


5.  Bila siap goreng semua adunan, angkat dan toskan minyak.

6. Dalam kuali bersih yang lain, masukkan Bahan B dan masak hingga gula larut dan menjadi pekat, berbuih dan bertali tali bila diangkat dengan sudip. 

7. Masukkan keria yang ditoskan tadi ke dalam kuali yang ada Bahan B tadi, dan kacau tanpa henti hingga semua keria bersalut dengan gula. Kecilkan api dan terus balik balikkan kuih tadi.

8. Bila dah cukup kering dan tak nampak berkilat, tutup api dan angkat. Sedia dihidang.



Kalau aku buat kuih ni, memang awal awal kena simpan sket. Bebudak memang suka sangat! Penah sekali aku hidang, aku gi buat air teh o pastu gi balik kat meja dah terang. 

Takdan hilang lenguh kaki! Haha.

No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...