Visitor

6.6.17

Alam Ria Cuti Sekolah - Part 4 (Indoor)

disebabkan hari ke2 duduk hotel jatuh hari jumaat, maka kami cuma buat aktiviti indoor je iaitu membuta, mandi kolam, makan dan membuta semula. haha.

bangun bangun makan farley's rusk

eh. set pedicure pun nak makan gak ke dik?
kolam kat tingkat 6 dan view memang lawaaaa gila. 



siap mandi perut masing masing pun laporrrr.
aku call Pizza Hut Delivery terdekat. 


terdekat ke idok ke..ntah berapa kali awek pizza ni call kata pizza dah siap tapi hujan. takleh hantar lagi. kena tunggu hujan reda. masa tu kawasan aku belum hujan lagi.

15minit lepas tu awek tu call lagi kata tak dapat hantar lagi. anak aku dah macam macam pesen dia punya amuk sebab lapar. yang jadi ultraman ada, jadi raksaksa ada..

tak lama tu call lagi kata tak jumpa pintu hotel. adeimak. 

tak lama tu call lagi kata mintak turun sebab takleh hantar depan pintu. apa apa lah janji ko sampai. masa aku ambik pizza pun siap mamat tu basah kena hujan. kesian pulak. apapun thanks dikkk..

lapar laaaa



lepas makan kita tidurrr. lepas tu petang sambung main kolam.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

malam tu kitorang pun keluar makan dengan abangah aku. abangah aku jemput kitorang depan hotel, pastu kitorang follow la keta dia. abang aku bawak gi makan kat Chop N Steak, Kampung Baru.

banyak gilaaaa menu. aku pilih salmon grill. aku kan poyo, bajet bajet diet. lepas tu semua yang anak aku tak habis aku habiskan. hebat tak perut aku? hmm..gitu la mak mak kan?

sebelum balik sempat kakak ipar aku amikkan gambar kami kat situ. 





dah kenyang, dah bahagia, dah jumpa adik beradik, maka balik tu terus tergolek.

esok lastday!

2 comments:

  1. x perasan plak ko ada update blog. selamat berblogging kemabli

    ReplyDelete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...