Visitor

13.11.14

WhatsApp Group

aku ada beberapa group whatsapp.
dari yang terlampau aktif sampai ke yang jenis pasif.


Group 1
geng terlampau aktif.24 jam memang mesej masuk.diam pun boleh 2 jam je.sebab geng terdiri dari kawan kawan yang dah duduk oversea.so,waktu berbeza.tapi topik memang macam macam.dari kisah makan, kisah mengumpat, mencarut, melucah..semua ada.tapi aku suka.seronok jumpa diorang semula.feeling 15 year old saja.

Group 2
geng kedua teraktif.set set perempuan sebab budak dorm.memang meriah jugak ni.topik pun macam macam.hal makan, produk, kecantikan, keperempuanan, masalah rumahtangga pun ada.haha.tapi okay.takde masalah.aku suka.

Group 3
geng zaman keje opis lama.terdiri dari geng kitorang yang bercampur campur.dari zaman dulu memang suka bercakap hal bukan bukan.jenis semua nak buat sama-sama.gerak pergi makan ke,ikut semayang jumaat pun pernah.walaupun semuanya educated, tapi topik yang dibincangkan kadang kadang tak masuk akal.sampai sekarang pun masih macam tu jugak.haih.

Group 4
group gossip bersama best buddy.haha.tiga orang je ahli,tapi kalau mengumpat (baca : berbincang),memang meriah.haha.sayang sangat diorang ni sebab segala rahsia boleh share dengan diorang.aktif ikut keadaan.

Group 5
group opis.biasa je.kebanyakannya hal kerja la.hal gosip memang takde langsung

Group 6
geng kelas masa study.pun aktif kalau ada topik best.kelakar jugakla sebab masing masing kerja semua sama bidang, sama jabatan dan boleh reunion bila ada kursus sama sama.macam macam jugak boleh bincang terutama bab kerja.

Group 7
group masa study jugak tapi agak pasif.masing masing cuma post perkara serius.agak agak nak bertekak dalam tu boleh sebab masing masing kuat pertahankan pendapat masing masing.haha.



ok.ada 7 group je so far.ada lagi 1 group,tapi kat wechat.geng teknikal opis.
tapi dalam group ni,paling penting..kena tahan perasaan.kalau sentap habislah.tak syok terus.pastu jangan ada sifat dengki dan irihati.kalau takat bergurau kasar tu,bagi aku biasa la kot.keypad warrior.

sebagai penamat entry,meh aku hiburkan korang dengan lagu cover merisik khabar dari iman ismael.member aku dari form 2.sekarang keje kat sydney.tapi sebab group,kitorang berjumpa semula.yay.


2 comments:

  1. ni iman skolah panglima perang tu ke? aku ingat2 lupa.. woah pandai nyanyi..

    ReplyDelete
  2. aizura,

    aah.iye..iman la tu.dari dulu mmg sedap dia nyanyi.hehe..

    ReplyDelete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...