Visitor

16.4.15

iPhone murah

sorang member aku terpandangkan seorang lelaki yang berpakaian kemas sedang menghisap rokok, sambil memegang telefon bimbitnya. tiba tiba member aku pun bertanya;

"dd. dia pakai apa tu? Apple ke?".


sambil menoleh ke lelaki tersebut, dan memerhatikan sekali imbas, aku pun menjawab, 

"amenda? telefon ke? kalau telefon tu bukan Apple. itu iPhone".


tak puas hati lagi member ni sambung lagi, "eh. kan ada gambar Apple?".


"iye. tapi kalau handphone Apple memang orang panggil iPhone".


senyap.

dia masih memerhati lelaki yang bagi dia nampak segak dan kelas walaupun muka tak hensem mana. Matanya ke dalam, hidung pun kembang, tapi sebab iPhone punya pasal, member aku tu tak berhenti usha lelaki tersebut.

"mahal tak iPhone? henpon saya ni pun dah teruk sangat rasanya. internet boleh whatsapp je. facebook takleh view.."


bebel member aku ni sambil cuba lagi bertanya pasal iPhone. aku pun jawab laaa;

"mahal laaa..latest punya iPhone 6 tak silap dua ribu lebih".


aku jawab sambil main game Bubble Shooter. padahal masa tu aku tengah lepaskan penat mengukur jalan. letih gila. letih jugak aku nak melayan member aku sorang nih!

"rasa macam nak pakai iPhone jugak laaa..ok takkk?" - taknak habis tanya lagi dia ni.
"ntah..ikut laa.rasa mampu pakai laaa". aku layankan je lagi. tabah je.

"rasa nak macam nak beli lahh."
"hmmmm..."..

"ada iPhone murah tak?"  ..........  "dd..ada jual iPhone murah tak? 
haih. bertalu talu soalan. taknak habis lagi dia ni..letih dah ni..



"Ada! Kat Sen Heng!".

muka member aku dah blur.


"kalau beli kat Sen Heng habis bayar baru dapat ek?". 



eh. aku pandang kecik beso je dia ni. aku pun jawab lagi;

"eh. beli terus dapat laaaaa..tapi 2 taun la bayar bulan!".

"ceh." - member aku tarik muka.





laaa..kata nak iPhone murah. tu jela yang ada.
ceh.




No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...