Visitor

19.5.16

Puding Roti Simple

aritu entah macam mana stok roti banyak kat rumah. anak aku ni ada time dia aje nak makan roti. pastu bila taknak, memang sampai berkulat la roti tu. tapi kali ni ibu dia cuba bertindak bijak dengan mencuba buat puding roti. tapi tak cukup bahan.

so, aku pun google la resepi paling sesuai untuk buat puding serba kekurangan ni.

sudahnya aku terjumpa resepi dari blog ni : bukanmengata.blogspot


Bahan.
1. 8 keping roti
2. 4 sudu besar susu pekat manis
3. 500ml air suam
4. 4 sudu gula halus
5. 2 sudu besar butter
6. 2 biji telur
7. 1 sudu besar tepung jagung
8. 1 sudu kecil esen vanilla (aku tak letak sebab dah expired.ceh) 
9. Chocolate rice / kismis / atau apa apa jela untuk hiasan luaran


Cara-cara
1. Potong roti tadi ikut suka hati dan letak dalam bekas.
2. Bancuh susu pekat manis tadi dalam 500ml air suam
3. Panaskan butter dalam periuk sehingga cair
4. Masukkan bancuhan susu tadi, gula dan esen vanilla
5. Kacau bagi gula tu cair, kemudian masukkan telur. Masa ni jangan stop kacau sebab taknak telur tu berketul ketul.
6. Masukkan tepung jagung dan kacau sampai dia pekat
7. Bila yakin telur tu masak, tutup api dan tuang ke dalam bekas yang berisi roti tadi.
8. Tabur chocolate rice / kismis / atau apa apa jela untuk hiasan luaran
9. Sejukkan sekejap dan masukkan dalam freezer.
10. Tunggu hingga 3 jam ke atas baru boleh makan tau. haha.




yang kosong tu kes dah kena bedal awal awal. kahkahkah.
walaupun rupa tak seberapa, tapi aku suka filling dia. macam vanilla ice cream!

2 comments:

  1. pernah buat sekali tapi tak jadi hahahaha. next try lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. try la banyak kali. senang sebab tak payah nak bao bako..

      Delete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...