19.5.15

Selamat Hari Guru

aku tak plan pun nak bagi hadiah untuk cikgu sebab aku tanya rifdi bila sekolah sambut hari guru, dia jawab taktau. so takyah la aku prepare apa apa kan. so ibu dia buat rilek buat pis ajela kann..

tapi semalam, rupanya sekolah dia sambut hari guru. masa aku ambik dia balik sekolah, dia naik je kereta terus dia mengadu, "ibu..kawan abang semua bagi cikgu hadiah".

kan? kan? aku tanya dia boleh jawab taktau. pastu time ni mula la ngadu domba memacam.

lepas tu sampai rumah pengasuh hasya pulak menambah lagi.
"cikgu kakak mintak hadiah hari guru". kahkahkah. yang ni pelawak. manjang main nama cikgu kalau nak apa apa.

so, aku nekadlah. malam ni aku janji akan siapkan hadiah hari guru, untuk cikgu kelas sahaja.

tapi ibu ni tak makan saman. tetiba 5 hadiah siap dalam masa sejam.


stock shawl & awning yang belum berjaya dijual.
sepenuh ikhlas untuk cikgu cikgu yang banyak membantu
anak anak saya di sekolah.


p/s : selamat hari guru kepada semua guru guru di Malaysia. terutama guru guru yang pernah bertugas di 
  • Tabika KEMAS Paya Besar (1988)
  • SK Batu Lapan (1989-1994)
  • Taski AL-Huda, Taman Guru (1993-1994)
  • SM Tg Panglima Perang Tg Muhammad (1995-1997)
  • SMK Pandan (1998 - sekejap je. 2/3 bulan kot)
  • SM Teknik Muadzam Shah (1998-1999)
  • Polisas (2000-2003)
  • PSDC Kuantan (2003)
      dan di mana mana je yang pernah mengajar aku secara langsung atau tak. terima kasih semua.

No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST