Visitor

30.9.15

Aidil Adha

Selamat Hari Raya Aidiladha semua.
Dah nak masuk seminggu baru ingat nak wish kat semua.



malam raya tu ditakdirkan kakak aku demam urat, takleh bangun. so, malam tu gigih la aku dengan dhiya buat kek choc moist. klakar betul. buat kek bahan main taram aje. susu pekat ngam ngam ada dua sudu. dah tu? pakai la susu segar hasya. hentam saje la labu. pastu kitorang bake pakai oven pulak. patutla rasa dia tak cukup moist. membebel kakak aku di pagi raya sebab aritu masa dia buat dia dah cakap kat aku, pakai pengukus baru moist. haaa, adik awak ni kan rajinnnnn..hahaha

habis jugak walaupun tak cukup moist. haha. eksen lagi.

gambar raya secara official takde. sebab kitorang pakai cantik cantik, lepas tu tido semula. kahkahkah. takde aktiviti la sebab taun ni abah tak masuk korban.




dah petang, anak aku semua ikut kak ina pergi beraya rumah kawan dia. lepas tu aku ni terkebil-kebil sensorang taktau buat apa. mak dengan abah aku aktiviti kat rumah jiran tetangga. sudahnya aku kejut ejang pastu ajak beraya. jomlaaa beraya banggg..boring dah ni.

sudahnya, siap siap..kita balik rumah mertua. hahaha..



pakai cantik untuk perjalanan 10minit sahaja. sampai umah terus cabut tudung, mengadap nasik minyak mak masak. uiii sedapnya. siap nasik minyak, aku duduk jap, sambung plak laksa pahang. pastu duduk lagi makan pulak mee goreng.

nangis mak tengok prangai menantu asek makannnn aje. haha.

2 comments:

  1. aku takdek gambar raya haji. paling bertuah lupa bawak balik baju raya (repeat baju raya puasa je). 1st time beraya kat Kedah. sampai pukul 4 pagi. Semua terkedang tak bangun semayang raya, kepenatan. Hahahaha.. Sadis.

    ReplyDelete
  2. aku pun takde baju raya. baju budak budak tu baja raya puasa taun lepas. aku plak jubah mak aku buat sebelum raya haji taun lepas. kira jadi baju raya ajelahhh..hahahaha

    selamat hari raya beb.

    ReplyDelete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...