Visitor

15.9.09

Kek batik jawa aka kek biskut meri

Atas permintaan sahabat aku supaya aku post the Secret Recipe bagi juadah yang dinamakan seperti di atas, aku dgn bangganya sekali lagi nk letak recipenya dalam ni.


*untuk pengetahuan,biskut meri dia atas xde kena mengena dgn auntie meri atau makcik mariam ye..sekian,mekaseyy! :)







Bahan

5 bijik telur

1 tin susu pekat manis

1 sudu teh isin vanilla

3 - 4 sudu besar Milo

Serbuk Koko (pilihan aku Van Houten)

Coklat Emulco (ada jual di supermarket / hypermarket / kedai jual brg kek). Kuantiti terpulang pada korang. Janji sesedap rasa, bukan sesedap ati..ok?

1/2 drp 250g buttercup

1 paket biskut marie @  biskut tiger marie



Method

So, nak buat dia senang sangat sangat.

Step A

Biskut boleh la dipatah-patahkan dulu kepada dua bahagian. Bukan apa, senang untuk uruskan masa masak nanti. Ketepikan dulu biskut tu

Step B

  1. Sediakan bekas untuk buatkan adunan bahagian 
  2. Pecahkan telur dan pukul hingga kembang dalam bekas tadi
  3. Masukkan susu setin dan kacau sampai letih
  4. Masukkan esen vanilla
  5. Agak agak dah sebati, tambahkan milo, serbuk koko & last skali coklat emulco. 
  6. Jangan takut tau klu tengok adunan tu berketul ketul. Korang teruskan je kacau tanpa putus asa sampailah adunan tersebut sebati. ok fine. sebenarnya lebih senang kalau korang ada mixer takpun guna je blender.
  7. Tinggalkan dulu seketika hasil bancuhan tadi
Step C
  1. Panaskan periuk dan masukkan 1/2 drp 250g buttercup sehingga cair
  2. Masukkan bancuhan coklat yg kita buat tadi (step B). Kacau sampai agak agak dah nak pekat,
  3. Masukkan plak biskut yang dah dipatah-patahkan tadi (Step A)
  4. Kacau biar sampai sebati betul, biar bancuhan tadi serap masuk betul ke dalam biskut
  5. Sediakan bekas / loyang yang korang dah sapu majerin sket
  6. Tuangkan adunan ke dalam bekas dan padatkan adunan untuk mampatkan lagi bagi padu kebabom
  7. Letak dlm peti ais dan biarkan semalaman.
  8. Esoknya korang dah boleh siap potong & makan..makan sejuk, memang aummm!



selamat mencuba ye.

No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...