Visitor

9.8.13

rifdi #48 : 1 Syawal

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua.

macam biasa,raya bagi aku sama je every year.

rutin pagi di rumah mak aku,tengahari ke rumah mak mertua.lepas tu petang ke rumah cu dengan rumah makteh.dua dua adik abah aku.

malam,memang tiap tiap tahun kitorang menerima kunjungan balas makteh aku tadi.memang macam tu la.dah hafal pun jadual.

tapi malam tadi,after makteh balik,budak budak ni sambung main bunga api.rifdi pulak abang aku cakap,nak stop dan masuk rumah.dia naik tàngga berlari,lepas tu tergelincir dan dagu terhantuk pada tangga atas.
mula mula ok.tapi lepas abang aku angkat rifdi,terus darah memancut keluar.sampai nampak isi daging dagu.
terus abang aku suruh jugak pegi hospital.sebab darah memang banyak gila.sampai rifdi nangis jerit jerit kata "abang taknak mati"..

lepas tu tau pulak dagu berdarah terus tukar tajuk;
"dagu abang rosakkkk".
pfffttttt...

10.30pm aku gerak ke bahagian kecemasan HTAA.pukul 2 pagi baru lepas balik.yang tak tahan,rifdi kena tunggu kat wad kecemasan dengan kes yang bercampur baur.accident pecah muka,berbungkus mata.aku tengok rifdi pandang,tapi dia senyap je.risau aku.

tak lama,time nak proses jahit,bila baring rifdi pun aaaa...dia menjerit bagai nak rak.ejang pegang kepala,aku plak peluk tangan.so,aku la yang menyaksikan live show since cucuk bius,jahit sampai finishing.
perghhhh..

kesian rifdi.raya hari ni menempek jela kat rumah.

No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...