Visitor

11.7.14

Agar Agar Marble Milo

kalau dalam instagram ni aku letak hashtag.dalam blog jangan nak ngada la kan.



+++++++++++++++++++++++++++++

Mangsa-mangsanya ialah :

mangsa pertama
6 keping roti potong kecik kecik
Setin susu cair
6 sudu susu pelkat manis berkrim
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

mangsa kedua
sepeket agar agar
5 gelas air
5 sudu gula pasir

mangsa ketiga
serbuk milo

+++++++++++++++++++++++++++++++

dan cara-cara buat adalah :

1. blender mangsa pertama sehalus-halusnya.
2. dalam periuk, masak semua mangsa kedua
3. masukkan mangsa pertama ke dalam periuk yang ada mangsa kedua tadi.
4. dah elok bercampur gaul, asingkan kepada 2 bahagian pulak.
5. 1 bahagian letak terus dalam loyang dan 1 bahagian yang dalam periuk tu, tambahkan serbuk milo ikut suka dan hati korang.masaklah serbuk milo tu.
6. agak agak milo dah konpem bergaul dengan bahagian tu,masukkan pulak dia pada bahagian yang kat loyang tadi.
7. masukkan dalam fridge.dah keras nanti boleh la potong buat berbuka puasa.


senang gila kan?
aku buat ni masa birthday aku aritu.saja saja fefeeling birthday cake.yang excited nak makan adalah rifdi.tapi makan 3 potong je.oih.bila tanya kenapa abang?tak sedap ke?

sedap ibu.tapi abang dah kenyang.

T-T

No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...