Visitor

22.7.14

weekend #18 : iftar

ramadhan taun ni ntah berapa kali aku kantoi bangun sahur.kesian laki aku terjebak sekali.

macam malam tadi,punya kepala memikir nak masak apa untuk sahur,sekali aku lena terus sampai subuh gajah.kesian dengan anak sekali sebab pergi sekolah lambat.T.T
teruk betul prestasi ibu dia bulan Ramadhan ni.

eh.selain tu jugak bulan Ramadhan ni pecah rekod sebab langsung tak berbuka kat tempat lain selain dari home-sweet-home!! (muka riak dan eksen nak mampuih)
masa pergi Jalan TAR dengan ejang aritu pun gigih balik rumah sebelum berbuka.punya la taknak berbuka kat luar.walaupun lauk tapau kat pasar ramadhan.

jadi sebab nak bersosial sikit,maka ahad baru ni aku dengan ejang ajak la rakan taulan beserta jiran tetangga berbuka puasa kat rumah.amboih.bunyi jiran tetangga tu macam buat kenduri je kan.takpun.jiran sebelah kanan je.tapi tu la kan..masing masing ada masalah,maka dalam 4 family yang diajak..1 family je yang datang.i is frustrared tau.tapi nak buat camne..

menu adalah nasi ayam dan laicikang.sebab dah terlebih kira sukatan makanan,maka yang datang tu dapat la tapau bawak balik rumah untuk sahur pulak.dan,kita hantar la jugak kat jiran sebelah rumah..


makanan yang semua orang pasti makan.hehe.


aku memang langsung takde chance ambik gambar time ramai ramai makan.ye.walaupun 1 family je yang datang tapi sebab bawak anak kecik kan,maka rumah memang meriah.riuh rendah.haha..

bestnya la dapat berbuka ramai ramai ni.pastu terus sentap sebab rindu nak berbuka puasa kat rumah mak.lambatnya balik kuantan haihh..


macam biasa.kanak kanak ni terpaling gembira.

No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...